Bab 48

34 4 2
                                    

Assalamualaikum Semua. Maaf kalau bab ini agak hambar. Kitanya kekurangan idea pula😭😭😭😭 jadi enjoy jelah selagi tak lari topik😘😘

Love you,

~ Ayşegül ~

****

Matanya berasa silau setelah dibukanya. Kepalanya juga rasa sakit. Seluruh badannya terasa sengal dan lenguh. Mata digosok sedikit sebelum dia memandang sekeliling ruang itu.

Dia dimana?

Matanya dikelip-kelip sambil memandang lampu yang ada disiling.

Tangan kanannya diangkat. Terlihat ada hos drip tercocok atas tangan kanannya. Dia menjatuhkan semula tangan kanannya. Dia yang berura-ura mahu bangun tiba-tiba terhenti apabila dia rasa sakit yang teraman sangat dibahagikan perut sebelah kirinya.

"Aww.. aww." Ucap Leyla kesakitan.

Dia membaringkan semula badannya. Otak cuba memproses apa sedang berlaku dan apa yang terjadi pada dirinya.

"Oh." Ucap Leyla apabila teringatkan sesuatu.

Dia kena serang pagi tadi dan kena tembak dibahagikan perutnya. Yaa... Dia baru ingat...

Jadi sekarang dia di hospital?

Otaknya cuba menganalisis keadaan tempat itu. Ya  betul. Dia di hospital.

"Sunyi.." Ucap Leyla perlahan.

Tak ada orang ke?

Dia nak bangun tak boleh sebab rasa sakit sangat. Tapi takkan nak baring macam ini kot?

Kruk!!!

"Aduh..." Ucap Leyla sambil memegang perutnya yang berbunyi itu.

Lapar.

Tepi-tepi katil dilihatnya. Tak ada apa-apa kecuali bunga hiasan dan beberapa alat hospital. Matanya memandang ke arah satu sudut yang terletak satu set sofa. Matanya mengecil apabila cuba melihat sesuatu yang ada disitu. Matanya menangkap ada sosok tubuh seseorang sedang berbaring di Sofa panjang itu.

Ada juga beberapa barang diatas meja.

Siapa itu?

Leyla memandang sekeliling. Dia mencari sesuatu yang boleh dia guna untuk mengejutkan orang tersebut.

Pasu bunga?

Bolehlah.

Leyla mengerakkan badannya perlahan-lahan ke tepi sehingga tangan kanannya boleh mencapai Pasu bunga tersebut.

"Hehehe Sorry."

Prak!!!!

Leyla menolak kuat Pasu bunga itu menyebabkan bunyi yang kuat terhasil daripada pasu bunga yang pecah tersebut.

"Aww.." Ucap Leyla sambil memegang perut kirinya.

Tidur Ferhat terganggu apabila mendengar bunyi kaca pecah. Lantas dia mencelik matanya dan mengambil pistol yang ada ditepinya.

"Who is that!"

"Wow wow.. Sabar.." Ucap Leyla terkejut apabila Ferhat mengangkat Pistol.

Nafas Ferhat tidak teratur kerana rasa terkejutnya. Matanya membesar memandang Leyla yang melambai tangan ke arahnya.

"Leyla!" Ucap Ferhat terkejut.

Dia masih kaku dan otaknya kosong kerana baru bangun tidur.

"Ferhat." Ucap Leyla mesra sambil melambaikan tangannya pada Ferhat. Tapi sekejap saja apabila Ferhat masih kaku tidak bergereka mahupaun bersuara.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now