Bab 36

37 6 2
                                    

Assalamualaikum Readers✨🤍 new chapter update 😘 Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca dan Vote Karya Author 🤍✨ saya sangat menghargainya. Enjoy Reading. Komen untuk Sad ending atau happy ending.🥰🥰

Kalau tak keberatan silalah follow

ig Author: ayseguleda_
Tiktok Author : ayseguleda_03

Love you

Ayşegül

~~~~~~~~~~~~

Leyla memandang Irfan yang menundukkan kepalanya itu. Sudah hampir 5 minit mereka mendiamkan diri. Masing-masing tidak bersuara. Leyla pada awalnya takut nak berjumpa Irfan kerana kejadian yang pernah berlaku. Tapi jauh dari sudut hati dia tahu Irfan tidak berniat untuk lakukan semua itu.

Diego yang berada di meja lain memandangkan lama pada Irfan dan Leyla. Bertelur dia tunggu mereka berdua nak bercakap tapi langsung tak ada rupa nak bercakap. Kalau ikutkan hati nak je dia pergi sana terus tapi hormatkan permintaan Leyla dia turutkan saja.

Irfan mencuri pandang ke arah Leyla yang tidak lekang mata memandangnya. Dia segan, dia malu dia takut. Dia khianat sahabatnya sendiri kerana ketidak warasannya pada saat kejadian. Dia menyesal hilang kawan sebaik Leyla.

"Kau okey?" Tanya Leyla memulakan bicara.

Irfan mendongakkan kepalanya sedikit memandang Leyla lalu dia menganggukkan kepalanya. Kemudian dia menundukkan semula kepalanya. Dari tangan dimain-mainkan bagi menghilangkan rasa gelisah dihatinya.

Leyla menghela nafas berat. "Atuk dah tak ada." Ucap Leyla pada Irfan.

Irfan lantas mendongakkan kepalanya memandang Leyla. "Siapa buat?" Tanya Irfan. Kali ini dia tidak menundukkan kepalanya.

"Lucas." Jawab Leyla tanpa ragu-ragu.

"Kau yakin Lucas buat?" Tanya Irfan lagi.

"Kau kenal Lucas?" Tanya Leyla pelik apabila Irfan tidak menunjukkan reaksi pelik mendengar nama Lucas.

"Tak. Tapi aku tahu kewujudan mereka." Ucap Irfan jujur.

Leyla menganggukkan kepalanya faham. Mestilah Irfan tahu diakan anak angkat Pablo Luciano. Wajar mereka tahu kerana lucas juga ada kaitan dengan Luciano.

"Kau kahwin dengan Ferhat?" Tanya Irfan memberanikan diri.

Leyla memandang lama ke arah Irfan lalu menganggukkan kepalanya.

"Hati-hati." Pesan Irfan.

Leyla berkerut dahi mendengar ucapan Irfan. Hati-hati? Kenapa? Irfan tahu apa-apa tentang Ferhat?

"Kau ada ta...."

"When i can join this meeting?" Tanya Diego agak beremosi. Dari tadi dia tunggu dipanggil tapi langsung tak ada arahan dari Leyla.

Leyla memandang Diego yang memotong percakapannya itu. Leyla terus memberi isyarat mata untuk Diego duduk semeja dengan mereka.

"So kenapa nak jumpa kami?" Tanya Diego sambil merampas minuman Irfan.

Leyla menggelengkan kepala memandang sikap Diego itu.

"Aku nak tanya something tentang Ferhat Aslan." Ucap Leyla sambil memandang Diego dan Irfan.

Diego serta merta berhenti minum apabila soalan itu yang keluar dari mulut Leyla. Diego memandang Irfan yang telah pun memandangnya.

"Kenapa?" Tanya Diego tenang.

"Apa kaitan Ferhat dengan kau?" Tanya Leyla pada Diego.

Diego mengocak-ngocakn air minuman itu. Kebohongan apa lagi yang dia ucapkan. Dia penat nak fikiran pembohongan secara random.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now