Bab 23

50 7 0
                                    

"LUCAS sudah kembali!"

Semua yang ada diruang tamu itu terdiam mendengar ucapan Tuan Salih. Azat, Fairuz, Azizah, Dewi dan Mak Ecah. Perubahan wajah meraka sangat ketawa dan jelas. Nampak mereka sangat terkejut dengan apa yang diucapkannya Tuan Salih sebentar tadi.

Tuan Salih yang sejak tadi berdiri mula duduk. Dia bersandar pada kerusi. Otaknya buntu memikirkan LUCAS. Bagaimana cara dia hendak menjelaskan kepada LUCAS kejadian yang sebenar? Apa yang terjadi.

Ferhat.

Ya Ferhat juga ada disitu dan perubahan mukanya juga jelas terlihat. Expresi muka Ferhat hanya dapat dikesan Oleh Leyla.

Leyla memandang Ferhat yang termenung itu. Dahi Leyla berkerut. Kenapa setiap kali mereka bercakap tetang LUCAS Secara tidak langsung perubahan muka Ferhat jelas kelihatan. Seperti takut akan sesuatu.

Ini menambahkan lagi kecurigaan dalam hatinya tentang Ferhat. Dia dapat rasakan yang Ferhat menyembunyikan sesuatu daripada mereka semua. Adakah Ferhat sebahagian daripada dunia mereka?

Tuan Salih dipandangnya. Jelas wajah Tuan Salih kelihatan risau dan kebingungan. Seperti memikirkan bagaimana hendak melepaskan semua beban-beban ini. Jika benar LUCAS sudah kembali maknanya semua ugutan yang mereka terima adalah daripada merek?

Atau sebaliknya?

"Macam mana Baba tahu?" Tanya Azizah pada Tuan Salih.

Tuan Salih terus memandang menantunya itu. Dia terus menegakkan badannya.

"Puan Salwa. Baba jumpa dia baru saja tadi.." Balas Tuan Salih. Semua mata memandang Tuan Salih terkejut.

Yang paling terkejut ialah Ferhat. Kerana Puan Salwa ialah Tok Ma dia.

Ferhat cuba menahan amarah. Tok Maknya sudah membuka langkah sendiri tanpa menunggu arahan daripadanya. Nampaknya Tok Ma dia akan lakukan rancangan itu seorang diri tanpa dia.

Dia kena halang Tok Ma daripada terus berbuat demikian. Tindakan Tok Ma akan menganggu rancangannya.

Dadanya yang turun naik menahan amarah cuba dikawal. Tidak mahu perubahan dirinya ini dikesan oleh sesiapa.

Tapi malangnya Leyla pantas mengesan perubahan Ferhat sekali lagi.

Sah!

Ferhat ada rahsiakan sesuatu.

Atau pun Ferhat....

Sebahagian daripada LUCAS!!

Leyla mengalihkan pandangannya. Dia menundukkan kepala sambil berfikir. Betul ke firasatnya ini? Tapi kalau betul mesti Atuknya sudah tahu. Kerana orang-orang atuknya sangat cekap dalam mengesan identiti seseorang.

Tapi berdasarkan maklumat yang dia tahu arwah Namick Lucas dan Leona Lucas ada anak lelaki seorang.

Waktu mereka dibunuh umur anak lelaki mereka 5.

Kejadian berlaku 23 tahun lalu. Sekarang 2023 maksudnya kalau 23 tahun lalu itu 1996.

5 tahun ditinggalkannya kejadian 23 tahun lalu maksudnya lelaki itu umurnya 27 tahun.

Umur Ferhat?

27 tahun!!!

Sebab Ferhat 4 tahun lebih berusia daripada dia.

Leyla mendongakkan kepalanya memandang Ferhat. Ferhat masih merenung ke arah Tuan Salih dengan pandangan yang biasa saja.

Dia kena cari maklumat tetang anak Namick Lucas dan Leona Lucas. Dia pasti maklumat anak mereka itu masih ada.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now