Bab 19

34 7 0
                                    

"Atuk nak kahwinkan kamu dengan Ferhat."

Ayat itu membuatkan Ferhat tersenyum sinis. Tak sangka dalam kesukaran dia untuk menjalankan rancangan Shazlanbey sendiri yang memudahkan kerjanya.

Ya dia sudah rancang dari awal untuk masuk ke dalam keluarga itu dan secara perlahan-lahan dia. Tapi tak sangka pula boleh cepat itu.

Point pertama berjaya iaitu membuatkan seluruh keluarga Shazlanbey mempercayainya.

Point kedua: Menjadi sebahagian daripada keluarga Shazlanbey. Hampir berjaya.

Kejadian 2 hari lepas kembali berlayar difikirannya.

Ferhat menyandarkan badannya ke kerusi. Dia cuma mengawal reaksi wajahnya dengan tenang.

Leyla?

Quean of expression.

Matanya membulat besar, mulutnya ternganga sedikit , dahi berkerut dan raut wajah yang sangat-sangat terkejut.

"Atuk.. hahhaha. Atuk memang tak ada masa lain eh nak bergurau?" Ucap Leyla sambil ketawa. Dia menganggap atuknya sedang membuat lawak.

Ferhat dipandangnya dia menampar lengan Ferhat sambil ketawa. Melihat expresi Ferhat yang nampak serius dan tenang membuatkan Leyla berhenti ketawa.

Leyla memandang kearah Atuknya. Atuknya juga serius memandangnya.

Dia mula mengerut dahinya semula. Betul ke? Bibir digigit bagi mengawal perasan terkejut nya.

"Atuk. Aku main-main sajakan."  Tanya Leyla serius.

Tuan Salih memansnag Leyla dan menggelengkan kepalanya tanda dia tidak main main.

Leyla mula menyandarkan dirinya perlahan-lahan ke kerusi. Bibir masih digigit menahan gelora dihati.

Tak tahu dia nak cakap apa yang dia rasa. Terkejut dengan keputusan Atuknya itu nak kahwinkan mereka berdua.

Ferhat dipandangnya sekali lagi. Dia memberi expresi muka kurang senang pada Ferhat. Macam mana lelaki itu boleh tenang macam ini sekali? Memang tak ada perasaan ke apa? Hati batu!

"Okeh Listen. Why atuk buat keputusan mendadak macam ini. Tiba-tiba suruh kami kahwin. Kita kenal pun tidak keluarga Ferhat tiba-tiba Atuk suruh kami kahwin. And Leyla still 24 years old. Still young untuk kahwin."ucap Leyla lagi.

"Haih 24 umur pun still muda dia cakap?" Ucap Ferhat berbisik perlahan. Walaupun berbisik Leyla masih dapat menampak suara itu. Ferbat dijelingnya.

"Leyla dengar. Atuk buat semua ini untuk keselamatan kamu. Kamu ada terfikir tak. Setiap kali kamu dalam masalah Ferhat yang selamatkan kamu. Kalau kamu keluar dengan Ferhat pernah kena serang? Tidakkan? Kamu diserang setiap kali kamu keluar sendirian atau kamu keluar dengan bodyguard. Atuk cuma nak kamu selamat. Kamu jadi buruan Leyla. Atuk tak fikir siapa lagi boleh jaga kamu selain Ferhat." Ucap Atuk dengan sedih dan bersungguh-sungguh.

Leyla memandang mata Atuknya. Jelas terpancar kesedihan dan kerisauan dari mata Atuknya itu. Leyla menghela nafas berat.

Tangan dibawa ke dahi untuk mengurut dahinya. Satu lagi beban dalam fikirannya.

Kahwin?

Ye siapa tak nak kahwin. Semua perempuan nak kahwin nak ada anak. Nak disayangi dan dicintai oleh insan bergelar suami.

Tapi semua orang impikan untuk berkahwin dengan orang yang dia cintai. Kahwin dengan rela hati bukan paksaan.

"Tapi Leyla tak pernah kena serang kalau dengan atuk atau dengan ayah. Atuk dengan ayah boleh jaga Leyla dengan baik." Ucap Leyla cuba untuk tidak bersetuju dengan cadangan Atuknya itu.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now