Bab 50

45 3 1
                                    

Assalamualaikum Semua🥰 Update akan agak slow sikit ye sebab ada kerja 2 minggu ini. Harap bersabar😅😘 enjoy reading don't forget to voting 😘💋

Loveyou,

~ Ayşegül ~

****

"Bukan macam itulah!!!" Rungut Leyla. Sakit hatinya melihat Ferhat memotong sayur tidak sesuai keinginannyanya.

Ferhat memandang tajam ke arah Leyla. "Eh.. kau ingat aku ni bebal sangat ke bab bab dapur? Bab bab memasak. Betullah ni," ucap Ferhat sambil menunjukkan sayur yang dipotongnya itu.

"Errrr." Rungut Leyla geram lalu mendekati Ferhat.

"Kita nak buat sup Ferhat. Kalau awak potong nipis macam ini nanti dia cepat masak faham! Jadi terlampau masak tak sedap!!!" Bebel Leyla lagi sambil merampas sayur ditangan Ferhat.

Ferhat memandang geram ke arah Leyla. Nak saja dia ganyang di Leyla ini. Kalau tak kerana Leyla masih belum sembuh sepenuhnya memang dia dah buat?!

"Arghh buatlah kau semua benda tak kena." Rungut Ferhat. Lalu menjauhi Leyla. Leyla menjeling tajam Ferhat sebelum dia kembali fokus memotong sayur itu

"Assalamualaikum."

Leyla dan Ferhat yang masih sibuk didapur itu tiba-tiba dikejutkan dengan suara beberapa orang memberi Salam. Ferhat tahu siapa yang memberi salam itu tapi Leyla tidak. Ferhat tersenyum memandang Leyla yang nampak tertanya-tanya itu.

"Go." Ucap Ferhat.

Leyla berkerut dahi. Tidak banyak cakap dia terus menyuci tangannya dan keluar daripada dapur. Tiba-tiba dia bertembung dengan Hajar dan Melati ditempat lalui untuk ke pintu utama.

"Siapa?" Tanya Hajar pada Leyla. Leyla menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Melihat gelengan kepala Leyla mereka bertiga terus berjalan ke arah pintum Melati pantas membuka pinte tersebut.

Ternyata!!!!

"Surprise!!!!!!"

Leyla, Hajar dan Melati masing-masing terkejut!! Ternyata Tuan Azat dan ahli keluarga yang lain datang ke rumah mereka.

"Baba!!!" Ucap Leyla dan Hajar pantas memeluk baba mereka masing.

"Mak." Ucap Melati terkejut apabila Mak Esah keluar dari belakang Puan Azizah.  Mak Esah tersenyum gembira lalu menghampiri Melati. Mereka berpelukan sesama sendiri.

"Anak ibu Sihat?" Tanya Puan Azizah dengan suara yang sayu. Leyla melepaskan pelukan daripada Tuan Azat lalu mencebik mulutnya memandang Puan Azizah. Nampak raut wajah Puan Azizah yang sayu itu.

Leyla lantas menghampiri Puan Azizah lalu memeluk ibunya itu. "Leyla sihat." Ucap Leyla sambil memeluk erat ibunya.

"Maafkan kami tak dapat lindungi kamu." Ucap Puan Azizah sebak. Tuah Aizat memandang sayu isterinya. Dia mengusap belakang badan isterinya supaya Isteri berasa tenang.

Leyla yang masih dalam pelukan ibunya itu menjarakkan dirinya. "Shut... Jangan cakap macam itu. Ibu dan semua dan daya upaya lindungi dan jaga Leyla. Ibu tak salah pun." Ucap Leyla memujuk ibunya.

"Cerita pada ibu apa yang jadi?" Ucap Ibunya ingin tahu.

Leyla tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. "Ye Leyla cerita tapi kena masuk dulu. Takkan kita nak berbincang depan pintu ini pula." Ucap Leyla diakhiri dengan nada gurau. Mereka semua ketawa kecil.

"Hey buat apa depan pintu itu. Masuklah." Ucap Ferhat sambil berjalan ke arah mereka.

Ferhat menyalami Puan Azizah dan semua lalu diakhiri dengan Tuan Azat. Tuan Azat memandang Ferhat lalu menahan tangan Ferhat menyebabkan Ferhat rasa pelik. Tuan Azat memandang lama Ferhat sebelum berkata

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now