Bab 22: Kemunculan Karlos

8.5K 554 32
                                    

"Aku ingat kita jumpa dia kat puncak. Rupa rupanya tak sampai separuh mendaki dah jumpa". Keluh Amyl. Andra ketawa kecil.

"Kau bertuah tau jumpa dia tak sampai puncak. Kalau sampai puncak, letih la nak turun balik". Ujar Rezza.

"So.. Raykal, kau nak pulang ikut kami ke? Tapi, kau kena ingat. Jangan dedahkan identiti kau sebagai keturunan cahaya hitam. Kalau tak, habis kau dikerjakan". Kata Aleena.

"Memang nak ikut korang tapi rumah tu susah sikit." Jawab Raykal. Andra terfikir.

"Ajak dia tinggal bersama kita. Bonda teringin nak berjumpa dengannya". Kata Permaisuri Celidra di minda Andra.

"Raykal tinggal dengan aku je la. Lagipun, banyak bilik kosong". Cadang Andra.

"Aku ikut je". Kata Raykal sambil tersenyum.

"Bagus la. Tapi, aku pelik sekarang ni. Kau dua orang ni, kenapa pakai hoodie bagai. Nak nampak muka pun susahh". Pelik Aleena dibuatnya. Raykal dan Andra tersengeh sahaja.

"Rahsia". Ujar mereka serentak. Amyl dan Rezza menjeling tajam ke arah Andra dan Raykal.

"Dah la, esok kita bertolak pulang". Ujar Aleena.

"Esok lusa boleh? Sebab, aku ingat nak bawa kau ke suatu tempat dulu esok. Mesti korang suka". Ujar Raykal. Semua mengangguk setuju. Yang paling gembira mestilah Amyl.

"Yesssss.. esok kita nak pergi mana?" Soal Amyl tidak sabar.

"Gunung ni ada tempat yang sangattt cantik. Tapi di dunia lain la. Macam sebuah pulau. Kita boleh bermain di sana sebelum pulang. Rakan rakan aku juga ada di sana". Ujar Raykal.

"Rakan?" Soal Andra. Raykal mengangguk.

"Ya, rakan aku. Tapi, dia bukan seperti kita. Esok kau akan tahu". Ujar Raykal. Semua mngangguk sahaja.

"Apa nama pulau tu?" Soal Aleena.

"Pulau Asland". Semua tersentak mendengar jawapan Raykal kecuali Andra.

"Korang jangan risau. Kita dapat masuk kalau korang tutup wajah dan rambut korang dan jangan lupa, halang aura korang supaya tak dapat dihidu penghuni di sana". Ujar Andra. Semua mengeluh lega.

"Aku tinggal di istana sebenarnya. Tapi aku lari. Jadi, aku juga perlu menyembunyikan wajahku daripada penghuni di sana. Jika ayahnda ku tahu, pasti dia mengurungku. Tapi, aku perlu ke sana untuk membeli beberapa barang sebelum meninggalkan tempat ini". Terang Raykal.

"Kauuu putera raja?" Soal Rezza. Raykal mngangguk.

"Memang la aku putera raja. Aku kan satu satunya keturunan sihir cahaya hitam generasi ke 100. Nama aku sebenarnya adalah Raykal Ariyan." Ujar Raykal.

"Baik kita tidur. Esok kan kita ingin ke sana." Cadang Amyl. Semua setuju.

"Okeyy". Jawab semua.

PERMAISURI Celidra tersenyum melihat wajah puterinya yang sedang gembira. Tiba tiba dadanya terasa sakit.

"Averaaa". Jerit Permaisuri Celidra. Avera hanya memandang sinis kepada Permaisuri yang sedang menjerit kesakitan.

"Kesian permaisuri yang aku cintai ini. Kesakitan? Kesian". Sinis kata kata Avera. Permaisuri Celidra memandang Avera pelik.

"Kau.." Avera ketawa jahat.

"Aku adalah Keturunan Myls. Musuh keturunan kauuu. Maafkan aku yaa permaisuri, aku terpaksa bunuh kauu. Dan akhir sekali, aku akan bunuh anak kauuu. Diandra Advilent". Ujar Avera lagi. Permaisuri Celidra memegang dadanya yang makin sakit.

"Kau jangan sesekali sentuh anak aku Averaa". Jerit Permaisuri yang masih kesakitan.

"Opss.. nama aku yang sebenarnya adalah Karlos. Dan wajah sebenar aku adalah begini". Avera bertukar wajah. Wajah putih mulus Avera tadi bertukar menjadi wajah yang amat mnakutkan dan menjijikkan.

"Karlos?" Permaisuri Celidra terkejut. Karlos adalah keturunan Myls iaitu keturunan musuh kepada keturunan Ndra. Kenapa?

"Yaa.. aku mendekatimu dan mengambil kepercayaan mu hanya untuk memusnahkan keturunan kau Celidra. Kau telah merampas Advilent dari akuu. Kau perampasss". Jerit Karlos.

"Tapii.. Advilent yang pilih akuu." Ujar Celidra. Dadanya semakin senak. Karlos ketawa jahat.

"Advilent takkan pilih kau kalau kau tak mendekati dia. Celidra, disebabkan kau juga lahhh.. Advilent terkena sumpahann". Makin kuat tengkinan Karlos. Celidra mengeleng kepala.

"Takk.. aku dah pindahkan semua sumpahan kepada aku. Advilent masih hidup". Ujar Celidra sambil menitiskan air mata.

"Dia dah mati Lidra.. Disebabkan keturunan bodoh kauu tuuu, Advilent terkena tempias... kau dan anak kau memang patut matiiii". Jerit Karlos seperti orang gila.

"Kau takkan dapat bunuh Diandra, Karlos. Dia kuatt". Ujar Celidra. Karlos tersenyum sinis.

"Kuat? Dia kuat sebab kuasa Cahaya dia sahaja. Yaa, memang keturunan kau mempunyai kuasa cahaya tapi budak tu hasil gabungan cahaya tanah. Itu bermakna, kuasa cahayanya memang hebat. Tapi malangnya, kuasanya masih terkunci". Sinis Karlos. Celidra terdiam. Bagaimana dia boleh tahu?

"Aku yakin Karloss,, dia akan kalahkan kauu. Kau adalah penamat keturunan kau. Aku berjanji dan bersumpahh, kau akan terima balasannyaaa". Jerit Celidra. Bunyi guruh berdentum itu membuatkan suasana mnjadi kelam. Karlos memandang Celidra sinis sebelum membunuh Celidra dengan kejam.

Jadi, tinggallah debu beterbangan. Karlos tersenyum sinis sebelum menghilangkan diri.

Hehe.. tiba tiba mari idea buat si Avera tu jahat dan Permaisuri Celidra mati. Dan sekarang, watak jahatnya adalah Karlos. Apa agaknya yang Karlos buat err? Rahsiaaa.. hehe. Jangan lupa vote and comment.. double update untuk hari nii..

Abaikan typoo!!

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now