Bab 52

36 3 2
                                    

Khairil berjalan menuju ke arah Esra dan Aysun yang ada kini berada di halaman belakang rumah. Terlihat mereka sedang duduk santai di gazebo sambil minum air masing-masing.

Esra memandang ke arah Khairil yang datang ke arah mereka itu terus memberi isyarat pada Aysun. Terlihat Khairil datang ke arah mereka sambil membawa sebuah fail berwarna hitam. Memandang Fail tersebut tiba-tiba Esra ingat sesuatu tentang Fail yang sepatutnya dia beru dengan Khairil dipesawat.

Dia kena cari masa yang sesuai untuk beritahu Khairil perkara itu.

"Kenapa?" Tanya Aysun pada Khairil.

"Senarai mana-mana ketua yang pernah berkerjasama dengan Lucas daj Shazlanbey." Ucap Khairil lalu menyerahkannya pada Esra.

Esra mengambilnya dan membelek satu-persatu kertas itu lalu dia memandang Khairil. "Mereka semua akan ada pada malam esok?"

"Kalau majlis makan malam esok betul-betul dijalankan maka mereka semua akan ada disana." Jawab Khairil pada pertanyaan Esra.

"Tapi macam mana kita nak tahu pembunuh itu? Takkan nak suruh diaorang buka baju satu-satu." Ucap Aysun agak kebingungan.

"Takkanlah kita nak suru sorang-sorang daripasa diaorang buka baju aduh.. sejak bila kau lembab ni Aysun. Bengapnya." Ucap Khairil sambil menggarukan kepalanya. Tak semena-mena Aysun menendang belakang paha Khairil. Sakit pula hatinya dengan mulut Khairil itu.

"Aduh..sakit.." Ucap Khairil mengusap belakang pahanya yang ditendang Aysun tadi.

"Habis itu macam mana kita nak cari pembunuh itu?" Tanya Esra juga kehairanan.

"Kita tak akan suruh mereka buka baju. Tapi mereka sendiri yang agak buka nanti." Ucap Khairil tersenyum nakal. Esra dan Aysun memandang Khairil Melihat senyuman Khairil mereka pasti rancangan itu akan berhasil.

"Tapi Garcia tak dapat dihubungi sampai sekarang." Kata Aysun pada mereka berdua.

"Aku dah cuba tanya Tok Ma. Tapi Tok Ma cakap Garcia sudah dilepaskan dan dia bersetuju untuk berkerjasama dengan Aldo." Ucap Esra memberi maklumat.

Khairil dan Aysun terkejut. Masing-masing tak sangka Garcia juga bersetuju berkerjasama dengan Aldo. Makin susah kerja mereka.

"Habis itu macam mana? Kita tak boleh biarkan Aldo mengusai semua ketua. Kalau Garcia boleh berjaya dia kuasai, inikan pula ketua-ketua yang lain!" Ucap Khairil mulai kerisauan.

"Tapi kalau Garcia bantu Aldo sekalipun mereka cuma mahu hapuskan Shazlanbey saja. Jadi kenapa kita nak kena serabutkan kepala?" Kata Esra mulai kehairanan.

Dia pelik dengan apa yang berlaku. Aldo cuma nak hapuskan Shazlanbey. Jadi kenapa mereka perlu lindungi Shazlanbey? Yang mereka kena buat sekarang carik pembunuh-pembunuh keluarga Lucas? Kenapa rancangan mereka tiba-tiba pergi jauh daripada asal?

"And lagi satu. Tujuan kita munculkan diri lagi hanya untuk cari pembunuh-pembunuh Keluarga Lucas. Tapi sekarang aku rasa rancangan kita dah lari jauh tahu tak. Apa yang kita buat sekarang bukan banyak mencari pembunuh-pembunuh itu tapi kita juga melindungi Leyla. Melindungi Shazlanbey. Tak rasa ke kita dah jauh dari rancangan asal?" Sambungnya lagi panjang Lebar.

Mereka semua diam. Apa yang diucapkan Esra memandang betul. Mereka juga menyedari apa yang mereka buat selama ini memang jauh dari rancangan asal. Bahkan mereka sekarang lebih kepada melindungi bukan membalas dendam.

"Tapi sekarang kita pun tengah usaha nak cari pembunuh-pembunuh itukan." Kata Aysun pada mereka berdua.

"Ye. Tapi sekarang lebih ke arah lindungi Shazlanbey. Hanya kerana Diego beritahu bahawa semua yang berlaku bukan rancangan Shazlanbey terus Ferhat nak lindungi mereka atas alasan mereka juga tidak bersalah. Hey Diego cakap bukan rancangan Shazlanbey tapi belum tentu Shazlanbey tak terlibat." Ucap Esra cuba membuka luas pandangan mata mereka.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now