Bab 51

42 3 1
                                    

Assalamualaikum semua✨⭐ enjoy Reading don't forget to Vote😘😘 Terima kasih masih setia membaca cerita ini 🥰 terima kasih kerana support Karya saya dan saya harap semua pembaca boleh support karya-karya saya yang seterusnya🤍

Loveyou

~ Ayşegül ~

Leyla berjalan menaiki tangga menuju ke biliknya. Sementara semua orang tengah berkumpul diruang tamu selesai makan malam tadi lebih baik dia naik ke atas sekejap untuk menelefon Alex.

Sampai didepan pintu Leyla terus memulas tombol pintu dan masuk ke dalam lalu menutupnya semula. Meja kecil disebelah katil ditujuinya. Telefon diatasnya diambil lalu dibawanya ke arah Balkoni bilik itu. Pintu balkoni dibuka lalu dia keluar dan menutup semula.

Lantas nombor Alex dicarinya lalu dia menelefon nombor itu. Tidak lama kemudian panggilannya diangkat.

"Hello."

"Hello Cik Leyla." Jawab Alex dari corong telefon.

"Seminggu yang lalu kau ada hubungi aku?" Tanya Leyla pada Alex.

"Ye Cik. Tapi tak dapat jadi saya telefon Hajar. Dia cakap Cik Leyla masuk hospital. Cik Leyla okey?" Jawab Alex diakhiri dengan pertanyaan.

"Aku okey. Jadi kenapa kau hubungi aku?" Tanya Leyla serius dengan suara yang perlahan. Takut-takut didengari suaranya dari bilik sebelah memandangkan dia berada di Balkoni ini jadi tak mustahil kalau bilik sebelah dengan suaranya.

"Ermm, Hajar tak beritahu apa-apa ke?" Tanya Alex pelik.

Leyla diam. Rasanya Hajar tak ada beritahu apa-apa padanya. Bahkan Alex menelefon Hajar untuk mencarinya pun Hajar langsung tak ada beritahu. Dia mulai curiga dengan semua orang.

"Ermm. Sebenarnya saya ada maklumat yang kena beritahu Cik Leyla. Tapi saya dan inform pada Hajar. Hajar cakap biar dia yang berithau Cik Leyla. Jadi dia minta saya tutup mulut." Ucap Alex.

Leyla memejam matanya dan mengetap giginya. Tiba-tiba perasaan geram menyelubungi hatinya. Sah Hajar ada rahsiakan sesuatu daripadanya.

"Tell me now." Ucap Leyla mengawal suaranya.

"Tapi Cik, Hajar suruh saya tutup mulut kalau saya beritahu nanti keselamatan Cik tergugat." Ucap Alex serba salah.

"Just give me the hint, then will find it my way!!" Ucap Leyla dengan suara yang agak keras dan kasar. Kalau dia paksa Alex pun dia tak akan dapat tahu juga. Hajar bijak gunakan keselamatan dia untuk Alex tutup mulut. Kalau tidak begitu Alex tak akan dengan cakap Hajar.

"Tentang Ferhat!"



Kini Ferhat, Khairil, Aysun, Esra, Hajar dan Melati berkumpul dibelakang rumah. Masing-masing tengah bingung kerana dari pagi tadi Garcia tidak dapat dihubungi. Hati Ferhat rasa tak tenang. Firasatnya mengatakan bahawa Garcia dalam bahaya.

"Dah cuba try call ketua-ketua yang lain?" Tanya Hajar pada Ferhat.

"Dah. Mereka semua pun tak dapat hubungi Garcia. Aku dah minta tolong semua untuk cari Garcia." Jawab Ferhat pada pertanyaan Hajar.

"Nak cari Garcia kena cari Aldo dulu." Ucap Esra nada malas bermalasan. Semua mata memandang Esra. Esra macam tahu sesuatu tentang keberadaan Garcia.

"Apa maksud kau?" Tanya Ferhat pelik.

Esra menghela nafas berat. Wajahnya nampak sangat pasrah dan serabut.

"Arghhh aku penat dan berahsia faham. Tok Ma beritahu aku yang Garcia dalam tawanan Aldo. Aldo tangkap Garcia sebab nak minta pertolongan dia memandangkan kau tak tahu berkerjasama dengan dia." Ucap Esra dengan nada suara yang agak emosi.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now