Bab 45.

35 7 2
                                    

Assalamualaikum semua. Thanks kepadanya yang support karya saya. Author nak bagitahu story ini tak lama lagi akan tamat dan InshaAllah akan ada karya ke dua daripada Author🥰🥰🥰  Dah ada dalam draf. A few karya. Cuma masih fikir nak publish yang mana satu dulu after this Story✨🤍🤭 hopefully karya Author diterima ramai dam mendapat sambutan🥰 Thank you so much pada yang Always vote ranpa missed satu bab dan yang Always komen pada setiap bab. Komen anda sangat memberi semangat pada saya🥰✨.

Enjoy reading don't forget to voting🤭✨

Loveyou,

~ Ayşegül ~

~~~~~~~~~~~~

Esra termenung memandang keluar tingkap kapal terbang peribadi itu. Ya kini dia bersama, Khairil dan Aysun didalam kapal Terbang peribadi milik Ferhat kerana mereka diarahkan oleh Ferhat untuk ke Turki.

Khairil memerhati wajah Esra yang nampak serabut dan muram itu. Terus dia berjalan ke arah Esra dan duduk disebelah Esra. Tapi Esra tidak menyadari akan kehadirannya. Aysun pula dipandangnya yang sudahpun terlena diulit mimpi itu.

"Kau okey?" Tanya Khairil.

Esra terjungkit bahu apabila mendengar suara Khaiirl dekat dengannya. Dia memandang ke arah belakangnya. Sejak bila lelaki ini ada disini?

"Sejak bila kau duduk sini?" Tanya Esra terkejut.

"Baru je." Jawab Khairil. Esra menganggukkan kepalanya tanda faham lalu menikam pandangan keluar semula.

Khairil menghela nafas pendek sebelum dia menyiku Esra lembut. Esra terus memandang Khairil semula.

"Aku tanya kau okey tak?"

"Okey kenapa?"

"Jangan tipu Esra aku kenal kau." Ucap Khairil lalu mengecilkan sebelum matanya memandang Esra. Esra membalas pandangan Khairil lalu dia menghela nafas berat.

Dia rasa dia tak dapat simpam rahsia ini sorang-sorang dia kena ada seseorang yang bantu dia untuk bongkarkan semuanya.

"Khairil."

"Ye."

"Tolong aku."

"Tolong apa?" Tanya Khairil berkerut dahi. Muka Esra nampak sangat mengharapkan bantuan daripadanya.

Esra bermain dengan jari jemarinya kerana dia agak takut sebenarnya. Tapi kalau dia tak cerita siapa yang boleh bantu dia? Hanya Khairil saja.

"Semua maklumat ini aku dapat dari pada ibu Esma. Ibu kau. Aku nak kau baca dah fahami maklumat ini. Khairil aku dah tak tahu nak minta tolong siapa lagi kalau bukan kau." Ucap Esra sambil menyerahkan sebuah fail pada Khairil.

Khairil yang baru saja hendak membuka fail itu tiba-tiba  seorang lelaki datang pada mereka membawa telefon pintar.

"Tuan Ferhat." Ucap lelaki itu. Khairil lantas menyerahkan fail tersebut pada Esra semula.

"Ingatkan aku nanti." Ucap Khairil lalu menyambut telefon tersebut.

"Hello."

"Ha."

"On the way."

"Okey."

Khairil terus meletakkan panggilan itu lalu menyerahkan telefon pada lelaki tadi. Khairil memandang Esra.

"Ferhat cakap kalau sampai airport jangan gerak dulu. Tunggu Hajar dan Melati. Mereka juga pergi ke Turki." Ucap Khairil.

Esra berkeru dahi pelik. "Mereka buat apa?"

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now