Bab 31

37 6 0
                                    

Assalamualaikum readers ✨ huhuhu next bab dah publish ni. Komen komen komen untuk penambahbaikan penulisan saya🤍✨ jangan lupa vote okey. Hmm korang rasa sad ending or happy ending yang Author akan buat?

Love You,

Ayşegül

~~~~~~~~~~

Esra memandang Aysun silih berganti dengan fail yang diberikan Aysun. Awal pagi lagi dia sudah keluar pergi ke rumah Aysun. Nasib baik Tok Ma belum keluar bilik. Kalau tidak mesti dia kena soal siasat dengan Tok Ma.

"Kau yakin maklumat ini betul?" Tanya Esra serius.  Dia kembali membelek satu persatu kertas dan gambar-gambar yang ada.

"Yes. Aku yakin. Cuma aku belum pasti tentang kematian Tuan Robert Lucas itu angkara siapa. Sebab hasil siasatan aku masih menunjuk ke arah Shazlanbey." Jawab Aysun.

"Papa aku? Pakcik Namick? Makcik Leona?" Tanya Esra ingin kepastian.

"Untuk kematian Tuan Namick, Puan Leona dan Tuan Emran tiada bukti yang menunjukkan Shazlanbey yang buat tapi LUCAS dan SHAZLANBEY telah menjadi musuh dalam masa bertahun. Jadi wajar kalau LUCAS menuduh Shazlanbey. Kerana sebulan sebelum kematian mereka LUCAS dan SHAZLANBEY bertempur antara satu sama lain." Ucap Aysun.

Semua maklumat ini dia dapat daripada orang-orang Lucas yang lama. Nasib baik dia dapat jejaki mereka itu semua.

Esra melemparkan Fail ke atas meja. Dia bersandar ke Kerusi. Pagi-pagi kepalanya pusing memikirkan semua ini. Dia hanya ingin membela nasib arwah papanya. Tapi panjang pula kesnya.

"Ferhat dan Khairil?" Tanya Esra pada Aysun.

"Itali. Melawat Salih Shazlanbey." Jawab Aysun.

"Ada apa-apa berita?" Tanya Esra lagi.

"Salih Shazlanbey masih kritikal. Selepas pembedahan buang peluru. Keadaannya masih belum stabil." Jawab Aysun.

Esra menganggukkan kepalanya tiba-tiba dia teringatkan tentang kejadian malam tadi. Dia kembali menegakkan badannya sambil memandang ke arah Aysun.

"Malam tadi Tok Ma dapat satu panggilan daripada orang yang tak dikenali." Ucap Esra.

Aysun berkerut dahi. "Kenapa?"

"Not sure. Tapi aku rasa hari ini Tok Ma akan jumpa orang itu." Ucap Esra lagi.

"Siapa?"

"Tak tahu. Tapi aku tengok dari raut wajah Tok Ma dan Ibu Esma aku yakin mereka tahu siapa yang buat panggilan itu. Diaorang nampak terkejut. And then Tok Ma minta kita lebih berhati-hati." Ucap Esra lagi.

Dia betul-betul nak tahu siapa di telefon malam tadi. Dia yakin dia boleh mengesahkan maklumat yang Aysun berikan jika dia tahu siapa orang yang menelefonnya itu.

Aysun terus mengeluarkan telefonnya. Lalu membuat panggilan pada seseorang.

"Hello man."

"Tok Ma ada cakap nak pergi mana-mana tak?"

"Tak?" Aysun memandang Esra. Nampaknya Tok Ma cuba bertindak sendiri.

"Aku ada tugas untuk kau."



Garcia dan orang-orangnya masuk ke dalam hospital itu. Semua mata yang memandang ke arah mereka secara tidak lansung menundukkan kepala mereka tanda hormat.

"Dov'è Salih?(Dimana salih?" Tanya Garcia pada salah seorang orang bawahan Shazlanbey. Dia terus menunjukkan jalan ke arah bilik rawatan tempat Tuan Salih dirawat.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now