Bab 39

33 6 0
                                    

Assalamualaikum readers semua🤍✨ jemput baca and vote okey. Vote bab² sebelum ini tak berapa nak dapat sambutan tapi tak pa still keep publish new bab juga untuk pembaca Amore certamen.

Love You

~ Ayşegül ~


Esra memandang Ibu Esma yang termenung sendirian di taman itu. Nampak wajah ibu Esma sedang memikirkan sesuatu. Apakah yang mengganggu fikiran wanita itu?

Ditangannya ada fail Makcik Leona. Memandang tidak ada sesiapa di rumah dia rasa ini masa yang sesuai untuk dia bertanyakan tentang hal ini. Tok Ma sudah awal pagi lagi keluar dengan Mamanya. Dia sudah jarang berjumpa dengan mamanya sejak mamanya beritahu dia soal ada orang yang menelefon Tok Ma. Dia agak risau kalau-kalau mamanya terpengaruh dengan Tok Ma. Yelah Tok Ma itu maknya mesti dia dengar cakap maknya berbanding yang lainkan?

Esra melangkahlah ke arah Ibu Esma. Kehadiranya masih tidak disedari Ibu Esma. Esra mula tertanya-tanya apa yang tidak kena dengan Ibu Esma.

"Assalamualaikum." Ucap Esra memegang bahu Ibu Esma.

Ibu Esma agak terkejut itu terus memalingkan mukanya je arah Esra. Esra tersenyum manis sebelum duduk disebelah ibu Esma.

"Ehh Esra. Buat apa sini? Tak kerja ke?" Tanya Ibu Esma.

"Butik ada yang jaga. Esra ambil cuti seminggu. Nak rehat." Jawan Esra lalu melentokkan kepalanya ke bahu Ibu Esma.

Ibu Esma tersenyum manis. Ini kalau dan melentokkan kepalanya dibahunya mesti asa sesuatu yang nak diluah.

"Meh Sini." Ucap Ibu sambil lalu memeluk Esra. Esra tersenyum manis sebelum melabuhkan kepalanya ke riba ibu Esma. Ibu Esma mengusap ubun-ubun Esra.

Esra rasa tenang disamping ibu Esma. Dari kecik lagi selain mamanya ibu Esma juga antara wanita yang sentiasa memanjakannnya dan menjaganya. Kalau dia sedih dia mesti akan cari mamanya atau ibu Esma. Mereka berdualah insan yang sentiasa ada untuk nya ketika sedih. Lain pula Tok Ma bila dengan Tok Ma tok Ma banyak bagi nasihat dan juga banyak mengajarnya untuk jadi kuat dan tak mudah mengalah. Memang kalau nak meluah kesedihan Tok Ma bukan orangnya.

Ibu Esma memandang muka Esra yang nampak murah itu. Apa yang mengganggu fikir anak itu. Ibu Esma terus mengusap pipi Esra membuatkan Esra memandang Ibu Esma. Mata Esma mulai berkaca. Tak tahu kenapa dirinya terasa sebak.

"Kenapa ini?" Tanya Ibu Esma sambil mengusap air mata Esra yang mulai mengalir itu.

"Esra rindu papa." Ucap Esra masih memandang Ibu Esma. Ibu Esma tersenyum pahit memandang Esra. Kasihannya Esra membesar tanpa kasih sayang Seorang ayah kerana kekejaman manusia yang tidak ada belas kasihan.

"Sedekahkan Al-Fatihah buat papa." Ucap Ibu Esma pada Esra. Esra menganggukkan kepalanya lalu memandang ke arah lain semula.

"Sampai bila kita akan hidup macam ini?" Tanya Esra pada ibu Esma. Ibu Esma mengerut dahinya. Kurang faham dengan maksud Esra.

"Maksud Esra?" Tanya Ibu Esma pelik.

"Sampai bila kita akan hidup macam ini? Hidup dalam ketakutan, dendam, bahaya sana sini, nyawa kita dihujung tanduk. Penipuan. Pengkhianat." Ucap Esra sayu.

"Sekali kita masuk dalam dunia ini kita cuma ada 2 pilihan." Ucap Ibu Esma. Esra memandang membalas ke arah ibu Esma.

"2 pilihan?"

"Ye 2 pilihan sama ada teruskan hidup seperti ini ataupun keluar tanpa nyawa." Ucap Ibu Esma serius.

Esra diam. Dia faham maksud Ibu Esma. Mereka tiada pilihan selain terima saja takdir.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now