Bab 14

41 7 0
                                    

Ferhat merenung Leyla yang nyenyak tidur dikatilnya itu. Terkejut dia malam-malam Khairil menelefonnya dan memberitahu yang dirinya dan Leyla ada dirumah Ferhat sendiri. Cepat-cepat dia keluar rumah untuk ke rumahnya. Nasib baik Tok Ma tak tahu yang dia keluar tadi.

Leyla ketidur kepenatan di kereta jadi dialah yang mengangkat Leyla masuk ke bilik. Penat betul sampau tak sedar langsung apa yang jadi.

"Ferhat." Panggil Khairil yang ada dimuka pintu bilik itu. Ferhat memandang Khairil. Khairil menggerakkan tangnnya supaya Ferhat mendekatinya.

Ferhat terus berjalan mendekati Khairil dan keluar daripada Bilik itu pintu bilik dibuka sedikit saja. Ferhat dan Khairl berbual-bual sambil berjalan.

"Jadi Diego yang selamatkan Leyla?" Tanya Ferhat ingin kepastian.

"Ye. Sebelum itu aku memang dah dengar suara orang minta tolong jadi bila dah nak sampai laluan rumah Irfan aku terkejut ada seorang lelaki masuk ke dalam dengan tergesa-gesa. Jadi aku pergilah tengok apa jadi. Tengok Leyla ada atas katil Irfan dan Diego tengah belasah Irfan." Beritahu Khairil.

Ferhat menganggukkan kepalanya tanda faham.

Maksudnya betul Irfan ada kaitan dengan Famiglia Luciano ( FL)

Dia dapat tahu ada kes pembunuh berlaku 2 hari lepas tehadap seorang ahli korporat. Dato sri Muzair. Dato Sri Muzair merupakan salah seorang daripada pelabur dalam syarikatnya juga.

Pihak polis tengah menyiasat kes itu dan mereka mengesyaki bahaya Irfan terlibat dalam kes pembunuhan ini memandang Dato Sri Muzair ialah anak guamnya. Daro Sri Muzair disyaki terlibat dan aktiviti penyeludupan dadah yang berlaku 5 bulan  yang lepas.

Dan kes penyeludupan dadah itu ada berkait rapat dengan FL.

"Jadi betullah Irfan berkerja bawah FL." Teka Khairil.

"Mybe. Tapi yang menjadi persoalannya sejak bila Irfan terjebak dengan mereka? Dia lawyer. Kes yang dibuat oleh Dato Sri sudah 5 bulan berlalu. Irfan baru saja pegang kes Dato Sri sebulan yang lalu and tiba-tiba berlaku perbunuhan."

Ferhat pasti ada sesuatu yang tak kenal. Kalau takut rahsianya terbongkar pasti mereka bunuh Irfan dan bukannya Dato Sri Muzair.

"Kau syak ada something yang tak kena?" Tanya Khairil.
Ferhat menganggukkan kepalanya perlahan-lahan.

"Macam mana Irfan?"

"Aku tak tahu. Diego suruh aku bawa Leyla pergi biar dia uruskan Irfan." Jawab Khairil.

Ferhat menganggukkan kepalanya lagi. Tapi tiba-tiba dia kehairanan.

Diego suruh bawak Leyla pergi?

"Diego sebut nama Leyla?" Tanya Ferhat. Khairil mengerut dahinya dan menganggukkan. Tiba-tiba Khairil teringat soal dia dan Aysun ada terserempak Diego dengan Leyla didepan pintu Bilik. Nampak macam mesra.

"Macam mana dia boleh tahu nama Leyla? Maksudnya Diego kenal Leyla?" Tanya Ferhat lagi.

Kharil hanya diam. Rasanya tidak sekarang dia ceritakan hal itu. Ini akan menambahkan lagi persoalan dalam fikiram Ferhat.

"Tak apa. Kau pilihlah mana satu bilik kau nak pakai. Aku nak check Leyla kejap." Ucap Ferhat lalu bangun meninggalkan Khairil.

Kakinya terus melangkah hingga ke biliknya yang ada Leyla itu.

Pintu bilik ditutup dan Leyla didekati. Dia duduk disisi katil itu. Wajah Leyla ditenung. Perlahan-lahan tangannya mengusap rambut Leyla. Wajah polos Leyla diterangi lampu tidur. Bibirnya merah. Tiada secalit solekan terlihat.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora