Bab 24

40 8 0
                                    

Assalamualaikum kepada semua readers😭😭. Sebelum mula membaca. Saya minta maaf akan keterlewatan saya dalam mem-Publish story ini😔😔. Ada menghadapi masalah yang sukar untuk dijelaskan.😫😫Saya harap masih ada yang setia pun membaca hasil karya saya ini. 🤍 Enjoy membaca. Maaf sekali lagi😭😭😭😭🤍🤍🤍
Love you, Ayşegül

~~~~~~~~~~~

Leyla termenung memandang dirinya dibalik pantulan cermin. Badannya telah dipakaikan satu set baju kurung pengantin. Sekarang Juru rias sibuk menyolek mukanya untuk menambah seri di wajahnya. Inai dijari diperhatinya lama.

Kurang dari 3 jam dia bakal menamatkan zaman bujangnya. Dia akan bergelar isteri kepada seorang lelaki yang tidak dia cintai. Seorang lelaki yang dia kenali dengan perwatakan yang sangat beku, tidak ramah, sombong dan suka mengarah.

Hatinya berbelah bahagi. Betulkah keputusan menikah dengan Ferhat? Dia boleh saja menentang tetapi kenapa dia tidak melawan?

Dia buntu.

Dia baru saja balik dari Itali malam tadi. Dia ke Itali atas tujuan untuk berjumpa dengan Alex. Dia memerlukan bantuan Alex untuk menyiasat siapa Ferhat Aslan.

Dia sangat curiga dengan lelaki itu. Dia langsung tidak membangkang dari awal permintaan Atuknya untuk mereka berkahwin. Lelaki itu seolah-olah rela hati untuk mengahwininya. Langsung tak ada kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu tentang tidak mahu melanjutkan perkahwinan ini. Asyik dia saja yang cakap perkahwinan ini tak patut terjadi, perkahwinan ini tidak akan kekal lama.

"Cik Leyla saya dah siap make up kan Cik Leyla sekarang saya nak buat rambut and pasangan Tiara dan Veil." Ucap Juru Rias itu. Leyla hanya menganggukkan kepalanya.

Tidak lama kemudian pintu biliknya di ketuk dan seseorang telah memulas tombol pintu itu dan menolaknya ke dalam.

Maka muncullah Hajar dihadapan pintu dengan senyuman yang lebar itu.

"Boleh aku masuk?" Tanya Hajar. Leyla memandang kaki hajar yang sudah pun menginjak ke lantai biliknya.

"Dah masuk dah pun cik kak oi." Ucap Leyla. Hajar tersengih lalu menutup pintu bilik tersebut dan menuju ke arah Leyla.

Senyum lebar diberikan pada Leyla. Gembira dia lihat Leyla dalam keadaan begini sangat cantik dan ayu.

"Nak buat apa lagi ini?" Tanya Hajar pada juru Rias itu.

"Nak buat rambut, pasangkan Tiara and Veil." Jawab Juru Rias itu.

"Tak apa awak boleh pergi. Bahagian itu biar saya yang uruskan." Ucap Hajar sambil menepuk bahu Leyla.

Leyla tersenyum memandang Hajar dibalik pantulan cermin itu. Kalau bab rambut memang itu kepakaran Hajar.

"Tapi..."

"Tak apakan. Hajar boleh." Ucap Leyla membenarkan Hajar untuk mengurus rambutnya itu.

Juru Rias itu menganggukkan kepalanya jika itu yang dimahukan oleh Leyla. Dia mengemas-ngemas alat-alat soleknya. Barang-barang yang hendak digunakan untuk membuat rambut Leyla diletaknya dimeja supaya senang untuk Hajar menggunakannya.

"Kakak turun bawah dulu ye." Ucap Juru Rias tadi.

Hajar dan Leyla pun menganggukkan mereka. Setelah memastikan Juru Rias tadi keluar Hajar terus mengeluarkan fail yang disembunyikannya di dalam baju kurungnya.

"Nah. Tuan Rizal bagi tadi." Ucap Hajar sambil menyerahkan Fail itu pada Leyla. Leyla mengerut dahinya kehairanan. Adakah dia terlupa sesuatu?

"Tuan Rizal cakap Maklumat tentang Diego." Ucap Hajar sambil mengatur rambut Leyla itu.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now