Bab 5

63 15 0
                                    

Selesai makan malam Leyla terus pergi kebelakang rumah. Disitu terdapat sebuah gazebo yang dibuat oleh Atuknya. Tempat itu juga menjadi tempat healing buatnya kerana gazebo itu menghadap ke arah Tasik.

Leyla mengecilkan matanya sedikit untuk melihat ke arah Gazebo itu. Macam ada sosok tubuh manusia disitu.

Terus dia berjalan laju ke arah Gazebo itu.

"Atuk." Sapa Leyla apabila melihat atuknya berada disitu. Dia ingatkan atuknya keluar tadi. Yelah makan malam tadi atuknya tidak ada di meja makan.

"Eh. Leyla. Come." Ucap Tuan Salih sambil menepuk kerusi disebelahnya untuk menyuruh Leyla duduk disitu.

Tanpa menunggu lama Leyla terus duduk disitu.

Ini masa yang tepat kot nak tanya. Memandangkan hanya dia dan atuk saja ada disitu.

"Atuk. Leyla nak tanya sikit boleh?" Tanya Leyla pada atuk.

Tuan Salih menganggukkan kepala. Leyla mengubah posisi duduknya menghadap tuan Salih.

"Ferhat Aslan. Siapa dia?" Tanya Leyla serius.

Tuan Salih memandang cucunya itu dengan pandangan yang aneh.

"Leyla tanya atuk sapa dia sedangkan dia yang hantar Leyla balik?"

Pelik pulak dia dengan cucu dia ini. Sepatutnya dia yang hairan macam mana Leyla boleh ada dengan Ferhat. Setahu dia Ferhat dan Leyla tidak pernah berjumpa sebelum ini.

Cuma dia pernahlah tunjuk gambar keluarga dia pada Ferhat. Ingatkan mereka memang sudah berkenal lama. Biaslah lawyer dengan ahli korporat ini tak hairan kalau saling mengenali.

"Leyla tak kenal dia. Semalam Leyla pengsan sebab tengok darah. Ada budak itu hidung dia berdarah banyak sangat. Itu yang menyebabkan Leyla pengsan. Yang Leyla hairan macam mana Ferhat itu boleh tolong Leyla. Sedang kami kenal pun tidak." Kata Leyla kehairanan.

Tapi bagi Tuan Salih tidak ada yang aneh. Mungkin ingatan Ferhat terlalu kuat sampai boleh mengecam itu Leyla cucunya.

Kalau pun tidak saling mengenali manusia ada sifat kemanusiaan dan prihatin so boleh jadi Ferhat tolong Leyla sebab ada sifat kemanusiaan itu.

"Sampaikan dia boleh tahu Leyla ini Shazlanbey. Dia hantar Leyla dekat sini tanpa bertanya pada Leyla mana rumah Leyla." Ucap Leyla lagi.

Tuan Salih masih bereaksi biasa saja. Tidak mencurigai apa-apa langsung daripada rakan perniagaannya itu.

"Sebelum ni atuk ada tunjuk gambar Leyla pada dia. Mybe ingatan dia kuat kot itu yang boleh cam itu Leyla." Ucap Tuan Salih lagi. Dia pula hairan dengan cucunya itu.

Tahulah peguam tapi takkan lerrr overthinking terlebih macam itu.

Leyla hanya diam. Tidak bersuara lagi. Entah dia rasa Ferhat itu something sangat. Sudahlah tak banyak cakap. Cakap pun kasar. Suka mengarah. Sepanjang perjalan mereka ke rumah ini Ferhat langsung tidak bersuara. Bercakap pun sebab suruh ambik itu ambik ini tekan itu tekan ini dalam keretanya itu.

Leyla memandang Tuan Salih. Tiba-tiba dia teringatkan apa yang Hajar beritahu dia tadi.

"Atuk." Panggil Leyla lagi.

Tuan Salih memandang Leyla semula.

"Siapa yang hantar kotak itu?" Tanya Leyla dengan nada yang serius.

Expresi muka Tuan Salih berubah. Berita itu sampai ketelingan Leyla sudah. Dia mengeluh berat. Dia kurang pasti sapa yang hantar. Jika tekaannya betul sekalipun sukar hntin dia bertindak. Tapi dia tak mahu siapa-siapa terlibat dalam hal ini.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Onde histórias criam vida. Descubra agora