Bab 7

54 13 0
                                    

Selesai makan malam mereka semua berehat di taman belakang rumah. Leyla, hajar dan Rasha berjalan ke arah mereka sambil membawa kek buah buatan Hajar.

Fikiran Leyla masih melayang. Dia risau dengan Irfan. Dia takut Irfan marah lagi padanya. Sudahlah mereka baru saja berbaik. Sekarang jadi balik pergaduhan. Tetekan betul dia sekarang.

"Kek Buah is coming." Ucap Rasha. Semua ketawa kecil dengan gelagat Rasha yang membawa pinggan yang berisi kek buah itu. Gedik betul berjalannya Sangat mencuit hati.

Di meja ini semua berkumpul kecuali Tuan Salih dan Ferhat. Mereka lebih gemar berkumpul dengan mak mak disana.

Tuan Salih dan Ferhat pula berada digazebo yang agak jauh daripada merekam

Aysun memandang kek buah yang berada ditangan Rasha. Rasha pula memandang Aysun yang dari tadi memerhatikan kek buah  ditangannya. Nampak gaya macam terlius saja. Rasha berjalan mendekati Aysun.

"Kakak suka kek buah?" Tanya Rasha pada Aysun.

Aysun terus memandang Rasha.

"Favourite." Ucap Aysun.

"Jom kita kongsi." Kata Rasha. Aysun  mengambil kek buah ditangan Rasha . Aysun tersenyum gembira lalu mengagngkat Rasha supaya duduk dipangkuannya.

"Maaflah Aysun kalau tak selesa biasalah Rasha ini memang ramah orangnya Aysun. Semua orang dia suka." Ucap Hajar pada Aysun.

Aysun tersenyum sambil menyubit lembut pipi Rasha. "Tak apa saya okey saja." Jawab Aysun. Khairil disebelahnya pula tersenyum melihat Aysun melayan Rasha.

"Bagi Atuk dengan Ferhat." Arah Puan Azizah pada Leyla.
Leyla mencebik. Dia tak nak pergi sana. Sudahlah baru lepas bergaduh dengan atuknya. Ini disuruh hantar pulak.

"Hantar saja. Kau tu baru habis bergaduh dengan Atuk. Lebih baik kau hantar boleh tenangkan hati orang tau itu lagi." Ucap Hajar menyokong arahan Puan Azizah.

Leyla memandang babanya. Babanya pula berlakon seolah-olah tidak memandang ke arahnya. Puan Azizah tersenyum dengan tindakan suaminya itu.

Puan Azizah menepuk perlahan lengan Leyla. Leyla pasrah. Mahu tak mahu dia terpaksa juga ikut.

Leyla membawa dua piring kek buah lalu berjalan ke arah Gazebo. Dari jauh dia sudah melihat Ferhat memandang ke arahnya.

Entah dia tak suka Ferhat pandang pandang dia. Rasa macam pelik. Nak kata takut takut tak juga. Cuma rasa pelik.

"Atuk." Tegur Leyla.

Tuan Salih terus memandang Leyla. Leyla menghampiri mereka dengan dua piring kek buah. Leyla meletakkan kek buah itu diatas meja.

Tanpa berkata apa-apa Leyla mulai melangkah ingin meninggalkan mereka berdua. TetapiTuan Salih pantas memanggil Leyla.

"Leyla."

Leyla terus berhenti melangkah lalu memusingkan badannya memandang Tuan Salih.

Tuan Salih menepuk tempat kosong disebelahnya. Leyla yang faham terus menghampiri Tuan Salih dan duduk disebelah Tuan Salih.

Tuan Salih memandang Leyla sekejap sebelum menghela nafas berat. Nampaknya dialah yang harus mengalah sebagai lelaki.

"Atok minta maaf kalau kelakuan atuk atau cara atuk ini mengngongkong kamu. Atuk cuma nak kamu semua dalam keadaan selamat. Atuk tak mahu perkara buruk terjadi pada kamu semua. Luluh hati atuk bila dapat tahu tentang ugutan itu. Mereka jadikan Cucu atuk sebagai umpan." Ucap Tuan Salih dengan nada yang kesal.

Leyla memandang Tuan Salih. Jelas kerisauan terpancang dari muka atuk. Dia masih tak faham apa jadi? Bukankah semua sudah berdamai? Siapa yang hantar ugutan itu?

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now