Bab 34

38 6 3
                                    

Ratna memandang segenap ruang didalam rumah Tok Ma. Terlihat gambar Ferhat, Khairil dan Esra menghiasi ruang tamu itu. Tidak dia menyangkan bahawa dia akan menginjakkan kakinya ke sini lagi.

Ibu Esma datang ke ruang tamu dengan membawa dulangan yang berisi minuman dan maknana buat Ratna. Ibu Esma memandang Tok Ma yang tersenyum melihat Ratna itu. Jelas wajah Ibu Esma kurang suka dengan kehadiran Ratna dirumah ini.

Entah kenapa dia rasa Aldo ada muslihat tersendiri.

Ya.

Selain Tok Ma dia juga tahu tentang kewujudan Aldo dan Tok Ma memberi amaran padanya untuk tidak membuka mulut soal kewujudan Aldo. Tapi walaupun dia tidak membuka mulut tapi dia tidak bodoh untuk mempercayai Aldo 100%

Sering kali dia memberi amaran pada Tok Ma untuk berhati-hati. Hanya kerana Aldo telah menghapuskan Salih Shazlanbey Tok Ma terus mempercayai Aldo.

"Cik Ratna silakan minum." Ucap Ibu Esma pada Ratna.

Ratna yang sedang melihat gambar itu terus meletakkan bingkai gambar tersebut lalu berjalan ke arah Tok Ma.

"Ermm Tok Ma tak ada orang ke dirumah?" Tanya Ratna pada Tok Ma.

Tok Ma tersenyum. "Biasalah Ratna esok cuti kebiasaannya mereka akan overtime dioffice. Kejap lagi baliklah mereka." Jawab Tok Ma.

Ratna mengicip sedikit air buatan Ibu Esma lalu memandang Tok Ma "Ferhat?"

Tok Ma tersenyum mengusik. " Of course Tok Ma dah maklumkan pada dia untuk dinner disini. I tell him that i have surprise for him." Ucap Tok Ma dengan nada mesra.

Ibu Esma mula menginjak pergi. Tak suka dia dengan kegedikan Ratna itu. Tak malu tanya laki orang.

Ratna tersipu malu. Setelah berbelas tahun akhirnya dia jumpa kembali jejaka idamannya. Tak sabar rasanya dia nak tunjuk pada Ferhat perubahan pada dirinya.

"Assalamualaikum."

Kedengaran suara beberapa orang memberi salam dari luar. Tok Ma tersenyum memandang Ratna. "Itu pasti mereka." Ucap Tok Ma lalu bangun.

Ratna pula bangun dan menunggu diruang tamu itu. Tok Ma berjalan menuju ke pintu untuk menyambut kehadiran mereka.

"Waalaikumussalam." Ucap Tok Ma sambil membukan pintu.

Terlihat Ferhat, Khairol, Aysun dan Esra berada disitu dengan wajah yang cukup penat.

"Dah balik cucu-cucu Tok Ma." Sambut Tok Ma dengan mesra.

Mereka bertiga berkerut dahi agak hairan dengan kelakuan Tok Ma. Jarang-jarang Tok Ma nak sambut mereka pulang. Kalau sambut pun mesti ada sesuatu yang menggembirakannya.

"Tok Ma."

"Tok Ma."

"Tok Ma."

Ucap Khairil, Aysun dan Esra bergilir-gilir sambil menyalami Tok Ma dan masuk ke dalam.

Ferhat melonggarkan Tali lehernya. Lalu mendekari Tok Ma.

"Ferhat Aslan Lucas." Ucap Tok Ma dengan nada gembira.

Ferhat menganggukkan kepalanya sedikit lalu menyalai Tok Ma. "Are you alright Tok Ma?" Tanya Ferhat sambil mengusap lembut kepala Tok Ma.

"Of course. Come I have surprise for you. Come." Ucap Tok Ma lalu menarik Ferhat hingga ke ruang tamu.

Ferhat menggerut dahi memandang mereka bertiga yang berdiri tidak berganjak itu sambil memandang sesuatu. Ada apa?

"This is your surprise." Ucap Tok Ma sambil berhenti. Dia memandang ke arah Ratna yang tampak ceria memandang dia dan Ferhat.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now