Bab 2

69 15 0
                                    

Leyla meletakkan beg galasnya ke kerusi dan mencampakkan kot nya ke atas meja. Terus dia rebahkan badannya ke atas kerusi.

Hari yang memenatkan.

Akhirnya kes yang sudah berjalan hampir setahun sekarang sudah selesai. Anak guamnya terbukti tidak bersalah dalam kes perdagangan manusia.

Hampir setahun dia menyiasat dan mengumpul semua bukti. Pada awalnya bukti yang dia dapat menampakkan yang anak guamnya bersalah. Tetapi bukti itu agak mencurigakannya.

Nasib baiklah sekarang semuanya sudah selesai.

Sedang dia berehat menenangkan diri tiba-tiba fikirannya melayang memikirkam kejadian semalam.

Siapa yang Uncle Fairuz fikirkan?

Kenapa Uncle Fairuz nak sangat keluar dari rumah itu?

"Apa yang Atuk sembunyikan" Monolog seorang diri.

Yelah sampai kena serang bagai mesti ada sesuatu yang serious. Mybe ada something yang melibatkan musuh.

Atok memang banyak musuh. Yelah jutawan berpangkat Tan Sri. Sapa saja tak ada musuh. Lagi-lagi ketua mafia.

Tapi tak akanlah sampe nak attack family macam itu bagai. Terkejut juga dia tengok body kereta Uncle Fairus Berlubang kerana kesan tembakan.

Nasib baiklah nyawa mereka 3 beranak itu tidak melayang.

Sempat juga dia bercakap dengan ayahnya semalam. Tapi ayahnya pesan jangan masuk campur, jangan libatkan diri.

Nak tak nak dia kena ikut cakap ayah. Walaupun perasaan meronta-ronta ingin mengetahui perkara sebenar itu kuat.

"Leyla."

Suara itu menyapa lamunan Leyla.

Leyla terus mendongakkan kepalanya memandang ke arah suara itu.

Irfan.

"Kenapa?"

"Kau dah lunch?" Tanya Irfan pada Leyla. Dia dari jauh sudah memerhati Leyla yang nampak sangat penat.

Sekarang jam 3 petang. Dengan muka macam ini dia tahu Leyla belum makan lagi.

Leyla menggelengkan kepalanya tanda belum.

Irfan menepuk dahinya sambil menggelengkan kepala. Dia dah agak mesti budak ini belum makan.

Bungkusan yang berisi makanan diserahkan pada Leyla.

"Aku tahu kau belum makan. Saja tanya. Ini makanan. Aku beli lebih tadi. Makanlah." Ucap Irfan prihatin.

Leyla tersenyum gembira sambil mengambol bungkusan itu.

Nasi campur.

"Wahhhh thankyou Irfan. Kau memang the best." Ucap Leyla lalu pergi membasuh tangannya. Selesai membasuh tangan dia terus duduk ditempatnya semula.

Irfan menarik kerusi kosong di meja belakang Leyla dan ditarik ya hingga disebelah Leyla. Tetapi masih ada jarak.

"Hari mahkamah ke?" Tanya Irfan. Leyla hanya menganggukkan kepalanya.

Irfan menganggukkan faham patutlah bawa wheeled briefcase.

"Settel kes atau sambung kes?" Tanya Irfan lagi.

Leyla meneguk air nya dulu sebelum menjawab pertanyaan Irfan.

"Finally Irfan kes yang sudah berjalan hampir 1 tahun itu akhirnya selesa. Aku dah naik bengang dah nak selesaikan kes itu." Balas Leyla dengan perasaan lega.

"Ahhahhaa biasalah itu. Sekarang ada kes yang tengah disiasat ke?" Tanya Irfan lagi.

Leyla menganggukkan kepalanya. "Rasuah. Penyelewengan duit syarikat."

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now