bab 16

46 6 0
                                    

4 hari berlalu. Mereka masing belum jumpa dimana keberadaan Irfan. Tetapi Ferhat yakin Irfan ada ditangan Pablo. Mungkin Irfan tahu sesuatu tentang rancangan Pablo

Hari ini merupakan hari terakhir Ferhat dan khairil bermalam dirumah Shazlanbey. Khairil suduh dia suruh pulang terlebih dahulu.

Tok Ma tak tahu ke?

Tak. Khairil beritahu Tok Ma mereka terbang ke turki untuk selesaikan masalah disana.

Sepatutnya Leyla yang bermalam dirumahnya tapi faham sajalah sikap degil Leyla itu tak nak. Jadi dia terpaksa bermalam di rumah Shazlanbey.

Bukan suka dia nak bermalam. Waktu dia hantar Leyla ke sini dia perasan ada kereta mengekorinya dan parkir agak jauh dari rumah Shazlanbey. Mungkin mereka itu tengah mengitai keadaan rumah Shazlanbey.

Jadi tak nak berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini dia mengambil keputusan untuk bermalam dirumah ini.

Sebab? Entah dia pun tak tahu tapi rasa ingin melindungi Leyla itu kuat.

Dia juga perasan kalau Leyla bersama dia orang-orang Itu tidak berani menyerang mereka. Seakan-akan mereka itu takut pada Ferhat.

Leyla turut daripada tangga menuju ke ruang tamu. Terlihat Ferhat dan Rasha sedang berborak-borak diruang tamu itu. Sejak Ferhat bermalam disni Rasha asyik berkepit dengan Ferhat saja. Bermain dengannya pun Rasha tidak mahu.

Nampak samgat Rasha ini memilih. Nak goda Ferhat lah itu.

Ha ini lagi satu.

Melihat Hajar menghampiri Ferhat dan Rasha Leyla menggelengkan kepalanya. Hari hari masak makanan turki untuk Ferhat. Bila tahu Ferhat ini ada darah kacukan Turki Hajar dan Ibunya Puan Azizah asyik mencari resepi-resepi di media sosial. Dah macam masak untuk menantu kesayangan pula.

Macamlah di tak tahu Si Hajar ini sukakan Ferhat. Tak tahulah celah mana menariknya Ferhat. Sudahlah beku. Jarang senyum. Tak ada adab pula itu suka sangat jentik dahi oranh. Cakpa kasar.

Sepanjang dia ada dirumah ini boleh dikatakan hampir setiap hari mereka berdua bergaduh saja. Nasib baik Melati ada tolong redakan keadaan.

"Atuk balik malam inikan?" Tanya Leyla lalu menyambil kuih yang dibawa Hajar tadi.

Hajar memuncungkan mulutnya melihat Leyla mengambil kuih buatannya untuk Ferhat tanpa izinnya. Leyla buat muka selambarnya lalu menyuapkan kuih ke dalam mulutnya.

"Ye. Baba aku ada call pagi tadi. Katanya sampai sini jam 10 malam. Flight mereka kalau tak delay around 6 pagi. 17 kam kan ." Beritahu Hajar pada Leyla.

Leyla menganggukkan kepalanya tanda faham. Ferhat memandnag Hajar dan Leyla. Duduknya dibetulkan. Nampak macam sepanjang dia bermalam disini hajar ini mudah nak dikorek rahsianya.

"Ermm nak tanya boleh?" Tanya Ferhat pada Leyla dan Hajar. Leyla memandang Ferhat tanpa reaksi manakala Hajar memandang Ferhat dengan senyuman manis. Dua wanita yang berbeza sikapnya.

"Boleh." Jawab Hajar lalu duduk disebelah Ferhat. Leyla membuat muka agak menyampah dengan Hajar. Ini kalau bukan Family memang dia selam Hajar dalam kolam. Gedik. Geram pula dia.

"Tuan Salih buat apa dekat Itali?" Tanya Ferhat.

Hajar yang dengan mengunyah makanan itu terus menjawab " jumpa Eagles Eye."

"HAJAR!" Kata Leyla ada meninggikan suara. Hajar mengerut dahinya kehairanan. Apa salah dia?

"Apa?"

"Tak semua benda kena jawab jujur." Pesan Leyla geram. Ini berkaitan sisi gelap mereka harus dirahsiakan. Bahaya kalau orang awam tahu.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now