bab 3

75 15 0
                                    

Suasana dimeja makan pada malam itu sungguh suram. Masing-masing menundukkan kepala dan tidak mengeluarkan sebarang bunyi kecuali bunyi sudu berlaga dengan garfu ketika makan.

Tuan Azat memandang Tuan Fairuz apabila dia mendapat bahawa makanan dalam pinggan Tuan Fairuz tidak terusik sedikit pun.

Kali ini Tuan Salih dipandangnya sekilas. Orang tua itu sedang sibuk menikmati makanan tanpa menghiraukan orang lain.

Tidak ada sesiapa yang berani bersuara jika Tuan Salih tidak memulakan percakapan.

Tuan Salih sedar dengan tindak tanduk Anaknya Azat yang dari tadi memerhatikan seorang demi seorang yang ada dimeja makan ini.

Ehemm!

Tuan Salih berdehem sambil meletakkan sudunya. Dengan serta merta yang lain juga turut meletakkan sudu mereka.

Tuan Salih mencicip sedikit air yang sudah tersedia.

"Azat. Mana Leyla?" Tanya Tuan Salih pada Anaknya.

"Ermm Dia keluar Baba dengan kawan dia." Beritahu Tuan Azat pada Tuan Salih.

Tuan Salih mengerut dahinya kehairanan. Keluar? Kenapa dia tak tahu? Dia sudah berkali-kali memesan orang dalam rumah ini sekiranya bukan urusan kerja sesiapa saja nak keluar mesti meminta izinnya dulu.

"Dah tak reti nak minta izin?" Sindir Tuan Salih.

Semua mata memandang Tuan Salih dan Tuan Azat silih berganti.

"Maaf Baba. Leyla dah minta izin dengan saya." Ucap Puan Azizah.

"Siapa izinkan orang dalam rumah ini keluar tanpa kebenaran aku?" Tanya Tuan Salih lalu memandang Puan Azizah. Matanya tajam menikam mata Puan Azizah.

Puan Azizah terus menundukkan kepalanya. Takut dengan pandangan mata bapak mertuanya itu.

"Leyla ada ayah. Saya ayah dia. Cukup dengan keizinan saya dia boleh keluar." Ucap Tuan Azat tanpa rasa takut.

Dia juga cukup muak dengan peraturan rumah ini. Tapi apakan daya dia hendak melawan. Mahu tak mahu dia 0erlu turutkan saja.

"Kau cuba cabar aku ke Azat? Kau sedar kau sedang bercakap dengan sapa?" Tanya Tuan Salih dengan nada yang keras.

Wajahnya mulai memerah menahan amarah. Berani-beraninya Azat melontarkan kata-kata seperti itu.

"Apa yang Azat cakap betul. Leyla hanya perlu minta izin keluar rumah pada ayahnya saja." Ucap Tuan Fairuz untuk menyokong kata-kata adiknya itu.

"KAU DIAM!" Jerkah Tuan Salih pada Tuan Fairuz. Semua mereka terkejut dengan suara Jerkahan Tuan Salih.

"Siapa kauorang nak lawan aku? Siapa kau orang nak langgar perintah aku? Siapa kau orang nak buat sesuka hati kauorang ditempat aku? Ini rumah aku peraturan aku!!!!!!"

Buk!!!!

Tuan Salih menghentakkan tangannya ke meja makan selepas melontarkan kata-kata itu. Sekali lagi mereka semua terkejut. Masing-masing tidak berani untuk mendongakkan kepala mereka.

Semua diam termasuk Tuan Fairuz dan Tuan Azat.

"SUSAH SANGAT KE NAK DENGAR CAKAP AKU? SUSAH SANGAT KE NAK IKUT ARAHAN AKU. PERNAH KE ADA YANG HILANG NYAWA DALAM RUMAH INI PERNAH? WALAUPUN KITA DISERANG TAPI BELUM PERNAH YANG HILANG NYAWA DIRUMAH INI. JADI STOP FIKIR NAK KELUAR DARI RUMAH INI ATAU NYAWA KAUORANG HILANG DITANGAN AKU!!!!!" MARAh Tuan Salih.

Dia tak faham dengan anak menantunya itu. Susah sangat ke nak ikut cakap diam. Susah sangat ke nak ikut semua peraturan dia.

"Kau Fairuz!!!!!" Tuan Salih terus berdiri dan berjalan ke arah Fairuz. Dengan pantas kepala Tuan Fairuz ditolak hingga tersembam ke atas pinggan makanannya sendiri.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now