bab 9

56 14 0
                                    

Leyla mengemas barang-barangnya. Tengah hari ini dia dibenarkan untuk balik manakala Ferhat pula masih perlu ditahan kerana degupan jantung belum stabil sangat.

Pada awalnya Ferhat berkeras untuk tidak ditahan. Dia cakap dia sihat. Dia tak sakit. Ibunya pujuk tadi tapi dia masih dengan keputusannya untuk pulang juga. Jadi bila Dia menawarkan diri untuk jaga Ferhat di Hospital, Ferhat tiba-tiba okey pula.

Tak nak fikir yang bukan-bukan Leyla anggap ini juga salah satu cara dia membalas budi Ferhat.

Ferhat yang sedang tidur itu dihampirinya. Tanpa sedar dia tersenyum kecil memandnag wajah Ferhat yang sedang lena itu.

Nampak tenang saja, tak macam selalu serius memanjang. Senyum pun susah. Beku. Macam tak bersyukur je hidup.

Belum seminggu dia kenal Ferhat pandangan terhadap Ferhat jelas buruk.

Sebab?

Ferhat kasar. Dia suka mengarah. Tak suka senyum. Dahtu kalau bercakap kata-katanya menyakitkan hati saja.
Tapi sejak malam tadi ada sisi lain yang Leyla lihat pada Ferhat.

Ferhat sebenarnya juga ada hati dan perasaan. Dia itu manja juga orangnya. Mungkin pengalaman hidup yang sadis membuatkan dia jadi seperti itu. Pengalaman hidup merubah seseorang.

Bila melihat reaksi wajahnya apabila bercerita tentang arwah bondanya Leyla turut mengalirkan air matanya.  Ferhat sempat cerita yang ayah bondanya meninggal dunia dibunuh pada usianya 5 Tahun.

Mendengar ceritanya tadi pada ibu dia boleh teka kenapa Ferhat jadi lelaki yang sangat keras. Oleh kerana masa lalunya yang kejam, kurang kasih sayang orang tua.

"Assalamualaikum." Suara ucapan itu mengejutkan Leyla yang sedang merenung ke arah Ferhat. Laju Leyla mengundurkan dirinya menjauhi Ferhat.

"Waalaikumussalam." Jawab Leyla. Dia mulai berjalan ke arah pintu. Terlihat Aysun dan Khairil masuk ke dalam bilik itu.

Aysun dan Khairil bersalaman dengannya. Aysun  berlaga pipi dengan Leyla

"Macam mana Ferhat?" Tanya Khairil yang berada di kanan katil Ferhat.

"Dia masih perlu ditahan sebab degupan jantung dia tak berapa nak stabil." Jawab Leyla.

"Awak pula?" Tanya Aysun.

"Saya okey. Dah boleh keluar hari ini." Jawab Leyla.

Khairil dan Aysun sama-sama menganggukkan kepala mereka. Leyla berjalan ke arah Kiri katil Ferhat.

"Tadi dia mengamuk sikit bila dapat tahu dia kena tahan lagi sehari." Beritahu Leyla.

Khairil tersenyum sinis. Itulah Ferhat. Memang tak sukakan hospital. Memang tak suka ditahan. Walaupun dia sakit dia akan tetap cakap dia sihat.

"Ferhat memang macam itu. Dia tak suka Hospital. Rimas." Ucap Khairil.

"Tapi nasib baik dia nak juga ditahan sehari." Beritahu Leyla lagi.

Khairil berkerut dahinya. Nak juga?

"Saya pujuk dia tadi. Memandang Ferhat dah selamatkan saya. Saya kira nak balas budi dia jadi saya tawar diri untuk jaga dia. Tak tahu pula dia okey." Ucap Leyla lagi.

Aysun dan Khairil saling berpandangan. Biasanya kalau sakit ini kalau tidak Tok Ma Ibu Esma yang dia nak tolong jagakan. Kali ini lain pula?

"Owww tak pelah kalau Ferhat okey." Kata Khairil lagi.

"Ermmm tapi saya kena balik kejap nak ambik barang-barang. Mybe lepas maghrib saya datang balik. Kauorang boleh tunggu jaga Ferhat?" Tanya Leyla.

"Oww boleh je. Kitaorang pun dah tak ada buat apa-apa dah." Jawab Khairil.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now