Bab 21

44 8 0
                                    

Diego berjalan masuk ke dalam bilik Irfan. Irfan yang sedang duduk diatas katil sambil bermain permainan video dalam telefon itu dihampirinya.

Lantas tangannya mengambil telefon Irfan. Irfan terkejut tiba-tiba telefon diambil. Terus Irfan mendongakkan kepalanya memandang orang yang ada didepannya itu.

Diego.

Wajah Irfan masam mencuka. Dia serabut betul dengan Diego ini. Kalau tak kacau dia sehari tak sah. Irfan turun dari katil lalu berdiri dihadapan Diego. Mata Diego di pandang tajam.

"Bak telefon aku." Kata Irfan sambil menggerekkan tangan seolah-olah meminta telefon.

"Pablo panggil." Kata Diego lalu menyerahkan Telefon kasar pada Irfan. Irfan mengerut dahi tanda tidak suka. Ini lagi satu manusia. Kalau tak panggil mereka tak sah ke.

"Apa orang tua itu nak? Aku malaslah." Ucap Irfan lalu duduk semula dikatilnya.

Diego menjeling Irfan sekilas tanda menyampah. Ingat Irfan seorang je stress? Dia ini lagilah stress.

"Cepatlah Pablo panggil itu." Ucap Diego lalu menarik lengan Irfan. tak nak dia kena marah sebab Irfan lambat saja.

"Dia nak apa?" Tanya Irfan sambil merentap tangannya dari pegangan Diego.

"Leyla." Ucap Diego serius.

Irfan terus memandang Diego dengan pandangan yang serius. Nampak perubahan muka Diego. Serius.

"Kenapa?" Tanya Irfan hairan.

"Aku tak tahu tapi ada kena mengena dengan Leyla sebab aku ada ternampak gambar Leyla bawah File File Pablo. I guess ada kena mengena dengan Leyla." Ucap Diego lalu berjalan keluar dari bilik itu.

Irfan cepat-cepat turun dari Katilnya lalu mengejar Diego. Dia berjalan beriringan dengan Diego.

"Apa yang Pablo nak dari Leyla?" Tanya Irfan serius. Diego dia tidak menjawab apa-apa. Dia juga hairan Leyla yang tidak kena mengena dengan mereka pun dikacau juga.

Mereka berhenti dihadapan bilik kerja Pablo. Mereka memandang antara satu sama lain sebelum masuk ke dalam bilik itu.

Pablo memusingkan badannya apabila merasai ada orang yang masuk ke dalam biliknya. Terlihat Diego dan Irfan berjalan menghampirinya. Dia tersenyum pada merekam

"Come have a sit." Ucap Pablo lalu duduk di Sofa yang ada disitu.

Diego dan Irfan menurut saja mereka duduk di Sofa kembar dihadapan Pablo. Terlihat ada sampul surat berwarna hitam 2 keping diatas meja itu.

Diego dan Irfan bereaksi biasa saja. Diego rasanya boleh meneka apa yang Pablo ingat lalukan.

Yes ugutan yang diterima Shazlanbey merupakan Ugutan daripada Pablo. Why? Dia juga tak tahu. Tapi pernah dengar khabar angin mengatakan Famiglia Luciano, Luca, Shazlanbey dan Gracia yang dulunya merupakan kumpulan Dark blood sebelum memegang kuasa sebagai Eagles Eyesialah pesaing satu ketika dahulu.

Cuma Pablo tiada dalam perjanjian Eagles Eyes kerana waktu itu ialah zaman kegelapan bagi Famiglia Luciano. Kuasa FL jatuh dan mustahil untuk naik kembali. Tapi satu keajaiban berlaku apabila Pablo mengangkag semua nama FL.

"Ambil sorang satu." Arah Pablo pada mereka berdua. Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain sebelum mengambil seorang satu sampul berwarna Hitam itu.

Pablo memerhati mereka dengan pandangan tajam.

Diego dan Irfan serentak membuka sampul hitam tersebut. Isi didalamnya dikeluarkan juga serentak.

Ada sekeping gambar ditangan masing-masing. Serta merta raut wajah mereka berubah. Masing-masing mengerut dahi melihat gambar yang ada di tangan mereka.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now