Bab 19: Cari..

9K 599 18
                                    

Thnks korang yang baca cerita nii.. yang comment, vote tuu, sis hargai sngt.. hri ni double update sempena 1k view. Wlaupun sikit je, tak bnyk mcm yang lain smpai berjuta, beratus ribu.. Thnks again yg support.

Haryial termenung sendirian. Dia terfikir, kenapa Rezza terima dia menjadi tunang sedangkan dia dilayan hanya sebagai kawan.

"Jangan la sedih Haryial. Mungkin Rezz masih belum boleh melupakan Andra." Pujuk Chi iaitu makhluk berbentuk tanah yang dihasilkan oleh Haryial untuk menjadi teman.

(Macam olaf ke apa ntah yg dlm cerita frozen tu. Haha, pecah rhsia tngk cerita froze. Maklumlah, otak sis otak kartun. Siapa minat kartun kita gengg)

"Sudah lama Andra pergi. Takkan masih belum boleh lupa. Amyl tu? Rapat je dengan Rezza dan si budak baru tu. Aku dapat tahu yang diorang dah makin rapatt". Bentak Haryial. Chi terdiam.

"Amyl kan kau Haryial. Takkan Haryial sanggup ada perasaan dendam dengannya. Lagipun, budak baru tu langsung tak ada apa apa kuasa. Jauh dengan Rezza yang kuat. Haryial pasti menang mndapatkan Rezz". Ujar Chi setelah lama mendiamkan diri.

"Aku tak sukaaaa. Aku nak Rezza. Dulu Andra sekarang Amy dan budak tu. Arhh, aku bencikan merekaaa". Jerit Haryial. Chi mengeleng kepala. Sikat Haryial sudah banyak berubah sejak mendapat kekuatan kuasa baru.

"Chi masuk dulu. Tenangkan lah fikiran Haryial. Ingat, dendam tu tidak akan memberi faedah malah diri yang binasa". Pesan Chi sebelum menghilangkan diri. Haryial terduduk. Betul kata Chi itu. Dendam tiada guna.

"Apa yang patut aku buat?" Bisik Haryial sayu. Sejak kecil lagi dia perhatikan Rezza. Sejak bertemu Rezza pada umur 8 tahun, hatinya sudah tertambat. Rezza pernah menyelamatkannya dahulu. Tapi, sejak kehadiran Andra membuatkan Haryial sedikit kecewa dan memutuskan untuk berlawan dengan Andra supaya Andra kalah dan tidak dapat masuk ke Gandeloff. Malang, Andra menang.

Kehilangan Andra membuatkan Haryial sedikit gembira pada masa yang sama juga sedikit sedih kerana kehilangan kawan. Haryial buntu. Rantai angin bercahaya yang dipakai itu hanya malap sahaja. Dan itu membuktikan Rezza langsung tidak mencintainya. Dia sendiri yang membuat rantai itu. Hatinya pilu.

PRANGGG

Rezza tercungap cungap. Gerakan gadis itu sungguh pantas dan cara dia berlawan mirip sekali dengan Diandra yang dikenalnya.

"Rezz... takkan kau mengalah dengan perempuan". Sinis Amyl. Dia juga terkejut dengan pertarungan antara Dhia dan Rezza itu.

"Arhh, diam la kauu". Jerit Rezza lalu menyerang Dhia pantas tapi senang sahaja dielak oleh Dhia. Seperti kilat.

"Kita rehat la. Kau mesti penat". Ujar Andra. Rezza mengangguk.

"So, bila kita nak pergi daki gunung tu?" Soal Amyl.

"Esok. Aku dah cari maklumat untuk ke sana. Kita boleh pakai kuasa teleportasi untuk ke kaki gunung sahaja kerana atas gunung, kuasa teleportasi sudah disekat." Ujar Andra. Amyl mengangguk.

"Agaknya keturunan sihir hitam tu perempuan ke lelaki err? Kalau perempuan cantik tak?" Soal Rezza. Amyl menjeling Rezza tajam.

"He is a man." Ujar Andra. Rezza mengeluh. Amyl tersenyum sinis.

"Apa nama dia?" Soal Amyl.

"Tak tahu la aku. Tapi jangan bagi dia bermusuhan tapi bagi dia jadi kawan. Kalau musuh, habis laa.. aku malas nak berlawan". Pesan Andra. Amyl dan Rezza mengangguk. Jika keturunan itu tidak dijinakkan maka habis la dunia dia buat kacau. So, berbaik laa.

"Kau hebat Dhia macam kawan lama aku". Ujar Rezza sayu. Amyl tersenyum tawar. Tahu siapa yang Rezza ingin katakan.

"Ya? Nama dia apa?" Soal Andra seperti berminat.

"Andra. Diandra" Ujar Rezza. Andra tersentak.

"A.. a.. apa jadi dekat dia?" Soal Andra gugup.

"Dia hilang.. kami tak tahu sama ada dia masih hidup atau tak. Gaya kau lawan sama macam dia". Ujar Amyl. Andra mengangguk perlahan. Dia sebenarnya terfikir.

"Err.. jom kita cari maklumat tentang keturunan sihir hitam ni. Amyl, rumah kau kan banyak buku.. takkan tak ada pasal keturunan ni?" Soal Rezza setelah lama menyepi.

"Ada.. jom la masuk". Ajak Amyl. Rezza tersengeh sumbing. Masuk? Memang tak...

"Kau bawa je la buku tu keluar.." Ujar Rezza sambil mengusap lehernya. Andra mengangkat keningnya.

"Biar aku tolong.. lagipun kau..." kata kata Andra dipotong laju oleh Rezza.

"Jangannn.. err, Amyl.. kau boleh angkat sendiri kan". Amyl mengangguk perlahan. Rezza tersenyum apabila melihat Amyl pergi. Andra memandang Rezza minta penjelasan.

"Rumah dia tu puaka. Kau pun tahu Amyl tu kecik dan dah sah sah la rumah pun kecil dan setiap atap dan dinding rumahnya automatik mengeluarkan elektrik apabila mengesan sentuhan orang luar". Terang Rezza. Serammm!!!

"Ouhh.. okey". Jawab Andra.

"Ni bukunya". Ujar Amyl lalu meletakkan berpuluh puluh buku di atas meja. Andra dan Rezza ternganga. Amyl angkat sorang???

"Kauu.. angkat sorang?" Soal Rezza.

"Dah tu? Kau nak angkat? Memang tak laaa". Sindir Amyl. Andra sudah mula membaca. Begitu juga dengn yang lain.

"Ermm,, kesetiaan err". Fikir Rezza. Amyl memandang Rezza.

"Kenapa?" Soal Amyl.

"Keturunan ini memang tercipta dengan sifat kesetiaan yang kuat dalam dirinya. Buktinya adalah rambutnya. Keturunan ini akan dapat menjadi musuh, cinta hati ataupun kawan. Rambut keturunan ini sekarang adalah berwarna hitam. Jika dia mempunyai kawan, ia akan berubah baik dan rambutnya akan ada warna biru dan jika dia ada cinta hati maka rambutnya akan ada berwarna putih.. Dia akan setia hingga hujung nyawanya". Terang Andra.

"So, macam mana kalau dia dah ada kawan?" Soal Amyl.

"Tak.. seperti yang kau cakapkan. Kau jumpa serbuk hitam sahaja kan? Itu bermakna dia masih dalam keadaan kegelapan. Serbuk itu keluar mengikut warna rambutnya". Ujar Andra. Rezza dan Amyl meng'ooo' sahaja.

"Wehhh.. tengokk niii". Jerit Amyl membuatkan Rezza dan Andra tersentak.

Jeng jeng jengg.. apa Amyl tengok tuuu.. bab seterusnya akan di publish kejap lagii.. huhuuu.. enjoyyy.. comment pendapat... kalau Amyl dan Rezza cute tak? Hehe... or Andra dengan Rezza?

Abaikan typoo..

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now