Bab 43: First time!!

7.4K 422 14
                                    

"Apa? Dunia manusia? Dik, kau gila kee?" Terkejut Rafaral apabila Raykal memberitahunya dia dan Andra ingin ke Dunia Manusia beberapa hari.

"Aykal tak gila la kak. Kak, Dhia tak banyak masa kak. Kak tengok laa keadaan dia kak. Dah makin lemah. Kita ada 1 minggu je kak.. satu minggu". Rayu Raykal. Rafaral melepaskan keluhan berat.

"Tapi.."

"Sayang... kita bagi je la dia pergi. Lagipun dua hari je. Kesian la dekat Dhia tu." Ezyiril cuba untuk memujuk isterinya itu. Rafaral mngeluh berat.

"Fine.. kau boleh pergi tapi janji dengan akak dik... hanya dua hari". Raykal tersenyum lebar lalu memeluk erat kakaknya itu.

"Betul kak? Thanks sangat kak. Ni yang sayang akak lebih nii". Rafaral mencebik.

"Ye la tu.. dah, bila kau nak pergi dik?" Soal Rafaral. Raykal meleraikan pelukan.

"Sekarang kak. Lagi cepat lagi bagus. Boleh kan Abang Ezy?" Ezyiril hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Anything for you brother."

Beberapa minit kemudian, Ezyiril berhasil membuka potral ke dunia manusia.

"Ray pergi dulu ya kak, bang". Kata Raykal. Rafaral mengangguk perlahan. Berat sebenarnya hati dia ingin melepaskan adiknya pergi tetapi keadaan memaksa dirinya bersetuju.

"Jaga diri elok elok la Raykal." Pesan Clpix. Raykal mengangguk sambil tersenyum. Andra di dukung di belakangnya itu hanya tahu tidur.

"Okey.. Raykal dah nak pergi ni. Jaga diri kak".

"Adik pun". Selepas berpelukan, Raykal pun masuk ke potral dan potral itu serta merta hilang usai sahaja Raykal memasukinya.

"Haa Rafa, sudah sudah la tu. Dia dah besar pun. Kamu cakap nak tengok rumah tu. Atuk dah cari dah. Memang sesuai la dengan kamu anak beranak". Ujar Clpix.

"Terima kasih tuk.. saya memang nak tinggal sini dah. Ingat nak duduk kat dunia ni besarkan anak anak. Kan abang?" Ezyiril mengangguk. Bahu Rafaral dipeluk.

"Ya tuk.. macam yang atuk tahu la.. rumah kami dekat sana hancur dah. Nanti lepas saya dapat kerja, saya ganti balik ya emas atuk". Clpix mengeleng kepala.

"Atuk faham.. kau orang ni tak payah la nak berterima kasih sangat. Kamu tu Ezy, bila dah dapat kerja tu simpan duit untuk anak anak. Atuk ni dah tua. Tak payah ganti. Anggap saja ini pertolongan atuk pada kamu berdua anak beranak ya". Bahu Ezyiril ditepuk perlahan.

RAYKAL terpinga pinga. Sekarang dia berada di tengah tengah bandar. Nasib Clpix dah bagi posyel supaya manusia dapat melihatnya. Kalau tidak, memang susah. Teringat kata kata Andra apabila dia menyatakan hasratnya untuk pergi ke Dunia Manusia.

"Tapii, manusia takkan boleh lihat kau laa.. macam mana kita nak berurusan dengan dia. Aku ni dah la lemah. Mana boleh uruskan semuanya sendiri". Raykal mengusap lehernya.

'Betul juga ya kata Dhia.. ermm'. Getus hati Raykal. Macam mana ya?

"Haa.. apa kata kita minta saja pertolongan Atuk Clpix. Pasti dia tahu macam mana jalan penyelesaiannya".

"Betul jugak erhh.. kau je la tanya. Sekarang aku nak tidur. Nanti kejutkan aku tau". Terus Andra membaringkan tubuhnya di rumput hijau. Serta merta dia terlena.

Raykal mengeleng kepala mengingati hal itu. Berpuluh puluh kali dia mengejutkan Andra tapi langsung tak bangun. Hanya sebutan 'Ala, sekejap je lagi.. nanti kejutkan lahh'. Dan akhirnya Raykal memutuskan untuk mendukung sahaja Andra.

"Weh, Dhia.. bangun laaa weii. Aku mana tahu tempat kawasan macam ni." Pening Raykal dengan suasana Dunia Manusia ini. Raksaksa menjadi teman manusia? Menyeramkan!!

"Sampai dah? Aik, bila kita sampai?". Soal Andra mamai. Raykal menjeling tajam ke arah muka selamba Andra itu.

"Dah.. nii wei Dhiaa, seram aku tengok manusia berteman dengan raksaksa. Kenapa raksaksa tu baik je aku tengok er?" Andra menepuk dahi.

"Wei tambi.. itu bukan raksaksa laa. Itu kereta. Ia dijadikan sumber pengangkutan manusia la. Apa la kau ni Raykal. Buat malu je kalau reader tahu". Andra mengeleng kepala.

"Laa.. pengangkutan. Aku ingatkan raksaksa. So? Mana nak start?" Soal Raykal. Andra memandang sekeliling sebelum menahan sebuah teksi.

"Hantar kami ke Balai Polis Sriwang". Ujar Andra. Pemandu teksi mengangguk lalu meneruskan pemanduan. Raykal pula sudah macam rusa masuk kampung. Setiap inci dalam teksi itu dipegang.

"Sudah la Raykal.. duduk diam je la. Aku nak tidur kejap. Pinjam bahu". Andra meletokkan kepalanya ke atas bahu Raykal.

"Arhhhhhhhh.......". Jerit Raykal tiba tiba. Andra yang baru ingin lelap tersentak.

Hah.. dah pasaipa Rykal duk terpikit melolong tu haa.. next update ada jawapannya.. sorry laa, sis tak pandai cakap kedah.. haha.. sis orang terengganu.. jadi loghat ganu je la kite... sesiapa yang sama tu, geng la kite yee.. comment and vote. Thnks yg sudi baca.. sorry pendek skit.. abaikan typo...

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now