Bab 57: Mainan? What?

6.6K 403 5
                                    

Andra menepis semua pokok yang menghalang laluannya. Dia tak tentu arah. Dia tak dapat mengesan apa apa di hutan. Akhirnya dia rebah.

"Dah hampir dua hari aku merentas hutan ini, satu kuasa pun tak dapat dikesan. Mungkin bndar masih jauh dari sini". Bisik Andra sendirian. Dipandang sekelilinyanya. Hanya bebola cahaya yang dibuat itu sahaja menemaninya. Hutan ini penuh dengan pokok berdaun hitam. Langsung tiada sumber cahaya dapat dikesan di sini.

Andra mengeluh perlahan lalu meneruskan perjalanannya. Tiba tiba ada sesuatu menghentak kepalanya. Dan Andra pengsan tidak sedarkan diri.

RAYKAL tersentak. Cahaya di gelang yang dipakainya kian pudar.

"Ada sesuatu terjadi pada Andra.. kak, kita kena cepat. Aykal taknak jadi apa apa dekat Andra". Rayu Raykal. Ezyiril memandang hutan di sekelilingnya.

"Betul.. di sini laluan Andra. Mari kita ikut bau ni. Mungkin Andra sudah dekat". Mereka meneruskan perjalanan mereka meredah hutan itu. Tanpa mereka sedari, ada sesuatu yang memerhatikan mereka.

Bak

Bak

Bak

Mereka semua pengsan.

ANDRA membuka matanya perlahan lahan. Tangannya diikat dan tubuhnya tergantung. Dia cuba melepaskan diri tetapi tangannya pula sakit.

"Arhh". Jerit Andra. Tiba tiba matanya terpandang tiga susuk tubuh yang amat dikenalinya.

"Raykal.." Panggil Andra. Tetapi tiada jawapan. Air mata menitis.

"Raykal.. bangunn". Panggil Andra lagi.

'Arhh.. kenapa tubuh aku lemah. Kenapa aku tak dapat guna kuasa aku sekarangg'. Bentak Andra dalam hati.

"Andra?" Andra tersentak. Dia memandang tubuh Raykal yang terikat di sebelahnya.

"Raykal.. kau dah sedar. Macam mana kau datang ke sini? Kenapa Raykal.. kenapaaa?" Marah Andra.

"Ni sebabb aku sayangkan kau. Kau fikir pasal diri kau je kan. Kau tak fikir pasal aku. Kau tahu tak bila aku berjauhan dengan kau tanpa rela, aku akan matiii.. kau fikir pasal kau. Dan kau tak sedar yang kauuu..." Kata kata Raykal terhenti. Dia tertunduk.

"Raykal.. aku.. aku.." Air mata kian menitis. Andra serba salah.

"Aku okey.. kita kat mana?" Soal Raykal dingin. Andra memandang sekelilingnya. Gelap.

"Aku tak dapat kesan apa apa pun di sini Raykal. Kuasa aku bagai tersekat. Aku lemah". Ujar Andra. Raykal memandang tangannya. Ya, gelang itu sudah tiada. Dan sekarang dia merasakan kekuatannya bertambah di tubuhnya.

"Aku rasa, kau tak dapat guna kuasa kau dekat sini. Hanya kuasa kegelapan yang dapat digunakan di sini." Ujar Raykal. Andra tertunduk. Terasa dirinya bodoh.

"Maaf.. aku ni ego. Aku rasa diri aku kuat dan aku tak perlukan bantuan orang. Maaf menyusahkan kau Raykal". Ujar Andra sayu.

"Dah, sekarang kita cari jalan nak keluar dari sini. Aku dapat rasakan ada sesuatu menghampiri kita". Kata Raykal.

"Kita ada di bandar Puak Plips. Akak dapat rasakan aura mereka di sini." Sampuk Rafaral tiba tiba.

"Err.. akak dah sedar?" Soal Raykal. Rafaral tersengeh kerang busuk.

"Akak dah sedar sebelum kamu sedar lagi Raykal. Dan akak ada la dengar orang tu menangis tengok Raykal pengsan tadi. Kan sayang?" Ezyiril tersenyum sahaja. Andra menunduk malu.

"Ye ke kak?" Soal Raykal ingin tahu.

"Baik kita cari macam mana nak keluar dari sini. Tapi, kenapa dia bawa kita ke sini?" Andra terfikir.

"Puak Plips adalah puak yang ganas. Hutan yang kita redah tadi sebenarnya bukan hutan. Kita sahaja yang menganggapnya hutan sedangkan itu adalah bandar dan tempat tinggal Puak Plips. Kita sahaja tidak sedar keberadaan dia di samping kita. Dan sekarang, kita akan jadi bahan mainan dia". Ujar Ezyiril.

"Mainan? Apa maksud abang?" Soal Rafaral. Ezyiril tersenyum.

"Mainan melawan sesama sendiri". Ujar Ezyiril. Mereka semua tersentak. Tiba tiba dinding di mana mereka tergantung bergerak.

"Padang, rantai? Apa semua ni?" Soal Andra tidak faham. Ramai makhluk aneh yang bersorak sorak bagaikan ada satu pertandingan.

Tiba tiba rantai di mana mereka tergantung terlepas.

"Abang, apa semua ni? Rafa tak faham laa?" Gelisah Rafaral dibuatnya.

"Abang pernah terbaca tentang Puak Plips ni. Mereka akan menangkap hamba untuk dijadikan mainan mereka. Dan sekarang, kita lah mainan kita. Sekarang badan kita akan dikawal oleh mereka. Kalau korang tengok, kat kerusi tu ada makhluk kan? Itu la Puak Plips. Alat di tangan dia tu lah menjadi kawalan mereka." Terang Ezyiril.

"Maknanya? Kita ni macam mainan?" Soal Andra. Ezyiril mengangguk.

"Kita dikawal untuk bertempur sesama sendiri." Ujar Ezyiril. Mereka semua tersentak.

"Whattt?"

Hohoho.. nak tahu apa terjadi dengan dorang, next update ada jawapannya.. thnks yg sudi bca dan abaikan typo. Vote and comment. Siapa nak update lagi untuk hari ni, angkat kaki? Author gurau je. Okey, lawak hambar.

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant