Bab 55: Date

7.4K 432 2
                                    

"I'M sorry honey. I can't tell you about this. It secret thing between me and your mom. But, I trust you will know that soon." Kepala Andra diusap perlahan.

"Ermm.. macam mana kamu kenal ibuku? Bukankah orang tidak tahu lagi kewujudan keturunanku selepas aku dilahirkan?" Soal Andra ingin kepastian.

"Aku kenal ibumu sebelum kamu dilahirkan. Pada waktu itu...". Andra mendengar cerita Quien Klra tekun tanpa menyampuk sedikit pun. Tanpa sedar ada seseorang mendengarnya tersenyum.

'Diandra memang tak pernah berubah'. Bisik hati kecil orang itu.

RAYKAL pelik dengan sikap Andra yang mundar mandir tanpa arah tujuan itu.

Bukan dia tak perasan, wajah Andra nampak kusut dan tak terurus.

'Macam mana nii.. arrggg, kata kata bondanya Raykal memang mengganggu pemikiran akuu'. Jerit hati Andra.

"Kau ni dah kenapa? Serabai semacam je aku tengok". Soal Raykal.

Andra memandang wajah Raykal dengan penuh maksud. Rambut Raykal yang sering ditutup dengan hood itu dipandang.

"Apa kau nak buat nii?" Soal Raykal pelik apabila Andra membuka hood yang dipakainya.

"Rambut kau cantik. Buat apa nak tutup". Jawab Andra. Raykal menunduk malu. Andra ketawa kecil.

"Thanks.. tapi aku kena pakai hood ni laa." Raykal cuba memakai semula hoodnya tetapi dihalang oleh Andra.

"Just for one day, please". Raykal terkebil kebil. Lambat laun dia mengangguk juga.

Pelik Raykal dengan sikap Andra hari ini.

Ting...

Satu tongkat muncul di tangan Andra. Pakaian Andra juga secara tiba tiba bertukar. Raykal membulatkan mata.

Dress paras bawah lutut berwarna putih merah yang dipakai Andra memang cantik. Tongkatnya hilang kmbali.

"Jom kita jalan jalan. Hari ni kan hari last kita kat sini sebelum balik ke Stellantra World". Ajak Andra.

"Kau lain hari ni". Kata Raykal. Andra tertunduk.

'Maafkan aku Raykal.. aku takut ini kali terakhir aku jumpa kau'. Bisik hati kecil Andra.

"Salah ke aku nak baik baik dengan future husband aku". Kata kata Andra membuatkan Raykal tersedak air liur. Matanya membulat.

"Hah.. errr, fu.. future husband?"

"Dah la.. jommm". Tangan Raykal ditarik. Muka Andra mula membahang. Raykal tersenyum manis. Dalam hati dah berbunga bunga.

Di bandar...

Andra berjalan jalan bersama Raykal. Matanya melilau lilau melihat gerai gerai yang menjual barangan. Raykal memandang Andra pelik. Sikap Andra berubah 100%. Kenapa?

"Dhia.. can I ask you something?" Soal Raykal. Andra memandang Raykal lalu tersenyum manis. Raykal kaku melihat senyuman Andra itu.

"Sure.."

Raykal serba salah. Nak tanya ke tak? Dia takut jika pertanyaannya mengguris hati Andra.

"About your mother. Ermm.." Raykal gelabah melihat riak wajah Andra yang sayu.

'Aduhh.. aku salah cakap ke.' Bisik hati Raykal gelabah. Andra tersenyum hambar.

"Dah lama dia tak berhubung dengan aku. Setiap kali aku cuba, ada satu kuasa menghalang seperti sengaja memisahkan hubungan aku dengan bonda. Aku tak tahu sama ada bonda ataupun orang lain yang halang itu". Kata Andra.

"Maaf.. errr, kau tak cuba hapuskan dinding kuasa tu ke?" Soal Raykal lagi. Kuasa Andra jauh lebih kuat. Takkan dia tak dapat meruntuhkan kuasa begitu.

"Aku taknak. Biarlah bonda tenang di sana. Aku pasti kalau bonda ingin berjumpa aku, dia sendiri akan meruntuhkan kuasa itu. Mungkin dia perlukan masa". Raykal mengangguk faham.

"Aku faham.. jom ke sana. Aku dengar di sana ada macam macam. Barang barang dan makanan pun menarik. Murah pulak tu". Ajak Raykal mengubah topik. Andra hanya mengikuti langkah Raykal.

'Maafkan aku Raykal sebab tipu kau. Sebenarnya aku yang bina kuasa itu sendiri. Aku tahu, jika bonda tahu hal ini.. pasti dia melarang aku pergi. Sama seperti Quien Klra katakan. Maaf, aku buat semua ni sebab aku tak mahu cederakan dan bahayakan nyawa orang yang aku sayang.' Bisik hati Andra.

Tanpa sedar, hari sudah hampir malam. Raykal tersenyum sambil melihat permandangan matahari yang hampir terbenam.

"Aku happy sangat hari ni". Ujar Raykal. Andra tersenyum hambar.

"Baguslah.. aku harap kau happy macam ni kalau aku tak ada nanti". Ujar Andra perlahan. Raykal memandang Andra dengan muka berkerut kerut.

"Apa kau kata tadi?" Soal Raykal ingin kepastian. Andra mengeleng kepala.

"It's nothing". Jawab Andra. Raykal memandang Andra curiga.

'Apa yang kau sembunyikan Dhia..' bisik hati kecil Raykal. Hatinya tidak tenang apabila melihat perubahan sikap Andra. Walaupun perubahan itu menyenangkan tapi itu yang membuatkan Raykal risau.

Perubahan secara mendadak itu menjadi tanda tanya Raykal. Kata kata Andra seperti ingin meninggalkannya nanti.

"Ermm.. apa kau sembunyikan dari aku Andra? Aku tahu kau mesti rahsiakan sesuatu dari aku. Aku kenal kau bukan sehari tau". Andra terdiam.

Satu

Dua

Tiga

"Maafkan aku Raykal.. aku harus pergi". Tiba masanya Andra untuk pergi. Matahari sudahpun terbenam. Dan inilah masanya untuk dia pergi. Andra bangkit dari duduknya.

"Andraaa.. kau nak kemanaa". Jerit Raykal. Badannya tidak dapat bergerak..

"Arhhhhhh". Jerit Raykal. Andra mengesat air matanya yang keluar.

"Raykal.. aku janji akan pulang. Jangan pernah ikut aku. Aku taknak bahayakan nyawa kau. Aku akan lawan Raja Kegelapan tanpa kau. Maaf". Kata Andra lalu membuka potral. Belum sempat masuk, Raykal berkata...

"Andraaa.. kau ego. Kau egooo.. kau dah janji dengan aku yang kau akan pergi dengan aku. Aku tak kisah nyawa aku hilang sekalipun asalkan nyawa aku hilang disebabkan untuk melindungi orang yang aku sayang. Andra, aku sayang kau. Tolong jangan pergi". Kata kata Raykal membuatkan air mata Andra kian laju.

"Maaf.. ini demi kebaikan kau". Bisik Andra lalu melangkah ke dalam potral tadi.

"Takk.. jangan pergiii". Jerit Raykal tetapi langsung tidak berjaya menghalang Andra melangkah.

'Sanggup kau lakukan ini pada aku Andra'. Bisik hati Raykal sayu. Badannya terkulai lemah di atas tanah. Dia pengsan tidak sedarkan diri.

Macam manaa?? Hihi.. sorry agak mengarut cerita ni. Hope enjoy dan abaikan typo. Maaf lambat update. Dah tiga hari mybe.. or lebih.. apa apa pun, maaf sekali lagi. Thanks yang sudi baca.. comment and vote ^_^......

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now