bab 4

64 15 0
                                    

Puan Azizah menangis didalam pelukan Tuan Azat. Semalaman mereka menunggu Leyla balik. Tetapi belum juga nampak kelibat anak perempuannya itu.

Semalam lepas dia beritahu isi kotak hitam itu pada bapak mertuanya, suami dan adik iparnya itu terus Tuan Salih mengarahkan semua orang-orang untuk mencari keberadaan Leyla.

Tapi sampai sekarang tak ada berita. Hotel yang Leyla pergi juga tiada apa-apa khabar disana. Irfan datang ke rumah mereka setelah Puan Azizah menelefon Irfan.

Irfan ingatkan Leyla dah balik. Irfan cuma menemui subang milik Leyla saya yang tercicir dilantai.

Semua penghuni rumah termasuk pembantu rumah ada diruang tamu. Mereka semua kerisauan menunggu berita tentang Leyla.

Irfan serba salah. Dia yang bawa Leyla keluar tapi dia tak boleh jaga Leyla dengan baik. Ke mana Leyla pergi? Kenapa tiba-tiba hilangkan diri macam itu saja.

Puas semua orang cari. Dia call Leyla dalam 4 kali tidak dia angkat. Lepas kali ke 5 terus tidak dapat dihubungi sebab pemilik berada di luar kawasan.. itu yang di hairan mana perginya Leyla.

"Aunty." Panggil Irfan pada Puan Azizah yang berada dipelukan Tuan Azat. Muka Puan Azizah memerah akibat nangism

Puan Azizah terus memandang Irfan.

"Irfan minta maaf sebab tak dapat jagakan Leyla. Kalau Irfan tak bawa dia keluar malam tadi mesti tak jadi macam ini." Ucap Irfan. Puan Azizah hanya diam saja. Dia pun tidak tahu hendak menyalahkan siapa.

Tuan Azat juga tidak membalas apa-apa. Dia buntu. Tidak tahu hendak berbuat apa sekarang. Mereka hanya dapat menunggu orang-orang mereka balik membawa berita.

Tuan Salih yang mendengar suara Irfan terus mengjeling Irfan. Kalau tidak kerana ada Rasha memang dia dah hentam habis-habisan Si Irfan itu.

"Kak Melati. Mana kak Leyla?" Tanya Rasha kehairanan. Ibunya dari tadi mengongoi memanggil nama Kak Leyla. Apa jadi pada kak Leyla.

Melati terdiam dengan soalan itu. Buntu hendak menjawab apa. Rasha dia tariknya ke dalam pelukan. Ubun-ubun Rasha di cium. Sungguh dia buntu sekarang.

Ibunya iaitu mak Ecah di pandangnya dengan air mata. Sungguh dia risaukan keadaan Leyla. Mak Ecah menggenggam tangan Melati supaya Melatu bersabar.

Pasti Melati Risau kerana mereka berdua membesar sama-sama dari kecik lagi.

"Aku dah pesan jangan ada sesiapa keluar tanpa pengetahuan dan keizinan aku. Kauornag degil tak nak dengar cakap. Ikut kepala kauorang saja. ." Ucap Tuan Salih marah tetapi di kawalnya kerana Rasha.

Tuan Fairuz menjeling Babanya apabila ayat itu keluar dari mulut Babanya itu.

"Bukan masanya untuk bergaduh. Rasha ada disini." Ucap Hajar agak kasar pada Tuan Salih.

Tuan Salih hanya diam saja apabila cucunya itu menjawab. Dia kalau melibatkan cucunya memang dia susah sikit.

"Tuan Salih. Cik Leyla dan balik." Ucap salah seorang pengawal Tuan Salih yang baru saja masuk ke dalam rumah itu.

Mereka yang berada didalam rumah bergegas bangun dan keluar apabila mendengar khabar itu.

"Leyla!" Jerit Puan Azizah sambil berlari kaki ayam ke arah Leyla yang baru saja keluar daripada kereta itu.

"Ya allah Leyla. Anak ibu." Ucap Puan Azizah dalam tangisan sambil memeluk-meluk dan mencium-cium Leyla.

Leyla kehairanan dengan sikap ibunya itu. Babanya juga turut berjalan kearahnya dan mencium ubun-ubunnya. Mereka berpelukan. Pelukan yang sangat erat membuatkan Leyla makin hairan.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now