Bab 2- Welcome to Stellantra World

12.5K 747 19
                                    

"Kau nak ke dunia aku?" Tanya Aleena yang menikmati sarapannya itu.

"Tak nak". Jawab Andra malas. Aleena mengeluh. Dia harus memujuk Andra ke dunianya. Peraturan di Stellantra World, sesiapa yang mengetahui kewujudan dunia itu akan ditarik ke dunia Stellantra. Apa pun terjadi, Andra tetap akan ke Stellantra World.

"Maafkan aku Andra". Ujar Aleena. Andra mengangkat keningnya.

"Kenapa pulak?" Tanya Andra pelik. Kehadiran Aleena membuatkan dia tidak kesunyian. Senang hatinya tapi kenapa pula gadis ini meminta maaf.

"Sebenarnya, kalau sesiapa yang bukan dari dunia kami yang tahu kewujudan kami, dia akan dibunuh ataupun ditarik ke dunia kami. Jika kau tak ikut aku ke dunia aku, maka kau akan dibunuh." Terang Aleena sayu. Andra sedikit terkejut.

"Apaaaa?" Bergema seluruh rumahnya dengan jeritan Andra.

"Slow and relex Andra. Okey, dengar. Kau cuma harus pergi ke dunia aku dan sebenarnya kau manusia pertama yang dapat lihat keturunan kami. Tapi peraturan tetap peraturan. Sebab tu aku nak kau ikut aku ke sana. Kau boleh tinggal dengan aku". Pujuk Aleena. Andra sudah gelisah. Mana mungkin dia pergi ke dunia asing itu.

"Pergi Andra.. kau akan tahu diri kau yang sebenar..."

Satu suara muncul di mindanya. Andra terdiam. Suara itu sering kali datang ke mindanya.

"Andra... aku tahu ini berat untuk kau tapi jika kau tidak ikut aku maka kau akan dibunuh. Tolong la fi..." kata kata Aleena terhenti apabila Andra menyampuk.

"Aku setuju tapi dengan satu syarat. Aku nak sekolah kat sana. Sudah lama aku impikan untuk bersekolah tau". Ujar Andra. Walaupun usianya sudah mencecah 20 tahu, dia tetap ingin bersekolah.

"Betul kah? Baiklah, aku akan tunaikan tapi kau harus rahsiakan identiti kau. Mulai sekarang, kau adalah keturunan bangsa kami okey?" Gembira Aleena apabila pujukannya berhasil.

"Ya.. bila kita akan ke sana? Kau bersekolah tak?" Tanya Andra. Aleena mengeleng.

"Tak.. tapi adik aku bersekolah. Umurnya sama seperti kamu. Aku adalah Pahlawan Fire Water. Atau lebih dikenali sebagai Lord Aleena. Aku sudah lepasan Gandelof." Terang Aleena. Andra hanya mengangguk.

"Ada satu lagi permintaan. Tolong rahsiakan identitiku sebagai seorang perempuan". Ujar Andra lagi. Kening Aleena bertaut.

"Baiklah jika itu keinginanmu. Jadi kamu adalah Andra Advilent?" Tanya Aleena ingin kepastian. Andra mengangguk.

"Baiklah jika begitu. Kemaslah barang kamu, kita akan bertolak sekejap lagi". Ujar Aleena. Andra hanya mengangguk. Berat juga hatinya ingin meninggalkan dunia manusia. Banyak kenangannya bersama ayahnya di sini. Tetapi suara seorang perempuan di dalam mindanya itu seperti memanggilnya untuk ke sana.

"Bangkitlah kamu Diandra. Kamu akan jumpa dirimu sebenar".

Andra hanya diam kaku mendengar suara dimindanya itu. Siapa diriku sebenar?

Tepat pukul 10 pagi, mereka pun melalui medan magis yang dibuka dengan kuasa Aleena. Sekelip mata sahaja, mereka sampai ke dunia yang dinamakan Stellantra World itu. Sungguh nyaman udara di sini.

"Mari ikut aku. Rumah aku tidak jauh dari sini. Mari". Ajak Aleena. Baru Andra perasan yang bajunya bertukar kepada baju yang agak pelik.

"Itu baju khas di dunia ini." Bagai dapat membaca persoalan Andra di mindanya itu. Andra hanya mengangguk.

Beberapa minit, mereka sampai di sebuah pondok?

"Pondok?" Tanya Andra. Aleena merenung tajam ke arah Andra.

"Ini rumahku... Di luar sahaja kelihatan seperti pondok tapi di dalamnya amat luas. Jangan memandang rendah. Rumahku ini lebih baik dari stor di rumah kamu itu. Penuh dengan tikus dan lipas". Bebel Aleena. Andra ketawa kecil apabila mengenangkan kejadian semalan yang memaksa Aleena tidur di stor.

"Maaf maaf.. aku cuma bergurau. Kau tinggal di sini sorang ya?" Tanya Andra. Aleena mengeleng.

"Tidak.. aku tinggal dengan adikku. Rezza". Ujar Aleena.

"Ada apa kau panggil nama ku?" Tanya seorang lelaki tiba tiba muncul. Rambutnya berwarna biru dan bermata koko. Rambutnya berwarna sama seperti Andra cuma rambut Andra sedikit berkilat berbanding dengan rambut Rezza yang agak pudar.

"Ouh.. Rezz, ini kawanku.. Andra Advilent dan Andra ini adikku Rezza Fannedella." Aleena memperkenalkan kedua dua pihak itu. Rezza hanya mengangguk.

"Namaku Rezza.. kau boleh panggil aku Rezz sahaja". Ujar Rezza.

"Baik Rezz sahaja.. Aku kau boleh panggil Andra". Ujar Andra membuatkan Aleena ketawa terbahak bahak hingga keluar air mata. Andra bermuka blurr malah Rezza pula masam mencuka.

"Aku maksudkan Rezz.. bukan 'Rezz Sahaja'.." Geram dia dibuatnya. Namanya dibuat gurauan.

"Maaf". Ujar Andra. Rezza hanya mengangguk.

"Rezz... ni aku nak cakap yang Andra akan tinggal dengan kita selama.... aku pun tak tahu. Dan dia juga akan sekolah sama dengan kau". Ujar Aleena. Rezza terkejut.

"Apaa? Tinggal sini?" Tanya Rezza. Aleena mengangguk.

"Tapi..." Rezza berdegus geram apabila Aleena menutup mulutnya dengan magic.

"Jom masuk Andra". Ajak Aleena. Andra hanya mengangguk sambil melihat wajah cemberut Rezza.

"Kita ada dua bilik je... dia nak tinggal mana?" Tanya Rezza. Aleena menggaru kepalanya. Dia sudah berjanji ingin merahsiakan identiti Andra sebagai perempuan tapi bila Andra tidur bersamanya, terbongkar la pula.

"Andra.. ikut aku sekejap". Andra mengangguk lalu mengekori Aleena.

"Macam mana? Takkan kau nak duduk bersama Rezz?" Tanya Aleena. Andra menggaru kepalanya.

"Nak buat macam mana? Terpaksa". Keluh Andra. Aleena mengeluh sebelum mengangguk.

"Rezz.. kau kongsi bilik dengan Andra. Andra atas katil kau bawah dan esok juga kau tolong daftarkan dia di Gandelof". Arah Aleena. Rezza ternganga.

"Aku bawah? Cis.. okey, tapi dia ni kuasa apa?" Tanya Rezza sambil melihat Andra.

"Errr.. kuasa arhh.. tak penting.. esok kau daftarkan dia". Ujar Aleena gugup. Andra mana ada kuasa.

"Kau lupa ke? Setiap pelajar baru yang mahu masuk akan diuji dahulu. Jadi kita kena la tahu kuasa dia". Keluh Rezza.

"Aku takda kuasa". Ujar Andra sebelum Aleena berkata.

"Hah?" Terkejut Rezza dibuatnya.

"Tak payah nak terkejut la. Aku memang tak ada kuasa. Puas?" Ujar Andra sedikit tegas. Rezza mengangguk perlahan sambil memerhatikan rambut dan mata Andra.

"Siapa dia? Rambut dan matanya sungguh aneh seperti mempunyai kuasa kuat. Tapi, tiada kuasa?

Rezza memandang Andra dengan aneh. Hairan. Siapa diri Andra? Kenapa kakaknya seperti mahu menyembunyikan sesuatu?

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now