Bab 6

65 15 6
                                    

"kami akan balas dendam atas kematian kamu semua." Ucap Tok Ma sambil membersihkan makam itu. Ibu Esma memandang Tok Ma. Sungguh kuat dan cekal hati majikannya itu. Hilang suami hilang anak menantu. Tetapi Tok Ma tidak tahu perkara sebenarnya. Siapa dia ingin membetulkan apa yang jadi. Ada perkara yang Tok Ma tidak tahu sudah berlaku.

Ibu Esma memegang tangan Tok Ma. "Suatu hari nanti. Semuanya akan terbalas juga." Ucap Ibu Esma pada Tok Ma.

Tok Ma senyum dengan linangan air matanya dia menganggukkan kepalanya. Dia yakin pembunuh itu akan terima balasan.

Shazlanbey akan terima balasan.






"Assalamualaikum." Ucap Leyla memberi salah.

"Assalamualaikum." Irfan turut memberikan salam selepas Leyla.

Kata Leyla malam ini ada makan malam keluarga. Jadi Leyla bawa dia makan malam sekali. Awalnya dia menolak sebab Tuan Salih. Yelah Tuan Salih nampak tak sukakan dia lepas kejadian 2 hari lepas.

Tapi Leyla beritahu yang dia sudah maklumkan pada atuknya dan atuknya mengizinkan.

"Waalaikumussalam. Eh Irfan marilah masuk." Jemput Puan Azizah mesra pada Irfan.

Irfan menganggukkan lalu menghampiri Puan Azizah. Dia menyalami Puan Azizah. Nampak gaya Puan Azizah tak marah padanya.

"Leyla kamu pergi tunjukkan pada Irfan bilik tetamu. Mana tahu dia nak rehat dulu bersihkan badan." Arah Puan Azizah pada Leyla.

"Eh tak ape Aunty. Tak payah susah-susah." Ucap Irfan segan.

"Tak susahnya kamu tetamu." Ucap Puan Azizah sambil menepuk perlahan bahu Irfan

"Ermmm Aunty. Irfan nak mintak maaf." Ucap Irfan serba salah. Puan Azizah mengerutkana dahinya kehairanan. Maaf untuk apa?

"Soal dinner malam itu. Irfan tak hantar Leyla dengan selamat. Irfan buat semua orang risau." Katanya lagi.

Puan Azizah menggelengkannya. "Tak kamu tak salah benda sudah jadi. Cuma Aunty Risau sikit saja. Dah dah naik dulu kamu pergi bersihkan diri rehat rehat." Ucap Puan Azizah.

Irfan tersenyum bersyukur Puan Azizah tidak marah padanya.

"Jom."

Irfan terus mengekori Leyla menaiki tangga sampai di tangga mereka terserempak dengan Tuan Azat. Baba kepada Leyla.

"Assalamualaikum Uncle." Ucap Irfan lalu menyalami Tuan Azat.

"Waalaikumussalam." Balas Tuan Azat. Dia menjawab dan bersalaman dengan  Irfan. Tetapi Wajahnya bereaksi biasa saja. Tidak benci tidak suka.

Tuan Azat terus menuruni tangga.

Irfan agak terasa hati dengab sikap Tuan Azat tidak membalas senyumannya.  Lalu memandang Leyla.

Leyla tersenyum memandangnya. " Jangan Risau Baba aku memang serius orangnya." Ucap Leyla

Irfan menganggukkan kepalanya tanda faham. Tidak tahu Leyla bercakap itu benar atau saja ingin menyenangkan hatinya. Tapi sekurang-kurangnya salam dan huluran tangannya disambut.

Didapur pula Melati dan Mak Ecah sedang sibuk menyediakan makanan. Hajar dan Puan Dewi turut membantu mereka di dapur.

"Mak Ecah. Ini nak letak mana?" Tanya Hajar pada Mak Ecah. Puding ditangannya itu dibawa ke arah Mka Ecag

"Itu kamu letak dalam Fridge dulu. Nanti kalau nak makan hidangkan. Makan sejuk-sejuk sedap." Balas Mak Ecah.

Hajar menganggukkan kepalanya lalu meletakkan ke dalam peti sejuk.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now