Bab 38

42 6 2
                                    

Assalamualaikum readers ✨🤍 Selamat hsri raya aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua❤️❤️❤️❤️ setelah seminggu Author tak update new chapter now Author mula meng-update semula✨✨✨✨ biasalh Mood raya kena enjoy Betul-betul kan🤭🤭🤭

Thankyou sudi baca and vote🤍✨

Love you,

~ Ayşegül ~

Setelah menghantarnya ke rumah atuk. Ferhat terus memberitahu Leyla bahawa dia ke keluar lagi kerana ada urusan yang mendadak di pejabat. Itu yang membuatkan Leyla kehairanan. Kerja apa malam-malam. Nanti kalau dia tanya, kena cop busybody.

Leyla menutup pintu utama lalu dia berjalan menaiki tangga. Semua orang sudahpun masuk ke dalam bilik masing-masing setelah makan malam tadi.

Niatnya mahu ke bilik tidak jadi apabila dia teringat tentang bilik kerja atuknya itu. Terus kakinya bertukar arah langkah menuju ke bilik Atuknya itu.

Tombol pintu cuba dipulas.

Tak kunci!

Lantas Leyla menolak pintu tersebut lalu masuk ke dalam dan menutupnya semula. Leyla memandang sekeliling ruangan itu. Dia rasa dia pernah ingat tempat ibarat bilik dalam bilik. Kalau tidak salah disini ada pintu rahsia yang menyambut bilik ini dengan bilik satu lagi.

Cuma dia masih keliru dimana pintu rahsia itu. Nampak macam tak ada langsung gayanya pintu Rahsia. Kaki Leyla berjalan menuju ke arah meja kerja atuknya. Laci yang dibukanya hari itu dibuka semula.

Barang-barang masih tersusuan seperti sebelumnya. Maksudnya tidak ada sesiapa yang masuk ke dalam bilik ini selain dia. Telefon dikeluarkan lalu dia menangkap gambar sekeping gambar milik atuknya dan sahabat-sahabatnya. Setelah itu dia mengambil pula Rantai yang berloketkan SLA itu dan dimasuknya ke dalam poket.

Setelah itu dia menyusun semula barang-barang yang ditempat asal. Kakinya mula melangkah ke arah sofa. Sedang dia duduk disitu sambil memerhatikan segenap ruang itu. Tiba-tiba tangannya tidak sengaja terselit dicelah sofa dan dia merasakan ada sesuatu yang keras padanya.

Tangan Leyla mencapai barang yang terselit dicelah sofa tersebut.

"Telefon Atuk?"

Leyla cuba menghidupkannya tapi tidak berjaya. Bateri habis mungkin. Leyla terus keluar semula daripada bilik itu lalu menuju ke arah biliknya. Dia mencari Charger Telefon miliknya lalu dicucuknya pada tempat pengecas telefon.

Dalam beberapa minit Leyla cuba membuka semula telefon itu dan....

Berjaya...

Setelah menyala pada skrin. Dahi Leyla berkerut melihat banyak pesanan suara dari panggilan telefon yang tidak diangkat. Dia juga membuka pesanan suara itu. Dia menyapu skrin telefon lalu lock pun terbuka.

Atuknya tak letak password telefon pun!

Bahaya betul.

Leyla cuba menekan panggil suara yang pertama tidak lama kemudian ianya berbunyi.

"Salih Shazlanbey. I will be back."

Berkerut dahi Leyla mendengar suara seorang lelaki dari pesanan suara itu. Dengar dari suara itu seperti udah berusia.

Leyla menekan lagi pesanan suara tersebut.

"Kau terima pesanan aku? Takut? Sudah semestinya. Jaga cucu kau elok-elok sebelum aku ambilnya untuk jadikan mangsa balas dendam aku!"

Leyla terkejut!

Nampaknya Atuknya merahsiakan sesuatu daripada mereka. Lebih tepat atuknya juga tahu siapa yang punya angkara ini semua. Cuma dia tidak ada bukti!!

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now