Bab 89: Amanat Kyle

6.2K 355 4
                                    

intan_ys
- Cinta Seindah Eiffel (COMPLETED)
- Cinta In Front Of Eiffel (SAMBUNGAN CSE)

***

Mundar mandir Andra memikirkan hal tadi. Pening kepalanya. Mutiara Cinta di tangannya itu digenggam kuat.

Ya, yang berjumpa dengannya tadi adalah Ermi. Dia mengeluh perlahan.

"Simpan mutiara ni Ferris. Aku masih belum tahu tujuan apa Kyle memberikan mutiara ini kepada aku. Tapi kenapa melalui Ermi?". Andra mengusutkan rambutnya. Ferris yang berubah menjadi tiara itu bersinar. Serta merta mutiara itu hilang.

"Mungkin ia berguna kepadamu. Jika mutiara itu tidak penting, kenapa Ermi diburu oleh Karlos." Kata Ferris. Andra mengangguk perlahan.

Teringat pertemuan dan kata kata Ermi sebentar tadi.

Flashback..

"Apa hal kau datang ke sini? Ingin membunuh aku?" Sinis kata kata Andra. Ermi mengeleng kepala.

"Jika bukan amanat Kyle untuk mmberikan benda ini kepada kau, tak ingin akh berjumpa dengan kau. Benda ini dah banyak susahkan aku. Nah ambil ni". Satu mutiara dilemparkan kepada Andra. Andra menyambutnya dengan kerutan.

"Kyle? Apa benda ini?" Soal Andra sambil melihat mutiara itu. Ferris yang di tepi Andra hanya jadi pemerhati.

"Mutiara Cinta. Kyle memberi aku mutiara ini untuk diberikan kepada kau sebelum dia ke Istana Kegelapan. Dia kata jika dia tidak kembali, berikan mutiara ni kepada kau. Mutiara ini dah banyak susahkan aku. Karlos mencari aku untuk mengambil ini dari aku. Lebih baik aku memberikan ni kepada kau sebelum apa apa terjadi". Terang Ermi sambil melihat ke arah Ferris. Mungkin pelik siapa gerangan di tepi Andra itu.

"Apa fungsinya?" Ermi mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Kau haru mencarinya sendiri. Aku hanya memberikannya. Tolong jaga itu baik baik. Kata Kyle mutiara itu amat penting bagi kau. Tapi dia tidak pula cakap apa fungsinya". Andra mengangguk perlahan.

"Thnks Ermi.." Ermi memandang ke arah tasik. Malu juga dia dengan Andra. Andra mudah memaafkannya walaupun dia hampir membunuh kekasih hati gadis itu.

"Aku mintak maaf". Ujar Ermi lalu menunduk. Andra yang sibuk membelek mutiara itu memandang kembali ke arah Ermi.

"Untuk apa?" Ermi mengeluh kecil.

"Untuk segala galanya.. aku janji akan bantu kau dari jauh. Mungkin aku akan tertangkap lepas ini. Tapi, aku janji akan menolong kau". Tangan Andra dipegang erat.

"Apa maksud kau?" Soal Andra. Ermi tersenyum. Matanya dipejamkan. Tiba tiba ada satu cahaya mengelilingi mereka.

"Ydra kau amat kuat... jadi aku benarkan dia mengambil kuasa Ydra aku buat sementara waktu. Untuk kau pula.. aku berikan kuasa cahaya merah aku untuk kau. Gunakan sebaik baiknya Andra. Aku percayakan kau". Kata Ermi. Andra terpinga pinga apabila wajah Ermi pucat. Serta merta tubuh Ermi ditolak.

"Kau nak mati ke..? Kalau kau memberikan sepenuh kuasa kau pada aku, kau akan mati Ermii". Marah Andra. Ermi mengeleng kepala.

"Aku akan terbunuh juga Andra. Karlos akan menyerap kuasa aku. Sebelum dia menangkap aku, lebih baik aku memberikan kuasa aku pada kau". Kata Ermi. Andra mengeleng kepala.

"Pakai ini.. jika kau sudah ditangkap oleh Karlos.. pasti kau akan dikurung bersama rakan rakan aku. Ni akan bantu kau". Satu rantai dicampakkan kepada Ermi. Ermi menangkapnya pantas.

"Untuk apa ni?" Soal Ermi. Andra tersenyum lalu menerangkan segala rancangannya kepada Ermi. Ermi hanya mengangguk.

End flashback...

Andra tersenyum. Dia yakin Ermi pasti akan menurut semua rancangannya.

'Karlos.. satu per satu perangkap aku akan berikan kepada kau. Plan A tak berjaya.. aku ada beribu ribu plan lagi. Aku akan balas semuanya'. Bisik hati Andra.

"Jangan terlalu berdendam Andra.. nanti memakan diri sendiri". Sampuk Ferris. Andra mengeluh. Ferris memang tak habid habis membebel.

"Andra.. kamu pergi mana tadi?" Soal Vedemiar apabila melihat Andra sedang bercakap seorang diri di tepi pokok.

"Ved.. erm, aku ke tasik Alls. Saja tenangkan diri". Kata Andra. Vedemiar mengangguk sahaja. Dia sebenarnya tahu hal itu.

"Kamu bercakap dengan siapa tadi?" Soalan Vedemiar membuatkan Andra tersengeh.

"Ferris.. keluarlah". Arah Andra. Serta merta tiara yang dipakai di kepalanya bercahaya. Dan muncullah Ferris.

"Kenalkan.. ni Ydra aku.. namanya Ferris". Kata Andra. Vedemiar terpinga pinga.

"Tak sangka lagenda itu benar. Ydra naga boleh bertukar menjadi manusia. Hebat sungguh ydra kamu Andra". Puji Vedemiar. Andra menayang sengeh.

"Biasa la.. Ydra aku. Comel pon comel". Kata Andra sambil mengusap kepala Ferris. Ferris menepis geram.

"Bagus la kamu sudah berjumpa dengan ydra kamu. Esok mulakan latihan. Masa tidak menunggu kita. Karlos kini sudah menyerang Kampung Pandis. Semua penduduknya sudah ditangkap Karlos. Aku yakin sekarang Karlos senang mengatur perang". Kata Vedemiar tegas.

"Perang? Takkan aku hanya seorang melawan satu pasukan serang". Terkejut Andra apabila mendengar kata kata Vedemiar.

"Kamu tak perlu risau pasal itu. Fokus pada latihan kau saja. Lawan kamu hanya satu, Karlos. Banyak nyawa yang kamu perlu ingatkan. Semuanya berada di tangan Karlos. Setiap serangan hendaklah berhati hati supaya orang di badan Karlos itu tidak ikut tercedera". Pesan Vedemiar.

"Ya.. jika Karlos terluka.. orang yang tertangkap di dalam badan Karlos juga akan turut terluka. Setiap serangan hendaklah diatur rapi. Jika kau menyerang sebarangan, orang yang kau sayangi akan turut terluka. Beribu ribu orang akan turut terluka". Sambung Ferris. Andra mula pening memikirkan semuanya.

Setiap kecederaan Karlos bermakna kecederaan orang yang terkurung dalam diri Karlos. Habistu? Bagaimana dia ingin mengalahkan mangkuk ayong tu.

"Jangan risau.. aku tahu caranya". Kata Ferris tahu apa yang ada di fikiran Andra. Andra hanya mengangguk lemah. Sakit kepalanya memikirkan apa yang harus dia lakukan nanti.

'Perlu ke aku tanya Ved pasal mutiara tu?'. Soal Andra kepada Ferris melalui minda. Ferris adalah sebahagian daripada dirinya. Senang dia ingin berhubung.

'Tak perlu.. aku tak yakin sangat pasal lelaki ini'. Jawab Ferris sambil melihat Vedemiar di hadapannya itu.

Thnks for reading.. hope enjoy. Abaikan typo. Vote and comment.

Siapa nak update lagi untuk malam ini? Huhu.. cerita ni author akan habiskan secepat mungkin.. mungkin dalam 100 bab atau lebih sikit untuk cerita ni. Yang baca cerita ni dari awal thnks ya. Yg sudi vote dan comment thnks juga. ^_^

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now