Bab 78: Culik

6.7K 358 1
                                    

Cerita ni akan dihabiskan secepatnya.. ni ada sedikit pendekkan cerita. After Andra memberi keamanan kepada dunia kegelapan, Karlos makin marah dan dia pun ambil keputusan untuk menculik kesemua rakan rakan Andra dan membuka kunci makhluk pemusnah dunia... dan adakah Andra dapat menyelamatkan rakan rakannya? Dan siapakah yang dapat membantu Andra. Berjayakan dia?

Enjoy^_^……

Andra memegang rumput yang berwarna hitam itu. Kemudian dia tersenyum.

"Okey.. tempat ni sesuai untuk kita berlatih". Ujar Andra. Kyle pula memandang keadaan tempat itu. Gelap. Kemudiannya dia menggunakan kuasanya untuk menerangi kawasan itu. Mata Andra bersinar sinar apabila melihat cahaya yang cantik terbentuk.

"Cantiknyaaa.. nanti ajar aku er. Dah lama aku nak belajar buat cahaya secantik niii". Puji Andra. Kyle tersenyum malu malu. Raykal pula menjeling menyampah.

"Tak ada la cantik sangat. Aku buat lagi cantik apaa". Kyle memandang tajam ke arah Raykal. Terasa ingin lempar Raykal dalam sungai je.

"Hek eleh.. cer kau buat aku nak tengok. Entah entah jadi macam kambing". Raykal membutangkan matanya.

"What? Kambing kau kata. Weh, aku bukan setakat kambing tau. Aku ni tahap atas. Unicorn, arnab apa apa yang comel tu yang sewaktu dengannya tu pun aku boleh buat la. Setakat tu kacang je la bagi aku". Balas Raykal. Kyle menjeling tajam ke arah Raykal.

"Aku..." kata kata Kyle dipotong cepat oleh Andra.

"Haa.. dah dah, sudah. Asyik gaduh je. Kita tak banyak waktu tau. Aku nak berlatih ni. Siapa nak ajar aku?" Potong Andra.

"Aku". Jawab Kyle dan Raykal serentak. Mereka berdua memandang sesama sendiri.

"Kau sibuk tu kenapa?" Serentak lagi. Andra sudah mengeleng kepala. Pening dengan dua lelaki di hadapannya itu. Asyik gaduh je. Dalam satu hari tu kalau tak gaduh memang tak sah.

Buku yang mengatakan keturunan Cahaya Putih dan Cahaya Hitam itu bersahabat baik. Rupa rupanya hanya mitos dongeng. Yang hanya ada adalah ketidakfahaman. Langsung tak dapat bertolak ansur.

"Dah.. cukup. Sekarang Raykal dulu yang ajar. Kyle pula ajar nanti. Ajar kuasa cahaya ya". Raykal tersenyum sinis ke arah Kyle. Kyle pula mencebik.

"Okey.. now, where we start first?" Soal Raykal. Kyle ketawa terbahak bahak.

"Kau nak ajar orang tapi tanya orang. Nampak sangat tak pandai ajar". Perli Kyle. Raykal membutangkan matanya ke arah Kyle.

"Kau memang nak kena dengan aku kan". Andra sudah penat. Pening kepalanya mendengar perang mulut antara dua lelaki ini. Sama sama suka menjawab dan membalas.

"Shut up guysss.. kalau korang dah berbaik cari aku. Aku dah penat la dengar korang ni bergaduh. Penat kat tahu. Aku dah la kena fikir pasal raja kegelapan tu lagi. Ini lagi. Kau best bergaduh. Gaduh la sampai mati. Kalau dah sedar cari aku. Aku pergi dulu". Marah Andra lalu pergi dari situ. Kyle dan Raykal terdiam. Kaku tak menjawab.

"Kau punya pasal". Kata mereka serentak.

"Arhh.. kau punya pasal la". Serentak lagi. Akhirnya mereka mengeluh berat.

"Sekarang Andra dah lari. Kau la cari pasal dengan aku". Marah Kyle. Raykal menjeling ke arah Kyle.

"Dah kau yang perli aku dulu kan tadi.. kau la yang cari pasal". Balas Raykal. Belum sempat Kyle membalas, suara jeritan seorang perempuan kedengaran. Mereka berdua tersentak.

"Tu suara Andra.." ujar Raykal. Kyle mengangguk lalu berlari ke arah datangnya suara itu.

"Mana Andra wehh.. jangan jangan dia ditangkap oleh.. " kata kata Kyle terhenti apabila Raykal menumbuk bahunya.

"Kau jangan nak cakap macam macam laa". Marah Raykal. Tiba tiba matanya terpandang satu benda.

Ini rantai Andra!!

"Raykal.. tengok ni". Raykal terkejut. Itu adalah senjata yang digunakan Puak  Poln untuk memburu.

"Jangan jangan dia ditangkap... tapi tak mungkin laa. Puak Poln tak menangkap mangsa saja saja. Lagipun takkan la Andra boleh jatuh di tangan Puan Poln yang lemah macam tu." Kyle juga hairan.

Puak Poln merupakan puak yang paling lemah diantara puak puak lain. Mana mungkin Andra kalah begitu saja dengan puak selemah itu.

"Arhh.. tak kira. Kita kena cari Andra. Pasti dia ditangkap oleh Puan Poln. Tak kisah la puak tu lemah yang penting kita pergi cuba cari." Kata Kyle tegas. Raykal memandang sekelilingnya yang gelap.

"Tapi mana Puak Poln pergi? Mana tempat mereka." Soal Raykal. Kyle terdiam.

"Aku pun tak tahu". Ujar Kyle perlahan. Raykal mengeluh berat. Dia risaukan Andra sekarang ini. Jika berlaku apa apa pada Andra memang dia tak akan maafkan dirinya sendiri.

Puak Poln ke culik Andra.. huhuhu.. nak tahu apa jadi tunggu next chap. Abaikan typo. Vote and comment. Thnks for reading. ENJOY^_^

Korang rse betul ke Andra diculik? Hehe.. next chap ada jawpnnya..

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now