Bab 26

43 8 0
                                    

Assalamualaikum readers 🥰 mohon vote and sharw this story🤍 mohon support daripada semua. Rajin-rajinlah komen ye supaya saya boleh perbaiki penulisan saya🥰🤍
~Ayşegül~

~~~~~~~~~~

Adakah benar Ferhat Aslan itu Lucas. Maklumat yang dia dapat banyak kait rapat dengan Ferhat. Tapi kenapa nama Lucas terbabit sekali. Tidak ada tanda bahawa Lucas ada kaitan dengan Ferhat.

Tapi apa yang diberitahu Melati tadi ada betulnya. Boleh jadi Ferhat memalsukan identiti. Boleh jadi Ferhat rahsiakan soal keluarga kerana identiti Ferhat yang Ruzal bagi mula dari umur Ferhat 6 tahun. Maksudnya 5 tahun kebelakangan identiti Ferhat telah di musnahkan.

"Kalau betul Ferhat itu LUCAS mananya Lucas tengah datang untuk membalas dendam? Maksudnya jika benar Ferhat itu Lucas maksudnya Ferhat mempergunakan dia untuk membalas dendam?" Monolg Leyla. Dia cuba untuk membuat spekulasinya sendiri kerana terkadang spekulasi yang spontan itu logik.

"Apa aku patut buat? Kalau betul Ferhat itu Lucas? Tak akan aku nak serah diri macam itu saja?" Ucap Leyla. Dia bangun dari birai katilnya lalu menuju ke jendela bilik itu.

Terlihat kawasan rumah belakang Atoknya sudah di penuhi oleh saurada mara mereka dan juga tetamu-tetamu yang lain. Dia mula resah. Fikirannya bercelaru.

Kalau Ferhat bukan lucas dia kena cari tahu apa hubungan Ferhat dengan Diego. Tapi kalau Ferhat ialah sebahagian daripada Lucas dan kalau dia lambat mengetahuinya maknanya dia mesti berhati-hati dalam bertindak. Jangan sampai mereka semua tahu bahawa dia tahu tentang Firash.

Telefon pintar ditangan diambilnya. Nombor Alex dicari dan ditekan. Dia perlukan bantuan Alex.

Tut... Tut... Tut... Tut...

"Hello."

"Hello Alex."

"Ye."

"I need your help."

Aysun sudah berada didepan pintu bilik Leyla. Pintu nampaknya terbuka sedikit. Tanpa mengeput Aysun perlahan-lahan menolah pintu itu untuk dia masuk ke dalam.

"I need you help."

"Tolong cari tahu siapa Ferhat Aslan."

Pergerakan Aysun terhenti. Dahinya berkerut mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Leyla. Dia tidak jadi masuk ke dalam sebaliknya dia menarik pintu itu semua sepeti adal tadi dan merapatkan dirinya ke pintu untuk mendengar perbualan Leyla.

"Aku perlukan maklumat tentang dia. Termasuk siapa ahli keluarga dia. Aku cuma rahu orang tua Ferhat meninggal dunia di bunuh waktu dia kecil." Ucap Leyla memberitahu maklumat apa saja yang dia tahu tentang Ferhat.

"And aku rasa di sebahagian daripada LUCAS."

Mata Aysun terbeliak terkejut. Leyla dah syak Ferhat sebahagian daripada lucas. Macam mana Leyla boleh Syak Ferhat Lucas?

Aysun mengundurkan dirinya. Tak boleh dibiarkan dia kena beritahu Ferhat. Baru saja dia memalingkan badannya kebelakang tiba-tiba dia terlanggar dengan seseorang membuat dia terkejut.

"Arghh."

"Ehh Aysun. Ini aku Melati." Ucap Melati apabila mendengar teriakan Aysun.

Aysun memegang dadanya yang berdegup kencang itu. Melati pula mengerut dahi memandang Aysun. Nampak cemas. Seperti ada sesuatu yang Aysun sembunyikan.

"Aysun? Melati?"

Aysun dan Melati terus memandang Leyla yang sudah pun keluar daripada Bilik itu.

"Kenapa?" Tanya Leyla sambil menghampiri Aysun dan Melati.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now