Bab 55

27 3 2
                                    

Hajar yang terasa tekaknya haus itu terus turun dari katil dan keluar dari bilik. Haus haus macam ini dapurlah ditujunya. Dia rasa air oren buatannya tadi masih ada baki yang disimpan.

Kaki terus melangkah menuruni tangga. Sampai di anak tangga yang terakhir telinganya menangkap bunyi bising orang berborak yang berada diruang tamu. Tengah-tengah malam buta ini siapa yang berborak?

Nait hendak pergi ke dapur terus dibatalnya. Kaki dibawa melangkah ke arah ruang tamu terlihat Leyla dan beberapa orang lelaki berjalan masuk ke dalam rumah menggunakan pintu ruang tamu yang ada disitu.

Alangkah terkejutnya dia melihat Irfan sedang bergelak ketawa dengan Leyla sambil masuk ke dalam rumah.

"Irfan!!!!" Jerkah Hajar dengan emosi.

Irfan dan Leyla yang sedang seronok bercerita tentang kisah zaman universiti itu terkejut mendengar suara kuat Hajar yang memanggil Irfan.

Irfan terkejut melihat Hajar yang memandangnya seperti harimau yang ingin membaham mangsa. Kakinya lantas melangkah kebelakang Leyla sebagai tempat berlindung.

"Leyla tolong aku." Pinta Irfan pada Leyla dengan nada suara yang agak takut.

Khairil menggelengkan kepalanya mendengar suara hajar itu.

"Kau!!!!"

Hajar dengan pantas berlari ke arah Irfan. Namun Khairil lebih pantas bertindak. Dia dengan sekelip kata menahan badan Hajar dari terus mengejar Irfan dengan menggunakan sebelah tangan dan dibawanya ke dalam pelukannya.

"Khairil.... arghhhhhh lepasss...." Ronta Hajar sekuat hati sambil cuba menarik tangan Khairil daripada terus memeluknya.

"Kau jangan nak jadi mak lampir malam-malam boleh tak? Dengan rambut kau panjang macam langsuir. Malulah sikit." Kata Khairil menasihati Hajar tapi nada suaranya tetap kadar seperti kata-katanya.

Hajar masih lagi meronta-ronta ingin dilepaskan. Leyla menggelengkan kepalanya lalu menghampiri Hajar.

"Hajar sudahlah perkara dah lepas. Aku dah maafkan pun. Semua berlaku luar kawalan. Dia tak berniat pun nak buat semua itu." Kata Leyla cuba menengangkan Hajar yang tengah emosi itu.

Hajar diam. Matanya masih memandang tajam ke arah Irfan. Rontaannya juga berhenti tapi Khairil masih setia memeluk Hajar.

Aiek!! Ambik kesempatan nampak?

"Kau beruntung Leyla bukan aku. Kalau dia aku memang mati kau aku kerjakan." Kata Hajar dengan nada suara yang kasar dan agak kuat.

"Sudahlah itu." Pujuk Khairil tanpa sedar suaranya bertukar lembut. Lantas dia menarik kepala Hajar supaya tidak memandang Irfan.

Diego tersengih-sengih sendiri memilih gelagat Hajar. Apalagi melihat Khairil yang berusaha untuk menenangkan Hajar itu. Dia pula kehairanan nampak gaya macam dah biasa buat saja Khairil ini. Hajar pula tidak menolak.

Ke mereka ada sesuatu?

Ishh mustahil api dengan api boleh bersatu.

Hajar masih dengan hatinya yang membara. Khairil menggelengkan kepala lagi melihat wajah bengis dan cemberut Hajar itu. Khairil lantas memandang Leyla. Dia memberi isyarat pada Leyla bahawa dia ingin membawa Hajar pergi dari situ. Leyla yang faham menganggukkan kepalanya.

Khairil terus menarik Hajar keluar daripada ruang tamu itu.

"Cey cey cey, ada pasangan baru ke?" Teka Diego bergurau.

Leyla tergelak kecil mendengar ucapan Diego. Dia agak terkejut melihat Khairil menenangkan Hajar itu. Nampak pelik tapi benar. Apalah yang jadi antara mereka ye?

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now