Chapter 36

2.6K 80 4
                                    

Is it really hard to trust your own daughter?
- Luthfan Darren
____________________________________

Aku mendongak memandang Tengku Darren, dalam kesamaran cahaya lampu jalan jelas wajahnya terkejut dengan keadaan aku sekarang. Pantas aku bangun dari duduk, lalu memeluk tubuh lelaki itu. Dapat aku rasakan badan Tengku Darren mengeras, mungkin terkejut dengan tindakan aku yang tiba-tiba memeluknya

"Maya? Kenapa ni, apa yang terjadi?" Soal Tengku Darren prihatin, tangannya perlahan-lahan mengusap belakang aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Maya? Kenapa ni, apa yang terjadi?" Soal Tengku Darren prihatin, tangannya perlahan-lahan mengusap belakang aku.

"Tol.. tolong saya.." Ujarku dengan suara yang menggeletar, bukan saja suara malahan seluruh tubuh aku merasakan getaran. Aku takut..

Dapat aku rasakan kepala Tengku Darren menoleh ke kiri dan ke kanan, seolah-olah mencari seseorang. Namun lelaki itu mengeluh perlahan, kedengaran agak kesal

Dia merungkaikan pelukan, lalu membuka baju hoodie itu. Serta merta aku menutup mata menggunakan kedua-dua telapak tangan apabila melihat badan lelaki itu, gila ke apa?!

"I'm sorry" Tuturnya lalu dia menyarungkan hoodie itu pada badan aku, terkebil-kebil aku memandang Tengku Darren. Kepala baju itu ditarik lalu dia menutup kepala aku

"Aku minta maaf sebab tengok rambut kau" Kata lelaki itu membuatkan aku mengetap bibir, dia mendepakan tangan lalu memeluk aku. Serta merta tangisan aku semakin kuat, aku menangis dalam pelukan lelaki itu

"Shhh, jangan takut. Aku dekat sini, Maya. Tak ada sesiapa yang akan cederakan kau lagi, aku janji" Pujuk lelaki itu, lama kami berada dalam keadaan begitu. Lama juga aku menangis didada Tengku Darren

Kami merungkaikan pelukan, Tengku Darren menatap aku dengan tatapan yang lembut. Seolah-olah simpati dengan keadaan aku sekarang

"Siapa yang berani buat kau jadi macam ni?" Tengku Darren menyoal, perlahan-lahan kedua-dua belah telapak tangannya naik untuk menyentuh pipi aku. Tidak pula aku menepis atau melenting, hanya mengizinkan lelaki itu menyentuh aku

Setiap inci sentuhan lelaki itu membuatkan aku semakin berdebar, sentuhan yang lembut dan membuatkan aku merasa selamat bila bersama dengannya.

"Astagfirullahaladzim, apa kamu berdua buat dekat sini?!"

Suara yang menegur itu membuatkan aku dan Tengku Darren menoleh pada beberapa orang lelaki yang memakai serban dan jubah putih, serta merta dada berombak laju. Aku menolak tubuh Tengku Darren untuk menjauhi aku

"Kami dari Jabatan Agama Islam Selangor. Tiga puluh minit yang lalu, kami terima laporan dari seorang lelaki bahawa ada sepasang kekasih yang cuba untuk berzina dikawasan ini"

Tiga puluh minit yang lalu? Waktu itu aku masih belum sedarkan diri, jadi maksudnya..

Rayyan!

"Encik dah salah faham, saya dengan dia tak buat apa-apa pun dekat sini!" Terang Tengku Darren membuatkan lelaki berserban itu ketawa

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now