Bab 92: Jiwa yang hilang.

6.1K 362 11
                                    

Vedemiar menghancurkan semua barang barangnya. Kehilangan Andra membuatkan dirinya tertekan.

"Arhhh.. Kylee, kau memang ingin menentang akuu". Jerit Vedemiar. Tangannya digenggam kuat.

Vedemiar membantu Andra hanya kerana dia yakin Kyle akan memberikan mutiara cinta kepada Andra. Dia taknak mutiara itu jatuh ke tangan Andra. Ya, tak boleh.

Mutiara cinta itu amat penting bagi Vedemiar untuk menghidupkan kembali isterinya yang telah mati sejak sekian lama. Bersusah payah dia mencari mutiara itu tetapi senang sahaja dicuri. Dicuri pula olej cucunya sendiri.

"Arhhhh.. aku takkan biarkan mutiara tu digunakan oleh Andra. Takkan." Jerit Vedemiar.

KYLE membelek belek rantai Raykal yang diambilnya tadi. Cahaya tak henti henti bercahaya membuatkan Kyle makin ingin mengetahui lebih tentang rantai itu.

Tambahan pula aura kuasa kuat terasa pada rantai itu. Kyle meletakkan rantai itu di poketnya kembali apabila seseorang datang kepadanya. Ya, itu adalah Raykal.

"Kyle.. kau yang papah aku kan tadi. Kau ada nampak tak rantai warna silver bentuk separuh hati?" Soal Raykal gelisah. Kyle terdiam seketika.

"K.. kau dah sedar Raykal? Takde pula. Kenapa dengan rantai itu?" Soal Kyle. Raykal mengeluh berat lalu duduk di sebelah Kyle.

"Rantai tu penting bagi. Aku dapat rasa yang rantai tu ada dekat dekat sini je. Kyle, tolong la aku cari. Biasanya rantai tu akan bercahaya terang jika tak bersama aku rali tak pula aku nampak cahaya tu sekarang. Mesti tersorok kat mana mana". Kata Raykal. Kyle memegang poketnya.

"Err.. penting sangat ke rantai tu? Untuk apa er?" Soal Kyle lagi. Raykal memandang Kyle pelik.

"Rantai tu Andra yang bagi dekat aku. Mesti la penting. Itu je jalan aku dapat berhubung dengan Andra tanpa menembusi dinding gila yang dibuat oleh orang gila tu la". Ujar Raykal sambil melilau lilau mencari rantainya.

'Berhubung.. hurrmm'. Bisik hati Kyle.

"Aku kena pergi sekarang ni. Nak jumpa orang jap. Sorry tak apat cari dengan kau". Kata Kyle lalu berlalu pergi. Raykal berkerut seribu. Tadi bukan main kuat bau aura rantainya itu tetapi apabila Kyle pergi.. semuanya hilang. Aura seperti semakin menjauh.

"Jangan kata Kylee... tapi kenapa". Raykal berfikir sendiri.

Kyle tercungap cungap. Kyle memandang belakangnya. Dia mengeluh lega apabila kelibat Raykal tiada. Dia mngambil semula rantai milik Raykal itu di dalam poketnya.

"Maaf ya Raykal.. aku pinjam sekejap je". Ujar Kyle. Dia membelek belek rantai itu.

"Aish.. lupa aku nak tanya macam mana nak berhubung dengan Andra guna rantai ni". Kata Kyle sendirian.

"Hurm.. dah agak pun. Kau rupanya kan Kyle. Apahal kau culik rantai kesayangan aku tu". Mendatar suara Raykal. Kyle tersentak.

"Er.. Raykal. A.. aku.. aku terjumpa je. Baru tadi. A.. aku teringat nak bagi dekat kau ni. Nah". Rantai itu dihulurkan kepada Raykal. Raykal mengambilnya kasar.

"Kenapa kau perlu menipu? Apa tujuan kau ambil rantai aku? Nak berhubung dengan Andra? Kenapa? You need explain now". Tegas Raykal. Kyle mengusap lehernya.

"A.. aku.. aku.. aku nak bagi amaran kat dia supaya jauhi atuk aku. Maaf Raykal. Aku terpaksa". Kata Kyle. Raykal tersentak.

"Kenapa kena jauhi atuk kau pulak? Bukan ke atuk kau er yang akan lindungi Andra?" Soal Raykal pelik. Kyle mengangguk perlahan.

"Memang la tapi atuk aku tu nakkan mutiara cinta tu. Sebenarnya aku curi mutiara tu dari atuk aku. Atuk aku bersusah payah mencari mutiara tu untuk menghidupkan balik nenek aku. Bagi aku tindakan atuk aku menyalahi peraturan keturunan kami. Aku pun curi lah. Dan mutiara tu adalah...." kata kata Kyle terhenti apabila satu suara menyampuk.

"Mutiara tu adalah sebahagian daripada jiwa Andra yang hilang. Mutiar Cinta." Raykal tersentak.

"Permaisuri Celidra". Kata Kyle dan Raykal serentak.

"Mutiara tu adalah salah satu mutiara yang telah hilang. Sewaktu Andra dilahirkan, jiwa Andra dibahagikan sebanyak 15 jiwa. Dan setiap jiwa dijadikan mutiara. 14 mutiara masih baik baik saja tetapi satu mutiara telah hilang. Beta yakin ini kerja Avera iaitu Karlos. Mutiara itu adalah salah satu bahagian yang amat penting dalam jiwa Andra". Cerita Permaisuri Celidra.

"Adakah itu jiwa cinta sejati?" Soal Raykal. Permaisuri Celidra mengangguk perlahan.

"Seperti yang semua tahu, Keturunan Ndra berkuasa kerana jiwa dan hatinya. Dan kuasa yang kuat itu adalah hatinya. Cinta sejatinya. Selama ini diri Andra tidak lengkap. Dan mutiara itu dah ditemui. Walaupun mungkin Andra tidak sedar hal itu tapi beta yakin dia akan menyedari juga nanti". Kata Permaisuri Celidra lagi. Kyle dan Raykal mengangguk perlahan.

"Tapi.. jika itu jiwa cinta sejatinya.. kenapa kuasa cinta sejati itu dapat dihidupkan dalam diri Andra ketika kejadian itu berlaku?" Soal Raykal. Ketika Andra menciumnya, kuasa cinta sejati sudah dihidupkan.

"Itu Kyle yang ada jawapannya. Betul bukan Kyle?" Soal Permaisuri Celidra sambil mengerling ke arah Kyle. Kyle tersenyum.

"Ketika Andra tidur.. aku sudah memasukkan setengah jiwa cinta sejatinya. Aku tak sempat nak masukkan sepenuhnya kerana kau datang waktu tu. Aku pun lari la." Kyle tersengeh apabila teringat kejadian dia curi masuk bilik Andra ketika waktu tidur.

"Apaa? Kau masuk bilik Andra waktu dia tidurr?" Terjerit Raykal sebentar. Kyle mengusap belakang lehernya seraya mengangguk perlahan.

Sorry la korang.. author tak buat peperangan dalam bab ni lagi. Hihi.. tapi kalau korang nak peperangan jugak, esok author akan buat ya. Sabar. Hehe. Next chap author janji akan buat peperangan Andra dan Karlos. But not this chap. Sorrg ya. Author hanya boleh tunaikan satu ni je. Untuk update satu lagi malam ni. Thnks ya yang sudi baca.. abaikan typo. Vote and comment. ^_^ nite guys. Thnks tau yng bagi respon bab sebelum ni. Bru author tahu korang nak peperangan cpt cpt. Author baru nak buat peperangan lambat lagi. Huhu.

Tunggu next chap okey? Hehe..

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now