Bab 48: Bagaimana?

7.4K 458 0
                                    

Rafaral mundar mandir. Pening kepalanya memikirkan keadaan adiknya yang masih belum pulang pulang dari dunia manusia.

"Sayang.. abang yakin Aykal okey. Dhia ada bersama dia." Tubuh Rafaral dipeluk. Ezyiril cuba menenangkan isterinya. Dia tahu, isterinya amat merisaukan adiknya itu. Raykal lah satu satunya orang yang Rafaral ada selain Ezyiril.

"Kita kena jumpa ayahnda... sayang yakin ini ada kena mengena dengan dia. Jom Ezy, temankan.." lengan Ezyiril ditarik perlahan. Ezyiril terdiam sebelum menguraikan pegangan Rafaral.

"Bukan abang tak nak tapi abang takut akan berlaku sesuatu lagi pada kita. Ayahnda dan bonda sayang masih belum menerima kehadiran abang dalam hidup sayang". Ujar Ezyiril.

"Tapi abang.. sayang tak sedap hati. Hati sayang kuat mengatakan yang ini semua ada kaitan dengan mereka. Sayang kenal ayahnda dan bonda sayang. Dia takkan berputus asa begitu saja. Dia akan bunuh Dhia". Keluh Rafaral. Ezyiril kesian melihat muka sayu isterinya itu sebelum melepaskan keluhan berat.

"Apa yang sayang risaukan pasal Raykal? Ada apa apa yang sayang sembunyikan dari abang". Rafaral terdiam.

"T.. tak ada apa la abang". Gagap Rafaral dibuatnya akibat terlalu gugup. Ezyiril memandang tepat ke arah isterinya. Dia tahu Rafaral melarikan pandangan supaya tidak bertentang mata dengannya. Dan dia yakin ada sesuatu yang disembunyikan isterinya itu.

KARLOS tersenyum sinis apabila King Frast telah lemas dengan hasutannya. Dan kini dia berjaya meraih kepercayaan King Frast. Dipandang Quien Klra yang diikat di sebelah sudut kiri istana.

"Frast.. kerja yang bagus. Mereka telah tersekat dekat sana. Dan itu bermakna tak lama lagi, Diandra akan tuppp.. matii". Ujar Karlos sinis.

'Hahaha.. pasti perempuan tu masih tak jumpa penawar. Mana mungkin penawar racun XX ada di dunia manusia yang lemah itu. Hahaha.' Bisik hati jahat Karlos.

"Jadi kuasa aku akan berterusan dan tak akan hilang?" Soal King Frast.

"Kau terlalu dambakan kuasa Frast. Kau tamak dan disebabkan kuasa kau, kau sanggup buat apa saja. Termasuk mengeluarkan orang orang yang kau sayang dari hati kau. Kau tamak. Tapi kau tak sedar satu perkara. Diri kau akan binasa jika itu berterusan". Ujar Quien Klra. King Frast marah lalu menarik rambut Quien Klra kuat. Quien Klra meringis kesakitan.

"Kau diammm.. kau tak tahu apa apa. Kau yang bodoh. Kau terlalu pentingkan anak anak tak kenang budi macam tuu. Kau sepatutnya bangga kerana aku berkongsi kuasa dengan kauuu.. kalau bolehh, aku akan putuskan hubungan ini. Aku taknak kongsi dengan sesiapa. Dari dulu lagi aku taknakkan anak tapi kau degilll". Tengking King Frast. Karlos memerhati dengan penuh minat. Quien Klra menangis.

"Kau banyak berubah Frast. Frast yang aku kenal dahulu, yang penyayang, yang baik dan yang jujur hilang akibat tamak. Tamakkan kuasa. Kuasa kau tak kemana Frast. Kau tak pernah nak tahu betapa pentingnya kasih sayang".

"Kasih sayang dah pupus dalam hidup akuuu". Marah King Frast lalu menghatukkan kepala Quien Klra ke bucu meja. Darah keluar membuak buak.

"Kau akan menyesal". Bisik Quien Klra sebelum dunianya menjadi gelap. Ya, dia pengsan tidak sedarkan diri.

ADREALD memandang Raykal dan Andra yang tertunduk dari tadi. Adreald melepaskan keluhan berat.

"Jadi, ayahnda dan bonda kamu tidak menyukai Andra dan dia nak bunuh Andra?" Soal Adreal. Raykal mengangguk perlahan.

'Dah bunuh dah pun. Bukan nak bunuh.. tak putus putus lagi ke mereka ingin mengganggu kebahagian anak anak mereka sendiri kerana dambakan kuasa? Arhh.. aku tak faham semua niii'. Jerit hati Raykal.

"Ayah.. macam mana kita nak buka potral itu kembali. Andra tak nak duduk sini selamanya. Andra nak balik. Kat sini Andra tak dapat jumpa bonda. Andra perlu berjumpa dengannya". Rengek Andra. Adreald mengeleng kepala melihat kelakuan manja anak gadisnya itu.

"Dah.. sekarang kamu berdua pergi masuk tidur. Nanti ayah akan cari caranya. Dah malam ni". Arah Adreald. Raykal dan Andra mengangguk sahaja. Terpaksa mengikuti. Kalau tidak, pasti ayahnya akan mngarah mereka dengan lebih tegas. Dia kenal ayahnya macam mana.

"Ayah fikir tau caranya". Jerit Andra sebelum masuk tidur. Sudah tiga hari dia di sini. Itu bermakna 6 hari di sana. Ya, perbezaan masa di dunia manusia dengan dunia sana memang berbeda.

"Pasti akak aku risau". Bisik Raykal. Andra mengangguk perlahan.

"Aku yakin Adreald pasti boleh mencari caranya." Ujar Andra bersungguh sungguh.

"Tapi bagaimana caranya?" Soal Raykal. Andra tersengeh. Belakang lehernya diusap.

"I don't know now but I will know soon". Barisan gigi putih Andra terserlah. Raykal menjeling tajam ke arah Andra.

Macam mana caranyaaaa? Next update ada jawapannya.. VOTE AND COMMENT... Abaikan typo.. ^_^ Esok sis updte double.. sorry yg ni pndek. 725 words jeee..

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now