Bab 56

30 4 5
                                    

"Apa yang buat kau terfikir untuk bergabung dengan aku?"

Suara Aldo memecahkan kesunyiannya. Dia yang sedang bersendirian duduk diluar rumah itu tiba-tiba disapa oleh Aldo. Potong mood betul Aldo. Waktu dia perlukan ketenangan inilah dia nak datang mengacau. Tak penat anak, bapak pula. Dia pun masih keliru macam mana Ratna itu boleh jadi anak Aldo. Aldo memang licik?

"Dendam dan kebenaran yang aku ketahui."

"Bukan kau tak percayakan aku ke?" Tanya Aldo pelik.

"Aku tak cakap aku percayakan kau." Kata Ferhat lalu memalingkan wajahnya ke arah Aldo.

Aldo berkerut dahi mendengar ucapan Ferhat itu. Dia mulai rasa pelik dengan kata-kata yang baru Ferhat lontarkan.

"Aku cuma percayakan kata-kata Tok Ma. Jadi apa-apa yang aku buat bukan sebab aku percayakan bukti yang kau dapat. Tapi aku percaya apa yang Tok Ma aku tunjuk." Sambung Ferhat cuma memanipulasikan fikiran Aldo.

Aldo diam. Mendengar ucapan Ferhat otaknya mulai merancang sesuatu. Maksudnya hanya Tok Ma saja yang boleh kawal Ferhat? Dia kena gunakan Tok Ma itu saja supaya dia juga boleh kawal Ferhat.

"Apa yang Tok Ma kau beritahu sampai kau percayakan dia."

"Azat Shazlanbey." Jawab Ferhat lalu memalingkan mukanya dari Aldo.

"Kenapa?"

"Tok Ma cakap dia yang bunuh orang tua aku. Dia ada pada malam kejadian." Kata Ferhat. Ya Tok Ma ada beritahu bahawa Aldo ada bukti yang bapak mertuanya itu yang bunuh orang tuanya. Tapi kebenaran tentang pembunuh itu hanya dia saja yang tahu.

"Ya."

"Macam mana kau boleh tahu?" Tanya Ferhat mulai cuba untuk menjebak Aldo.

Aldo diam. Soalan Ferhat mampu membuat dia kaku. Penipuan apa lagi yang hendak dia cipta. Dia terlupa Ferhat bukan seperti yang lain otaknya geliga. Ada saja pertanyaan yang agak keluar dari mulut lelaki itu.

"Macam mana kau boleh dapat semua bukti tentang kes pembunuhan keluarga aku?" Kali ini Ferhat memalingkan wajahnya ke arah Aldo.

"Aku cuma sembunyikan diri bukannya mati. Dalam masa berpuluh-puluh tahun aku sembunyikan diri, aku sentiasa memerhatikan Lucas. Memerhati Shazlanbey. Kehadiran aku nak membalas dendam terhadap perbuatan Shazlanbey." Ucap Aldo penuh dendam.

"Kenapa kau ambil keputusan untuk menghilangkan diri? Memalsukan kematian kau. Kenapa kau nak sangat hapuskan Shazlanbey? Kenapa kau gunakan Lucas untuk balas dendm?" Tanya Ferhat. Sedia sudah mulai langkahnya untuk mengorek rahsia. Tapi dia pasti Aldo tidak akan jujur.

"Ferhat. Shazlanbey itu bahaya. Hanya Lucas yang boleh berurusan dengan Shazlanbey. Sebelum ini Lucas paling berkuasa diantara kami bertiga sehinggalah Robert Lucas kahwin dengan Tok Ma kau. He convert to islam. Shazlanbey secara perlahan-lahan cuba untuk mengawal Robert and yes dia berjaya. Tapi niatnya hanya satu untuk rebut kedudukan Lucas. Robert secara perlahan-lahan memperlahankan gerakannya. Banyak peratus Lucas yang diubah oleh Robert. Hampir semua dan hampir serupa dengan Shazlanbey."

"Macam mana Shazlanbey boleh kawal Lucas?" Tanya Ferhat inginkan kepastian.

"Lucas dan De Luca dulu sama, apa yang De Luca buat Lucas buat. Cuma satu saja, lucas tak pernah bunuh sesiapa sebab itu tugas De Luca. Jadi banyak kes-kes jenayah yang Lucas buat tapi terlepas daripada polis kerana bantuan Shazlanbey." Beritahu Aldo. Ada yang jujur ada yang dibohonginya.

"Shazlanbey pula apa?" Tanya Ferhat.

"Shazlanbey dia buat kerja money laundering dan bekalkan senjata apa untuk semua kumpulan mafia. Shazlanbey tak banyak buat jenayah cuma dia sentiasa diawasi oleh pihak polis." Jawab Aldo.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now