Bab 8

62 15 0
                                    

"Tolongg!!!! Tolongggg!!!"

Kedengaran suara bondanya memintak tolong berkali-kali. Ferhat yang berada diluar rumah itu terkejut mendengarnya. Dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah melalui pintu Ruang tamu rumah.

Bunyi tembakan yang terhasil dari tingkat atas mengejutkannya. Ferhat  dengan cemas terus mencari idea untuk menyembunyikan dirinya. Dia memandang sekeliling ruang tamu itu.

Disatu sudut matanya terarah pada sebuah pasu bunga besar. Terus Ferhat berlari dan menyembunyikan dirinya di sebalik pasu itu. Ferhat mengintai-ngintai disebalir jambakan bunga tidak begitu jelas tetapi masih tetap nampak apa yang berlaku.

"Korang ni siapa haa?" Suara bondanya semakin lama semakin dengan dengannya. Dia melihat dari kedudukannya ada seorang lelaki mengherat Pakcik Emran tanpa belas kasihan.

Tubuh sudah tidak bernyawa diheret hingga ke ruang tamu. Habis kotor lantai disebabkan oleh darah Pakcik Emran yang mengalir itu

Sejurus itu bonda jug diheret begitu kasar hingga ke ruang tamu. Nampak seperti Bondanya meronta-ronta ingin dilepaskan.

"DIAM!!!!!!" Jerkah lelaki lalu melepaskan Bondanya dengan kasar ke arah dinding.

Bondanya memeluk tubuh sambil menangis ketakutan. Ferhat sudah mulai mengalirkan airmatanya. Deras sekali. Dia menekup mulutnya supaya suaranya tidak kedengaran. Melihat Bondanya dalam keadaan ketakutan itu Ferhat hancur kerana tidak dapat menyelamatkan Bondanya itu.

Takut.

Cemas.

Ferhat tidak mampu berbuat apa-apa selain melihat saja keadaan bondanya itu. Matanya mula meliar-liar mencari dimana ayahnya?

Ferhat semakin lebat mengalirkan air mata sungguh hatinya sangat luluh... Matanya terarah kepada Ibu Esma yang ada disebalik dinding itu. Isyarat ibu Esma menyuruh dia berdiam diri dipatuhnya.

Keadaan bondanya dilihat. Bondanya nampak jelas ketakutan dengan air mata yang tidak berhenti mengalir. Raungan bondanya sangat-sangat dalam ketakutan

"AKU CAKAP LEPASKAN AKU... LEPASKAN AKU.."  jeritan ayahnya kedengaran.

Ayahnya juga diheret ke ruang tamu sama seperti mereka mengheret Pakcik Emrannya yang tidak bernyawa tadi. Baju ayahnya penuh dengan kesan darah.

"DIAM!!! DIAM!!! DIAM!!! DIAM!!!" Jerkah penjahat itu sambil menarik-narik rambut bondanya kebelakang apabila mendengar tangisan Bondanya yang tidak berhenti-henti. Semakin ditarik semakin itu membuatkan Bondanya  meraung kuat.

"AKU CAKAP DIAM!!!!!!" Jerkah penjahat itu lalu menampar kuat pipi bondanya.

"Leona!!" Jerit Ayahnya dengan nada sedih. Ayahnya tanpa tidak bermaya juga.

Terteleng muka bondanya ke arah dia. Ferhat memandang bondanya degan perasaan takut. Dia ingin memeluk bondanya sekarang.

Mata bondanya membulat. Mungkin terkejut melihat dia asa begitu dekat dengan mereka.

"Arghhhhhhhhhhhhhhh..." Bondanya meraung-raung sambil menjauhkan diri daripada kedudukannya yang hampir dengan Ferhat. Mungkin tidak mahu Penjahat itu menyedari yang dia ada disitu

"Jangan lari setan!!!!!!!" Marah Penjahat itu lalu melepaskan satu tembakan pada kaki ibunya.

"Arghhhh..... Arghhhhhh...."

"LEPASKAN BINI AKU!!!!!!!!!" MARAH Ayahnya pada penjahat itu. Tak semena-mena penjahat itu menendang muka Ayahnya membuatkan ayahnya terbaring ke lanatai.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now