Chapter 29

2.7K 81 1
                                    

She's blessed, she's survived a very serious car accident that could have cost her life and my life
- Luthfan Darren
____________________________________

Jam digital yang terletak elok diatas meja kecil itu aku kerling, sekarang jam sudah menunjukkan pukul 2:15 minit pagi. Boleh pula perut aku ni meragam nak makan maggie kari, masalahnya mana aku nak cari?

Aku bukan dekat rumah aku!

Perut yang berbunyi itu aku usap perlahan, ya Allah laparnya. Petang tadi Tengku Darren dah suruh aku turun makan, tapi aku lebih menangkan tidur. Aku lebih pilih tidur dari makan, tapi sekarang aku sendiri yang menyesal

Itu lah kau Maya! Siapa suruh kau mengada tak mahu makan tadi, kan sekarang dah menggelupur lapar

Aku bangkit dari pembaringan lalu menuju ke pintu, namun aku tersentak sejenak. Cepat-cepat aku mencapai tudung shawl berwarna hitam, kiri kanan tudung itu di letakkan diatas bahu. Tak perlu cantik-cantik pun, cukup tutup apa yang patut pun dah cukup

Aku memulas tombol pintu, kepala dikeluar kan sedikit untuk melihat kawasan di luar. Gelap gelita, alamak aku ni dah lah penakut dalam gelap

Macam mana nak keluar ni? Telefon dicapai lalu aku membuka flash light, serta merta kawasan yang gelap itu menjadi terang. Okey untuk sampai ke dapur, aku perlu turun ke tingkat bawah

Kaki yang berbalut itu aku pandang, keluhan dilepaskan. "Tahan sikit eh, kaki? Sakit sikit aje, tak banyak pun" Ujarku, bermonolog dengan diri sendiri seolah-olah kaki aku tu boleh menyahut

Agak-agak kan, kalau kaki boleh bercakap. Aku lah yang pertama akan lari, hahaha!

"Auch!" Terjerit aku dibuatnya bila kaki aku mencecah diatas anak tangga pertama, ya Allah ni baru satu. Berapa belas anak tangga lagi untuk aku sampai kebawah?

Dengan perlahan-lahan aku turun ke bawah.

"Ehem"

"Mak kau terpelanting!" Hampir saja aku rebah ke bawah kalau tiada tangan yang menyambut aku, dada terus berdegup dengan pantas dengan keadaan aku dan Tengku Darren sekarang. Macam mana aku cam dia?

Senang saja, melalui sinaran matanya yang berwarna coklat muda itu. Kedengaran tawa halus dari bibir lelaki yang memakai baju putih dan seluar tiga suku itu, serta merta aku gigit bawah bibir apabila menyedari posisi kami sekarang. Tangan kekarnya merangkul pinggang aku, menahanku daripada jatuh tergolek ke bawah sana

Posisi kami sekarang sangat rapat, dapat aku rasakan deruan nafasnya yang menyentuh muka aku. Anak matanya tepat merenung kedalan mata aku, lembut saja. Minyak wangi yang dipakai oleh Tengku Darren menusuk kedalam hidung

Wangi.

"Argh!" Terjerit aku dibuatnya apabila dengan selamba lelaki itu mendukung aku, tangan terus berpaut erat pada lehernya itu. Aku tergamam dengan tindakan lelaki itu

"Apa awak buat ni? Biarlah saya turun sendiri, saya bukannya cacat pun!" Marah aku, eleh Maya. Dah empat kali Tengku Darren dukung kau, suka lah tu

Mana ada aku suka, aku malu adalah! Dia ni tak ada deria ke? Badan aku ni tak berat ke apa, selamba aje dia angkat aku bacan plastik!

"Let me help you, young lady. Aku tak mahu kaki kau makin bengkak, nanti susah"

"Saya boleh jalan sendiri!" Jawabku tanpa memandang kearahnya, sekali lagi telinga aku mendengar Tengku Darren tertawa halus

"Oh ya? Tapi aku tak percaya"

Terus mati idea aku untuk menjawab, sebab apa yang dikatakan Tengku Darren itu betul. Aku memang tak boleh jalan sendiri

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now