Bab 98: Rantaian kekecewaan

6.9K 352 13
                                    

Pakk!!

Mulut Karlos ternganga.

"Kau memang patut dapat ini sebelum perkara ni lagii". Kata Andra. Badan Karlos mula terbakar.

"A.. aku akan datang kembali untuk b.. balas dendam Andraa". Kata Karlos sebelum bertukar menjadi debu. Maka, muncullah berjuta juta orang yang telah terkurung.

Mereka kelihatan amat gembira. Andra hanya memandang mereka tanpa perasaan.

"Mana Andra? Manaa?" Soal Permaisuri Celidra risau. Adreald memeluk isterinya erat. Dia tahu isterinya itu sungguh merisaukan Andra. Pemergian Raykal itu memang mengejutkan mereka semua.

Andra memandang tanah. Ferris sudah rebah. Kepalanya benar benar sakit. Aura membunuh itu memang kuat. Nasib Andra dapat mengawalnya dengan sempurna.

Terima kasih kepada Mimi, Lisha dan yang lain. Yang tak putus putus memberikan Andra tenaga dengan keikhlasan yang amat tinggi. Ferris melihat Andra sayu. Kesian dengan gadis itu.

"Andra.. aku yakin Raykal pasti tak suka tengok kau dalam keadaan macam ni." Kata Ferris. Andra hanya dengan muka mendatar. Senyuman tiada, tangisan tiada.

Tiba tiba datang rakan rakan Andra memeluk Andra erat.

"Andra.. a.. aku juga turut bersedih atas pemergian Raykal". Kata Amyl. Kyle tertunduk juga.

"Aku pergi". Dua patah perkataan itu membuatkan mereka semua tersentak.

"Kau nak pergi mana? Andra, kau lihat orang yang kau selamatkan. Mereka gembira dapat keamanan. Kau tak gembira ke?" Soal Kyle.

"Gembira? Mereka bergembira sedangkan Raykal sudah pergiii". Tengkingan Andra membuatkan semua diam. Shima menitiskan air mata. Dia tahu betapa kecewanya Andra saat ini.

"A.. andra, bukan itu maksud aku". Kyle serba salah. Andra hanya dengan muka mendatar, dingin dan ketat.

Tiada tercalit sedikitpun senyuman.

Permaisuri Celidra memeluk Andra. Begitu juga dengan Adreald.

"Bonda faham perasaan kamu Andra. Jika kamu mahu mencari ketenangan, pergilah. Ingitlah Andra, bonda dan ayahnda sentiasa ada untuk kamu". Air mata Permaisuri Celidra menitis jua. Adreald hanya mengangguk setuju. Kepala Andra digosok perlahan.

"Ayah selalu ada di sisi kamu.." Kata kata mereka semua bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Langsung tidak terlekat pada hati Andra. Hatinya bagai beku.

"Aku pergi... dan aku janji akan kembali. Kalau aku sudah bersedia. Ferris, jom". Ajak Andra. Ferris mengangguk perlahan lalu mengekori Andra pergi meninggalkan semuanya.

'Aku faham perasaan kau Andra.. kuatkanlah semangat kau'. Bisik Ferris.

'Boleh kau bawa aku ke tempat yang jauh dari sini. Jika ada tempat yang tenang untuk aku menenangkan hati aku'. Ferris mengangguk lalu membuka satu potral.

'Mungkin kita boleh ke Dunia Angle. Di sana aku yakin kau akan dapat ketenangan yang kau inginkan.' Kata Ferris.

QUIEN Klra memeluk erat King Frast.

"Maafkanku". Bisik King Frast. Quien Klra menangis semahu mahunya di dakapan King Frast. Sedih dengan kehilangan anak lelakinya. Seperti tidak percaya apa yang berlaku saat ini.

Permaisuri Celidra memandang sayu ke arah kesemua orang yang sudah bebas. Bermacam macam ragam. Hatinya risau keadaan anaknya.

Jika seorang Puteri atau Putera dari keturunan Ndra kehilangan Jiwa Sejatinya, maka ia takkan terubat sehinggalah dia bertemu dengan Cinta Sejati yang dapat menenangkan jiwanya.

Itulah sikap Keturunan Ndra. Memang sejak keturunan pertama lagi, tiada langsung kejadian seperti ini berlaku. Ya, keturunan Ndra merupakan keturunan pelindung. Inilah kejadian pertama dalam sejarah Ndra. Seperti yang sudah diramalkan.

"Kanda, adinda harap sangat Andra baik baik saja". Adreald mengangguk saja. Langit yang mendung itu dilihat. Langit itu seperti merantapi pemergian Raykal. Dan seperti mendungnya jiwa Andra saat ini.

"Kak Andraaa". Jerit seorang budak membuatkan Permaisuri Celidra dan Adreald tersentak. Dipandang dua orang budak perempuan itu pelik.

"Kenapa adik cari Kak Andra?" Soal Permaisuri Celidra. Kedua dua orang budak perempuan itu tersentak lalu melutut di kaki Permaisuri Celidra.

"Permaisuri.. ampunkan kami". Kata Lisha. Ya, itulah Lisha dan Mimi.

"Tak usah melutut begini.. bangun. Katakan padaku kenapa kamu berdua ingin bertemu dengan Kak Andra". Mimi dan Lisha bangun dengan teragak agak.

"Kami nak ucapkan terima kasih sebab selamtkan ibu dan ayah kami". Kata Mimi polos. Wajah Mimi mrngingatkan Permaisuri Celidra tentang Andra ketika kecil.

"Kak Andra dah pergi. Dia sedih sebab orang yang dia sayang sudah pergi. Nanti kalau aku bertemu dengannya, aku akan akan sampaikan ucapan terima kasih kamu berdua itu kepadanya". Kata Permaisuri Celidra. Lisha dan Mimi berpandang sesama sendiri.

"Kesian Kak Andra.. terima kasih ya Permaisuri. Ini bebola yang Kak Andra bagi pada kami. Kami pergi dulu". Kata Lisha lalu berlalu dari situ. Permaisuri Celidra memandang bebola itu sayu.

'Bonda bangga dengan kamu Andra. Kamu memang anak yang kuat. Bonda yakin semuanya akan berakhir dengan gembira.' Bisik hati Permaisuri Celidra.

Beberapa puluh tahun kemudian..

Kini umur Andra sudah menginjak 50 tahun. Baginya itu masih muda kerana makhluk di Stellantra World hidup beratus  ratus tahun. Ada itu mencecah beribu tahun.

Pakk!!

Andra menusuk pedangnya ke arah satu makhluk. Memang tepat pada jantung.

"Andra... kenapa kamu bunuh dia. Kamu ni langsung tiada belas kasihannn". Marah Lin iaitu sahabat Andra sejak Andra datang ke Dunia Angle. Tetapi Lin tidak pernah dianggap sahabat pada Andra. Hati Andra keras.

"Kau ni menyibuk apasal. Aku tak kacau kau kan. Makhluk nii kacau akuu. Kau ni dari aku kat sini asyik kacau aku je. Ke kau nak aku bunuh kauu". Marah Andra. Ferris mengeleng kepala melihat Andra.

Andra yang kejam!! Sesiapa yang langgar arahan atau menganggunya akan dibunuh kejam. Sudah 25 tahun Andra seperti ini.

"Kau jahat An.." Lin terus meninggalkan Andra. Andra hanya memandang pemergian Lin kosong. Riak wajahnya sentiasa dingin dan datar. Tiada langsung senyuman.

"Andra.. kau ingin ke Shiny World ke petang ni?" Soal Ferris. Andra mengangguk saja.

"Bila kau nak berubah ni Andra.. aku rindu kau yang dulu. Sampai bila kau nak hidup macam ni. Mana matlamat kau yang inginkan keamanan dulu tu". Sayu kata kata Ferris.

"Kau penyibuk apahal. Matlamat tu dah lama terkubur laaaa.. blahh arhh". Marah Andra seraya menolak Ferris. Ferris merdegus geram.

"Okey, fine. Aku pergii". Ferris terus berjalan ke bandar. Makin lama makin hilang tahap kesabarannya terhadap Andra.

Ferris berjalan sambil termenung. Bandar yang sesak itu tidak dihiraukan. Tiba tiba dia terpandang seorang lelaki yang sedang dipukul oleh sekumpulan makhluk. Ferris memerhatikan saja. Tetapi, matanya membulat apabila melihat wajah lelaki itu!!

"Aku dah dapat jalan penyelesaian bagaimana nak ubah Diandra balik". Kata Ferris sambil mengukir senyuman penuh makna.

Sorry guyss.. kalau korng tak suka jalan cerita yang Author buat ni. Sorry.... tapi author dah ada idea sendiri. Tunggu bab seterusnya sampai ending tau. Author janji akan buat happy ending punya. Mybe Raykal dah takde tapi... hehe, rhsia.. next chap tau author bgitahu. Thnks yg sudi baca dan sokong. Vote and comment. Abaikan typo.

Siapa nak next chap sebelum pukul 12 malam comment comment.. thnks ^_^

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now