Bab 49

34 4 2
                                    

Assalamualaikum Semua 😭 maaf kalau bab ni hambar. Serius cakap idea hilang😭😭 mood nak menulis tiba-tiba hilang😭😭😭 tapi still usaha nak buat. Kalau ada kekurangan mohon komen. Vote tanda support ✨🤍

Love you

~ Ayşegül ~

****

Hajar keluar daripada bilik Leyla. Melati pula dibiarkan menemani Leyla yang sedang berusaha untuk tidur. Ya dia yang paksa Leyla berehat. Macam mana nak lindung Shazlanbey kalau diri dia masih tak sembuh. Habis dibebelnya Leyla tadi.

Tapi terkejut juga dia bila Leyla cakap dia rasa Ferhat itu Lucas. Tapi nasib baik dia dah tenangkan Leyla. Kalau tidak mahunya dia fikir bukan-bukan lagi.

"Apa jadi?" Tanya Asyun pada Hajar yang baru keluar daripada Bilik.

Hajar menghela nafas pendek sebelum dia memandang Aysun dan Khairil. "Leyla gaduh dengan Ferhat, soalnya Leyla syak Ferhat betul-betul Lucas." Jawab Hajar.

"Hah? Macam mana dia boleh tahu?" Tanya Khairil terkejut. Asyun juga begitu. Kalau betul dia tahu habislah rancangan mereka nanti.

"Leyla itu bijak bukan bodoh. Yang bodohnya Aldo di tua bangka itu. Yang bodohnya korang juga." Jawab Hajar pada pertanyaan Khairil.

Khairil memandang tajam ke arah Hajar yang selamba menghina mereka. Aysun terus menahan tangan Khairil apabila Khairil seakan-akan ingin menyerang Hajar.

"Diam." Ucap Aysun pada Khairil apabila Khairil memandang ke arahnya. Khairil lantas menarik tangannya kasar dari genggaman Aysun. Ikutkan hati memang dia bunuh saja Hajar.

Menyusahkan!

"Macam mana Leyla boleh syak Ferhat?" Tanya Aysun pula.

"Leyla dah lama perasan setiap kali orang-orang itu nak serang dia pasti diwaktu dia bukan dengan Tuan Salih dan Ferhat. Pada awalnya dia tak hairan sangat tapi sejak Tuan Salih meninggalkan dia dah mula rasa pelik. Kalau orang-orang itu nampak Ferhat mesti tak jadi nak serang. Tapi kalau tak ada Ferhat memang sah sah mereka serang Leyla. Jadi Leyla syak Ferhat boss Kepada orang-orang yang menyerang dia." Jelas Hajar panjang pada Aysun.

Aysun dan Khairil menganggukkan kepala tanda faham. Memang patut pun Leyla syak kalau penjelasannya macam itu.

"Tapi Ferhat tak bodoh nak sakiti isterinya sendiri." Ucap Khairil membela Ferhat.

Hajar tersenyum sinis. "Jangan jadi bodoh. Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta dan ingat balik apa tujuan korang muncul balik? Korang itu siapa."Ucapnya sinis pada Khairil.

Khairil diam. Ye memang tujuan mereka nak hancurkan Shazlanbey. Tapi dia kenal Ferhat. Dia tahu isi hati Ferhat. Ferhat boleh berdalih dengan sesiapa pun tapi bukan dengannya.

"Meh aku ingatkan. Lucas dan Shazlanbey ialah musuh! Lucas muncul kembali nak balas dendam terhadap orang-orang yang tak bersalah. Jadi tak mustahil Ferhat nak sakitkan hati Isterinya sendiri. Faham!" Ucap Hajar sinis dan tegas pada Khairil.

Aysun sudah mengurut dahinya. Dia tak rasa Hajar dan Khairil ini nak cakap tentang Lucas dan Shazlanbey. Ini lebih kepada nak bergaduh antara satu sama lain.

"Eh kau...!"

"Diam Khairil!" Tegas Aysun. Khairil terus mengunci mulutnya. Kalau tak kerana amarah Aysun yang berbahaya itu dia tak mungkin akan mengalah. Hajar bernasib baik kerana ada Aysun disini..

"Stop setakat itu. Tentang Lucas dan Shazlanbey kita tolak tepi sebab aku rasa ada something yang tak kena dengan semua kejadian dan kes ini. Kita kena cari lagi kebenaran yang sebenar. Bukan kebenaran yang telah diubah!" Ucap Aysun cuba menghalang daripasa mereka terus bertengkar.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now