Bab 52: Naga? Ydra?

7.4K 433 3
                                    

Andra menyentuh pokok besar yang berada di kawasan istana tadi. Mata dipejam. Keluar satu cahaya dari pokok tersebut.

Andra membuka matanya. Kini dia berada di alam lain. Ada satu pokok yang kelihatan sama dengan pokok yang dipegangnya tadi. Cuma pokok ini segar dan sihat.

Andra mndekati pokok itu.

"Wahai keturunan Ndra.. aku adalah masa silammu. Aku adalah perjuanganmu. Bukti keberadaan kau dan kekuasaan kau". Ujar pokok itu. Andra tersentak.

"Masa silam? Kuasa?" Soal Andra tidak faham.

"Kau pernah datang ke sini ketika kau masih kecil. Kau lah yang menyembuhkan aku dan sekarang, aku hidup damai di sini. Kau yang menhantar aku ke dunia ni. Aku amat berterima kasih dengan kau. Aku hampir mati jika bukan kerana kau". Ujar pokok itu. Andra tersenyum. Batang pokok itu diusap.

"Maafkan aku. Aku tidak dapat mengingati kamu. Aku tak dapat mengingati yang aku pernah datang ke tempat ini". Ujar Andra perlahan.

"Tiada masalah wahai Keturunan Ndra.. aku cuma akan menolongmu jika engkau perlukan bantuan. Serulah aku dengan mantra yang ada pada batang pokokku ini. Aku akan datang membantumu. Aku hanya ingin membalas jasa baikmu. Dan aku ingin mengatakan yang ada seekor naga yang perlukan kau sekarang ini. Kau harus menolongnya terlepas dari penjara kejahatan". Ujar pokok itu lagi. Andra berkerut.

"Naga? Apa maksud mu?" Tanya Andra. Tiba tiba Andra ke dunia lain. Andra memerhati sekeliling tempat itu. Tiba tiba dia terlihat satu naga berwarna hitam merah sedang diikat dan dikurung.

"Itu adalah Ydra kau wahai Keturunan Kepahlawanan. Dia telah dikurung di penjara kegelapan sejak sumpahan itu berlaku. Dan kau saja yang dapat menolongnya. Dia amat menantikan kamu wahai Diandra". Kata kata pokok itu bergema. Andra menatap sayu wajah naga itu. Jelas kelihatan wajah sedihnya.

"Di manakah penjara kegelapan itu?" Soal Andra.

"Di istana raja kegelapan". Ujar pokok itu. Andra tersentak. Bayangannya semua hilang..

Andra membuka matanya. Pokok yang disentuhnya dilepaskan. Satu mantra yang dikatakan terukir di batang pokok itu.

'Naga? Ydra aku? Aku harus menyelamatkan nya. Aku harus lakukan'. Bisik hati Andra. Dan sekarang dia harus pergi mencari Raykal. Pasti Raykal menunggunya.

Ini hanya tambahan semata mata.. sebab itu pendek.. maaf semua.. enjoy dan abaikan typo. Apa berlaku selepas ini? Tunggu next update^_^......

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora