Bab 54

22 3 1
                                    

Diego, Irfan dan Alex keluar dari perut kereta serentak. Orang-orang Shazlanbey juga keluae daripada kereta mereka. Mereka berdua diarahkan oleh Leyla untuk menjemput Alex dan beberapa orang yang lain untuk datang ke rumah ini.

Diego memandang ke arah Jo dan Emir yang berjalan menghampiri mereka. Meraka semua bersalaman antara satu sama lain.

"Puan Leyla tunggu dibelakang. Yang lain boleh pergi rumah rehat dekat sebelah sana ada orang-orang kami disama." Beritahu Jo pada Diego, Irfan dan Alex serta memberi arahan pada orang-orang Shazlanbey.

Diego, Alex, Irfan  dan yang lain menganggukkan kepala. Orang-orang Shazlanbey lantas berjalan ke arah rumah yang ditunjuk oleh Jo tadi. Diego mendekati dirinya lagi ke arah Jo.

"Betul Ferhat kena tangkap oleh Aldo?" Tanya Diego inginkan kepastian.

Ya dia langsung tak tahu tentang kes ini kerana sejak Leyla masuk hospital dia dan Irfan melarikan diri mereka daripada Aldo. Semuanya atas bantuan Ferhat. Jadi Mereka langsung tak ada hubungi Aldo dan yang lain.

"Ya." Jawab Jo ringkas.

Khairil yang baru keluar daripada pintu utama itu terkejut melihat Diego, Irfan dan Alex yang ada disitu. Terus dia menghampiri mereka semua.

"Bro." Ucap Diego lalu menghampiri Khaiirl. Mereka bersalaman dan berpelukan.

"Korang buat apa sini?" Tanya Khairil pelik.

"Mem besar suruh datang." Jawab Diego santai. Khairil menganggukkan kepalanya tanda faham.

Siapa lagi kalau bukan Leyla. Tapi dia pelik kena malam-malam macam ini nak jumpa mereka. Tak dapat tunggu esok ke?

Irfan pula berjalan ke arah Khaiirl dan mereka bersalaman.

"Be careful. Hajar ada dekat dalam. Kalau dia nampak kau memang hilang nyawa kau nanti." Kata Khairil memberi amaran pada Irfan.

Irfan menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Jom. Khairil kalau nak join sekali pun boleh." Ucap Jo pada semua lalu memandang Khairil. Khairil menganggukkan kepalanya tanda dia menyertai mereka semua.

Lantas mereka melangkahkan kaki ke arah belakang rumah.






Leyla memandang ke arah sekumpulan lelaki yang datang menghampirinya.

Diego.

Irfan.

Khairil.

Jo.

Emir.

Alex.

Nama-nama orang yang ditulis Ferhat dalam Kad yang dibacanya didalam bilik petang tadi. Nama-nama ini saja yang Ferhat suruh dia untuk percaya.

Tak tahu kenapa tapi dia rasa Ferhat buat perkara ini juga tanpa pengetahuan sesiapa. Ferhat tak pesan banyak. Dia pesan percaya dia walaupun dia mengkhianati dan percaya mereka berenam.

Terkejut apabila nama Alex juga tersenarai dalam kad tersebut membuatkan dia agak curiga.

"Leyla." Sapa Diego lalu bersalaman dengan Leyla. Irfan pula hanya mendiamkan dirinya. Mereka semua masing-masing duduk ditempat kosong yang ada.

"Jadi kenapa minta kami semua berkumpul?" Tanya Diego pada Leyla.

"Ada benda yang aku nak bincangkan dengan korang berenam. Jo kau tolong jelaskan pada Emir kemudian." Jawab Leyla sambil memberi arahan lasa Jo. Jo menganggukkan kepalanya.

Leyla memandang mereka satu persatu sebelum dia berhenti ke arah Khairil yang berada di hujung sebelah kirinya itu.

"Esra dan Aysun mana?" Tanya Leyla saja.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Donde viven las historias. Descúbrelo ahora