Bab 43

32 6 1
                                    

Assalamualaikum Readers 🤍✨ Terima kasih sebab setia membaca dan voting karya saya ini. Author tak tahu lagi Story ini akan sampe berapa bab.🤔 Bergantung pada kerajinan Author dan idea dalam otak Author 🤭🤭 jangan Lupa Vote selepas baca  tanda support and ramai yang tamu tentang karya saya❤️❤️

Enjoy reading

Love you,

~ Ayşegül ~

~~~~~~~~~~

"Aku kena keluar lagi ini. Ada urusan. Jangan tunggu. Aku mybe balik pagi." Ucap Ferhat yang membuka pintu bilik untuk Leyla.

Leyla berkerut dahi. Keluar lagi? Masuk kali ini dah 3 kali Ferhat keluar tanpa dia tahu ke mana. Itu yang membuatkan dia curiga dengan Ferhat. Leyla melemparkan begnya di sofa lalu mendekati Ferhat semula.

Wajahnya serius merenung Ferhat. "Awak nak pergi mana lagi? Dari pagi tadi asyik keluar balik keluar balik tapi saya tak tahu langsung mana awak pergi." Kata Leyla mulai curiga.

Ferhat menghela nafasnya panjang sebelum meraih kedua belah tangan isterinya itu. Dia mencium dua-duanya lalu mengusap lemgan isterinya.

"Leyla ke mana aku pergi kau tak perlu tahu. Yang harus kau tahu apa yang akan buat sekarang dan kehadapaan hanyalah untuk lindungi kau. Jadi aku cuma perlukan kepercayaan kau saja." Ucap Ferhat meyakinkan Leyla.

"Peliklah awak ini." Rungut Leyla pasrah. Ferhat ketawa kecil sebelum menarik Leyla lebih dekat dengannya.

"Dengar. Aku tak tahu apa yang akan berlaku ke depannya. Tapi aku cuma nak kau percayakan aku. Aku amanahkan kau pada Jo dan Emir. Sepanjang kau berada disini kau hanya boleh percayakah Jo dan Emir saja. Okey? Ingat apa-apa jadi nanti kau kena percayakan aku. Ingat pesan aku tadi walaupun aku khianati kau sekalipun tolong percayakan aku." Ucap Ferhat sungguh-sungguh menyakinkan Leyla.

Leyla terdiam mendengar ayat Ferhat. Tidak tahu hendak merespon apa. Dia bingung dengan maksud kata-kata Ferhat itu. Masuk ini 2 kali dah dia cakap.

Sebelum ini Diego yang minta dia percayakan Ferhat. Sekarang Ferhat sendiri yang minta dia percayakannya. Apa sebenarnya yang sedang mereka rancangan?

Benarkan Ferhat ialah Lucas?

"Dah aku pergi dulu." Ucap Ferhat lalu mencium tepi bibir Leyla membuatkan Leyla agak terkejut. Tapi tidak buat Ferhat. Dia terus pergi tanpa rasa bersalah atau kekok.

Itupun dah buat dia berdebar semacam. Tapi debaran itu tidak menghilangkan persoalan dalam mindanya itu.

Ferhat terus berjalan meninggalkan kawasan bilik. Jo dan Emir berjalan menuju ke arahnya.

"Jo. Emir."

"Efendim, Ferhat bey." Ucap Mereka berdua serentak.

"I entrust Leyla to you both. So please take care of her while I'm gone. please, i trust you both so much. if something happens to me, you call this number to get you out of here. Remember that Leyla is the responsibility of both of you." Ucap Ferhat memberi arahan pada mereka berdua sambil menghulurkan sekeping cebisan kertas pada Emir. Isinya nombor seseorang yang harus mereka hubungi jika ada sesuatu yang berlaku padanya.

"Were are you going Ferhat bey?" Tanya Emir pada Ferhat.

"Just do what i said. I need to go now." Ucap Ferhat pada mereka lalu berjalan meninggalkan mereka berdua. Jo dan Emir menghantar pemergian Ferhat dengan mata. Masing-masing dapat menangkap ada sesuatu yang tidak kena dengan Ferhat.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now