Bab 33

41 5 0
                                    

Assalamualaikum readers. New chapter update. Start daripada bab 32 sudah mula ye banhak kejutan yang bakal berlaku. Banyak plot twist yang terjadi, banyak pengkhianatan yang ada, seperti realiti kehidupan pengkhianatan, penipuan itu satu benda yang normal. 🤪🤪🤪🤪🤪

Enjoy😘 Vote and komen untuk kekurangan 🤍✨
Love you,

Ayşegül

~~~~~~~~~~~~

"Baiklah kalau tidak ada apa-apa lagi kami minta diri dulu. Terima Kasih atas kerjasama Tuan Azat sekeluarga. Laporan ini kami akan hantar ke bukit aman untuk diserahkan kepada pihak polis di Itali memandang kejadian ini berlaku disana." Ucap Pegawai polis tersebut.

Tuan Azat menganggukkan kepalanya lalu mereka pun pergi. Tuan Azat terus berjalan ke arah ruang tamu. Melangkah saja ke ruang tamu semua ahli keluarganya ada. Tuan Azat terus berkalan duduk disebelah Tuan Fairuz.

Tuan Fairuz, Puan Azizah, Puan Dewi, Hajar, Leyla, Mak Ecah, Ferhat dan Melati semua mereka sekarang berada diruang tamu. Rasha pula dihantar ke rumah orang tua Puan Azizah. Memandangkan kewujudan sentiasa dirahsia jadi tidak ada masa bagi Rasha tinggal disitu. Mereka pasti musuh-musuh tidak akan tahu kewujudan Rasha.

Masing-masing termenung masih dilanda kesedihan. Tetamu sudah beransur pulang setelah tahlil dibuat. Orang-orang Shazlanbey pula sedang sibuk mengemas belakang rumah tempat mereka mengadakan tahlil tadi.

Tuan Fairuz mendongakkan kepalanya memandang semua yang ada. Mereka tidak boleh terus diam seperti ini. Mereka harus buat sesuatu. Pembunuh masih berkeliaran diluar sana. Bahkan mereka sedang menunggu sasaran seterusnya.

"We need to do something." Ucap Tuan Fairuz serius.

Tuan Azat memandang Tuan Fairuz. "Sabar. Jangan terlalu gopoh. Kita kena siasat dahulu. Keberadaan Lucas pun kita tak tahu. Apa yang boleh kita buat kalau mereka pun kita tak tahu mana?" Ucap Tuan Azat.

"Jadi kita kena cari mereka. Aku yakin Lucas ada dekat dengan kita. Kalau tidak macam mana dia boleh tahu setiap gerak geri kita?" Ucap Tuan Fairuz sambil bertanya. Wajahnya bertukar bengis. Kematian babanya sangat tidak boleh diterima.

Leyla diam. Dia memandang Ferhat yang berada dihadapannya dengan wajahnya yang serius tidak bermaya. Entah kenapa firasatnya mengatakan Lucas ialah Ferhat Aslan. Cuma mereka belum ada bukti yang kukuh untuk membenarkannya.

Tapi siapa Ferhat Aslan?

Apa kaitannya dengan Diego Luciano?

Apa kaitannya dengan Pablo Luciano?

Apa kaitannya dengan Famiglia Luciano?

Apa kaitannya dengan Lucas?

Kenapa namanya ada didalam Data Maklumat yang diberikan oleh Rizal?

Leyla terus mengalihkan pandangan ke arah Babanya apabila menyedari Ferhat memandangnya. Dia kena hati-hati. Kalau Ferhat bukan Lucas dia tidak perlu risau, tapi kalau Ferhat Ialah Lucas dia kena bijak kawal dirinya supaya tidak diketahui Ferhat tentang rancangannya.

"Zah rasa kita perlu mulu suruh orang-orang Shazlanbey untuk buat siasatan. Kalau kita tunggu pihak polis semuanya akan jadi lambat. Terlalu banyak prosedur."
"Alex!" Panggil Tuan Azat kuat.

Tidak lama kemudian Alex datang ke ruang tamu. "Ye Tuan Azat." Ucap Alex.

"Bawa barang-barang itu ke sini." Arah Tuan Azar. Alex menganggukkan kepalanya lalu berlalu pergi. Tidak lama kemudian Alex datang dengan membawa cincin dan juga sekeping gambar. Barang-barang itu diletakkannya ke atas meja.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now