Bab 99: Pertemuan semula

7.8K 412 17
                                    

Belum sempat Ferris menghampiri, Lin sudah mendahuluinya. Ferris hanya memerhati dari jauh melihat Lin menyelamatkan lelaki itu.

'Apa hubungan Lin dengan lelaki itu?' Bisik Ferris sendirian.

"Ferrisss.. kau ke tuu?" Soal Lin. Ferris tersentak lalu menghampiri Lin yang memapah seorang lelaki.

"Err.. kenapa?" Soal Ferris blur. Lin merdegus geram.

"Kau ni kan Erris.. ni tak nampak ke lelaki ni pengsan. Lelaki ni kawan aku tau.. dukung la dia, berat la". Ferris tersentak.

"Hah? Dukung? Aku bukan gayyyy. Aku hanya suka Miho". Jerit Ferris seperti tercekik tulang ikan. Serta merta satu tamparan hinggap di pipu Ferris.

"Aku tahu la kau dah ada Miho si musang ekor 10 tu tapi takkan aku nak dukung lelaki ni pulak. Aku ni perempuan laaa". Marah Lin. Ferris tersengeh.

"Ouh.  Tak cakap awal awal". Ferris pun mendekati lelaki itu menolong Lin memapah lelaki itu sehingga sampai di rumah Lin.

"Siapa lelaki ni?" Soal Ferris. Lin yang sedang menyapu ubat itu tersentak.

"Kawan aku. Aku baru je jumpa dia 2 hari lepas sebab mencuri kat satu kedai. Aku kesian pastu aku pun try la kawan dengan dia". Mata Ferris membulat apabila mendengar cerita Lin.

"Jadi dia ni perompak bersiri? Linnn, kau ni pilih kawan pun agak agak la. Dia ni p..." kata kata Ferris terhenti apabila lelaki itu menyampuk.

"Memang aku perompak.. kenapa? Salah?" Kata kata lelaki itu membuatkan mulut Ferris bisu.

"T... takde la salah. Tapi, jangan la merompak lagi. Tak baik untuk kesihatan". Kata Ferris. Lin menjeling ke arah Ferris.

"By the way, ni kawan aku.. Ferris dan Ferris ni Ra..." belum sempat Lin memperkenalkan lelaki itu, Ferris sudah menyampuk.

"Raykal Adiyan?" Soal Ferris. Lelaki itu berkerut.

"Tak.. nama aku Raykal Arayyan". Kata lelaki itu.

"Arayyan? T.. tapi muka kau sama macam Raykal Adiyan, kawan aku". Kata Ferris. Muka Lin berkerut.

"Raykal Adiyan yang buat Andra jadi macam tu ke?" Soal Lin. Ferris mengangguk lemah. Memang lelaki di hadapannya itu mirip sekali dengan Raykal Adiyan.

"Kenapa semua buat muka serius? Andra tu siapa? Jangan kata dia tu pembunuh kejam kat daerah ni? Dia yang menangkap perompak dan dibunuh kejam". Kata Raykal Arayyan. Lin mengeluh. Ya, itulah Andra.

"Ya.." Jawab Ferris. Raykal Arayyan mula kelam kabut. Jaket diambil lalu berlari ingin pergi.

"Kau kenapa?" Soal Ferris.

"Yang tu la tengah buru aku sekarang. Kalau dia jumpa aku, serius mati akuu". Jerit Raykal. Pintu dibuka dan....

Seorang gadis berhood sedang berdiri di depan pintu sambil menunduk.

"Hah.. nak lari?" Soal gadis itu lalu memandang Raykal. Kaku!! Tak bergerak. Ya, gadis itu adalah Andra.

Air matanya menitis. Pipi lelaki di hadapannya itu diusap. Rambut Raykal yang hitam juga diusap sebelum memeluk erat lelaki itu. Raykal Arayyan tidak bergerak malah membalas pelukan gadis itu.

Perkara yang terjadi sekarang ini mirip dengan mimpi yang sering menghantuinya.

"M.. maaf, mungkin kau salah orang". Kata Raykal Arayyan. Andra mengeleng kepala.

"Aku takkan salah orang. Aku kenal kau. Kaulah Raykal. Raykal Arayyan". Kata Andra sayu. Ferris tersentak.

"K.. kau?" Andra mengangguk.

Lelaki di hadapannya itu memang Raykal. Tapi Raykal yang bangkit semula tanpa kuasa. Nama Adiyan adalah nama Raykal yang berkuasa. Tetapi Raykal di hadapannya adalah Raykal Arayyan, Raykal yang tidak berkuasa.

Andra sering bermimpi hal itu jadi dia menyiasat sendiri. Dan dia mengetahui perkara yang besar iaitu Keturunan Cahaya Hitam mempunyai dua nyawa. Apabila nyawa satu sudah tiada, bermakna nyawa kedua akan bangkit.

Nyawa pertama, mempunyai kuasa, ingatan dan segalanya tetapi nyawa kedua tidak mempunyai kuasa, ingatan dan apa apa pun. Tapi hanya satu yang lelaki di hadapannya itu ada.

Jiwa!!

Jiwa yang sama dengan Raykal Adiyan.

Andra tersenyum.

"Mungkin kau tak ingat aku, tapi aku tetap nak kau sehidup semati dengan aku". Tangan Raykal ditarik untuk ke dewan.

Dewan perkahwinan!!!

"Heyy.. lepaskan aku perempuan gila. Linnn, tolong akuu". Jerit Raykal. Lin dan Ferris hanya tersenyum.

'Raykal, akhirnya kau bertemu juga dengan Raykal. Walaupun ingatan dan kuasanya sudah tiada, aku yakin kau tak kesah bukan? Kerana kau tertarik dengan Raykal kerana hati dan jiwanya'. Bisik Ferris.

Melihat Andra kembali membuatkan hatinya senang.

Semuanya berakhir.

Sememangnya Ferris sudah tahu kisah 2 nyawa itu. Tetapi dia ingin Andra mencarinya sendiri. Kehilangan Raykal membuatkan Andra lebih berkuasa dan matang.

Raykal ini pasti dapat membuat Andra gembira. Kerana Raykal tetap Raykal. Kuasa?

Jangan risau tentang kuasa, Raykal pasti akan mendapat kuasa baru.

Nyawa Andra ada tiga. Pertama sudah digunakan ketika dia dilahirkan semula. Ketika dia mengembara mencari penawar. Dan nyawa kedua digunakan sekarang.

Memang berat untuk Andra melepaskan nyawa ketiganya tapi demi Sang Cinta Sejati, dia sanggup!!

Janji Raykal ditepati...

Selepas setahun perkahwinan, mereka dikejutkan dengan berita kehadiran dua benih di dalam rahim Andra. Setelah perkahwinan itu berlaku, Andra kembali ke pangkuan keluarga dan memerintah Stellantra World.

Rezza dan Haryial sudah selamat berkahwin setelah peperangan bertahun tahun dahulu berlaku. Sekarang sudah mempunyai 4 cahaya mata.

Ptya? Sudah dapat berjumpa keluarganya semula. Keluarga D!!

Amyl dan yang lain sudah berkahwin.

Semuanya bergembira.

Kyle? Sudah mendapat anak bersama Ermi. Vendemiar.. sudah berbaik dengan Andra dan Kyle.

Shima dan yang lain sudah menjadi pahlawan hebat.

Semuanya bergembira. Lisha dan Mimi sudah membesar.

Selepas 9 bulan, lahirlah dua kembar. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

Si Kakak, menjadi penyambung Keturunan Ndra. Manakala Si Abang menjadi penyambung Keturunan Cahaya Hitam.

Walaupun Raykal kini berkuasa Cahaya Air, tetapi darahnya tetap keturunan Cahaya Hitam. Cahaya Air? Adalah kuasa terhebat Andra. Diberikan kepada Raykal kerana...

'Cinta sejati'.

T
A
M
A
T

MAAF.. kemungkinan ending dia mengarut sikit... haha.. thnks kepada para reader. Kalau nak Diandra Advilent versi 2 comment comment. Tpii, author kena la siapkan novel yang tak siap lagi.. jemput baca okey. Thnks sudi sokong author hingga penghujung. Vote and comment. Ada satu lagi bab tau untuk spesial. Kisah pendek kelahiran puteri dan putera Andra.

Thnks againnn!

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now