Bab 11

53 11 0
                                    

"Tok Ma. Macam mana Ferhat?" Tanya Esra sambil berjalan menuju ke arah Tok Ma yang ada diruang tamu itu.

Tok Ma memandang Esra. Tempat kosong disebelahnya ditepuk menyuruh Esra untuk duduk disitu. Esra patuh lalu duduk disebelah Tok Ma.

Tok Ma mengambil tangan Esra dan digenggamnya.

"Ferhat okey. Cuma di perlu ditahan sehari lagi. Degupan jantung dia tak berapa nak stabil sangat." Beritahu Tok Ma.

Esra menganggukkan kepalanya. Cemas dia bila dapat tahu Ferhat masuk hospital semalam. Katanya Alergik. Takkan Aysun dan Khairil boleh lupa Ferhat tak boleh makan kacang. Ke mana mereka pergi sampai dihidangkan kacang.

"Tok Ma. Ferhat pergi mana semalam? Macam mana di boleh termakam kacang?" Tanya Esra kehairanan.

Tok Ma terdiam. Jawapannya apa harus dia beri? Dia hanya tahu Ferhat berada di rumah Shazlanbey saja. Apa dibuatnya disitu pun dia tak tahu.

"Entahlah Esra. Tok Ma pun tak tahu. Nanti dia sihat kita tanya." Jawab Tok Ma berdalih.

Esra menganggukkan kepalanya tanda faham. Tok Ma di perhatikannya. Raut wajah Tok Ma tak nampak macam selalu. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran Tok Ma.

Tok Ma perasan yang Esra memerhatinya. Terus dia memandang ke arah Esra. Pipi Esra disentuh dan diusapnya lembut.

"Why?" Tanya Tok Ma.

"Tok Ma okey?" Tanya Esra manja.

Tok Ma mengerut dahinya hairan. Dia tersenyum kecil sebelum menjawab "ye Tok Ma okey. Kenapa?" Tanya Tok Ma.

"Tak. Tok Ma nampak lain." Ucap Esra lalu memeluk Tok Manya. Tok Ma tersenyum lagi.

"Biasalah Esra dah tua. Macam-macam fikir. Banyak lagi nenda belum selesai." Ucap Tok Ma berdalih lagi.

Esra diam. Tiba-tiba dia teringat tentang Shazlanbey. Tahun ini merupakan tahun ke 11 Ferhat menjadi ketua LUCAS sejak Ferhat berusia 17 tahun. Tapi kenapa sampai sekarang mereka tak tuntut pembelaan terhadap arwah Orang tua Ferhat dan Ayahnya.

Esra merebahkan kepalanya dibahu Tok Ma. Tok Ma dengan pantas memeluk bahu Esra.

"Esra Rindu ayah." Ucap Esra. Tok Ma mendengar luahan Esra terus mengeratkan pelukannya. Emran ayah kepada Esra.

Walaupun Esra bukan darah dagingnya tetapi dia tetap anak tiri kepada anaknya. Emran seorang lelaki yang baik kerana dia menjaga Najla iaitu anak perempuannya dengan baik. Cuma perkahwinan mereka tidak kekal lama apabila Emran juga turut terbunuh 23 tahun yang lalu.

Mungkin itu menjadi salah satu sebab kenapa dia sayangkan Esra.

Esra tidak mempunyai memori langsung dengan ayahnya ayahnya dibunuh waktu usia dia 2 tahun. Arwah ibunya meninggal dunia waktu melahirkannya jadi ayahnya kahwin dengan Najla dan Najla lah yang menjaga dan memberi kasih sayang padanya. Perkahwinan Najla dan Emran tidak dikurniakan anak.

Dia juga diizinkan oleh Tok Ma untuk menggunakan nama keluarga LUCAS. Supaya Esra dihormati oleh sesiapa yang mengetahui keluarga LUCAS.

"Bila kita nak balas dendam? Tok Ma sudah 23 tahun berlalu. Kita langsung tidak berbuat apa-apa. Mereka hidup bahagia sedangkan kita hidup dalam kesedihan lalu." Ucap Esra dengan nada sedih.

Tok Ma diam. Dia meramas rambut Esra. Saatnya bakal tiba. Saat dimana pembunuh itu akan terima Balasannya. Kekejaman yang mereka telah buat. Meragut penghormatan keluarga LUCAS sangat tidak dapat dimaafkan.

Membunuh nyawa yang tidak bersalah demi kepentingan sendiri. Ketamakan membinasakan orang sekeliling.

"Kita akan bincang dengan Ferhat nanti. Jangan risau Esra. Nanti kita bakal balas dendam atas perbuatan mereka" Ucap Tok Ma dengan yakin.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now