Bab 42

38 6 3
                                    

Assalamualaikum Readers. Untuk bab ini agak panjang sedikit ye. Hheheh enjoy Reading✨🤍 jangan lupa vote for support okey😘😘😘

Love you

~ Ayşegül ~

~~~~~~~~~

Puan Azizah termenung dan terdiam selepas mendengar pengakuan Suaminya. Air matanya derad mengalir membasahi pipi.

Bagai dihempap batu besar. Puan Azizah rasa dunia serta merta gelap, kosong, dan sunyi. Dia rasa apa yang berlaku selama ini hanya penipuan. Adakah perkahwinan mereka kerana terpaksa? Adakah selama ini suaminya tidak mencintainya dengan tulus.

"Maksudnya abang tak pernah sayangkan Zah?" Tanya Puan Azizah masih termenung tidak memandang ke arah Suaminya.

Tuan Azat menggelengkan kepalanya seraya mendekati isterinya. Tangan isterinya diambil dan digenggamnya sebelum dicium. "Abang tulis dalam mencintai Zah. Memang pada awalnya Abang kahwin denagn Zah kerana terpaksa mengikut kemahuan arwah Baba. Tapi abang sedar sampai bila abang nak berpura-pura. Jadi abang belajar untuk menyayangi dan mencintai Isteri abang sendiri."

Malangnya kata-kata yang dilontarkan Tuan Azat langsung tidak memberi kesan pada hati Puan Azizah.

"Jadi Leona yang korang sebut selama ini ialah Leona Yıldırım? Sahabat Zah?" Tanya Puan Azizah dalam tangisan.

Tuan Azat menganggukkan kepalanya. Puan Azizah memejamkan matanya cuba menerima kenyataan bahawa sahabatnya yang dia cari selama ini telah meninggal dunia dibunuh.

"Jadi betul keluarga abang yang bunuh mereka?" Tanya Puan Azizah mencelik matanya.

"Tak. Itu tidak. Kami tak buat semua itu. Memang abang ada pergi sana sebelum kejadian. Hanya untuk berjumpa dengan Namick dan Leona secara senyap." Ucap Tuan Azat.

"Namick tahu?" Tanya Puan Azizah lagi.

Tuan Azat menganggukkan kepalanya. "Dia tahu yang Leona mengandungkan anak abang?"

Sekali lagi Tuan Azizah menganggukkan kepalanya.

Puan Azizah memejamkan matanya kebenaran yang diucapkam Tuan Azat membuatkan dia hancur. Bukan hanya hancur kerana Tuan Azat tapi di juga rasa serba salah pada Arwah Leona. Kejadian 27 tahun yang lalu kembali berlayar difikirkan.

27 tahun yang lalu.

Puan Azizah melirik jam tangannyam sudah hampir 30 minit dia menunggu Leona di tasik ini tapi langsung tidak terlihat sosok tubuh wanita itu. Ditangannya ada sekeping Kad Kahwin yang hendak dia serahkan pada Leona.

Senyuman terukir dibibirnya. Dia pasti Leona turut gembira mendengar berita ini. Lebih kurang dalam masa 2 mingu lagi dia bakal berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga. Dia tak sangka lelaki pilihan keluarganya itu ialah lelaki yang dia suka selama ini.

"Assalamualaikum."

Suara ucapan salam menyentak lamunan Azizah. Dia terus memalingkan wajahnya pada suara itu. Tersenyum lebar Azizah memandang sosok tubuh wanita itu.

"Waalaikumussalam Leona." Ucap Azizah mesra lalu bangun dari duduknya dan memelik Azizah. Leona ketawa kecil apabila Azizah memeluknya

"Lamanya tak jumpa kau! Mana kau pergi?" Tanya Azizah sayu. Dia menarik Leona untuk duduk.

Leona melepaskan begnya ke tepi kerusi lalu menghadap Azizah. "Busy sikit Zah. Urusan keluarga." Ucap Leona.

"Kau dengan Family angkat kau Okey?" Tanya Azizah ingin tahu.

AMORE CERTAMEN: REVENGE Where stories live. Discover now