Bab 94: Pertolongan

6.3K 400 9
                                    

Serangan Boys ditepis mudah oleh Andra.

'Setiap pergerakan mereka pantas seperti orang yang sudah berpengalaman dan hebat. Tak mungkin ydra mereka hanyalah seekor kucing.' Kata Kingbol kepada Boys.

'Arhh.. ydra apa sekalipun, kita harus lawan mereka. Jangan sampai kalah dengan kucing. Kita pahlawan serigalaa'. Marah Boys sambil menyerang Andra.

Bomm!!

Boys tersenyum apabila serangannya terkena Andra tetapi senyuman itu mati apabila Andra keluar dari kepulan asap sambil menyapu bajunya yang agak kotor.

"Habis dah? Tu je ke yang kau ada? Ke kau nak tengok dulu apa yang aku ada?" Soal Andra sinis. Semua orang yang menyaksikan pertarungan itu terdiam.

"Siapa sebenarnya kau hah?" Andra tersenyum. Ferris yang berbentuk kucing itu diusap perlahan oleh Andra.

"Aku hanya seorang gadis yang biasa biasa saja. Dan memiliki ydra kucing yang comel. Oh, kenalkan. Nama dia Ferris. Ferris, kembali lah ke bentuk asalmu. Aku sudah puas bertarung cara begini". Ferris hanya menurut lalu berubah menjadi seekor naga.

Habis riuh kedai itu dengan kemunculan naga itu.

"Ferris? Aku tak sangka kau sudah keluar dari lembah kegelapan itu". Terkejut Kingbol apabila melihat Sang Naga itu.

"Aku baik baik saja. Lama tak berjumpa kau Kingbol." Kata Ferris.

"Kau kenal mereka Erris?" Soal Andra. Ferris hanya mengangguk.

"Ya.. aku kenal ydra nya sahaja. Dulu aku pernah bersahabat dengannya". Jawab Ferris. Andra mengangguk lemah. Perutnya dipegang. Laparr!

"Aku tarik diri saja lah. Aku lapar la". Kata Andra. Ferris berubah kembali ke bentuk manusia.

"Tapi.. takkan kau taknak musang berekor 10 itu. Rugi tau. Mana tahu kalau dia dapat bantu kita nanti". Kata Ferris.

"Jika boleh aku tahu... sebenarnya apa tujuan kau datang ke sini?" Soal Boys. Andra yang sedang bercakap dengan Ferris memandang Boys.

"Aku lapar.. aku nak makan dulu. Nanti aku cerita kat korang semua." Kata Andra lalu turun ke gelanggang pertarungan.

Usai sahaja mengisi perut, Andra bangun dari duduknya. Ramai orang yang berada di kedai itu memandang Andra termasuk Boys.

"Begini.. tak lama lagi dunia kita ini akan berlakunya perang besar besaran antara puak dari dunia kegelapan dengan kita semua. Aku yakin kamu semua ini pasti tahu tentang keturunan Myls yang sekarang giat menyerang kampung kampung sekitar ini untuk mengambil kuasa kita semua. Tujuan dia melakukan itu adalah untuk menguasai seluruh dunia inii". Terang Andra. Keadaan mula riuh.

'Kau la sambung Ferris.. aku letih la'. Kata Andra. Ferris mengeluh. Sikap Andra yang sungguh pemalas dan membuat kerja sekerat jalan itu memang mnyakitkan hatinya.

"Diam.. esok kemungkinan perang ini berlaku. Kawan kawan kami masih mencari pasukan untuk peperangan ini. Dan jika ada sesiapa yang mahu mengikuti perang imi amat dialu alukan. Masa kian suntuk. Kami amat memerlukan kamu semua. Esok Andra akan pergi sendirian bertemu dengn Keturunan Myls untuk melambat lambatkannya. Ada sesiapa yang mahu membantu?" Semua diam. Tak berani ingin membantu.

"Aku mahu.. aku akan cuba cari pasukan bantuan dari puak serigala. Aku harap korang berhasil. Aku janji akan datang membawa pasukan aku". Kata Boys. Andra tersenyum.

"Jadi.. kau boleh tak bagi musang berekor 10 tu pada aku. Ferris ni nak sangat teman katanya". Muka Ferris mula memerah.

"Mana ada laaa". Nafi Ferris.

'Macam la aku tak tahu yang kau tu dah jatuh cinta pandang ke 1000 kat musang tu kan'. Andra menjeling ke arah manusia yang mempunyai telinga dan ekor 10 persis seekor musang.

"Ambil laa.. anggap saja ini sebahagian daripada bantuan aku". Kata Boys.

"Terima kasih.. aku harus segera pergi. Panjang lagi perjalanan aku". Kata Andra lalu bangun untuk pergi. Pasal Ydra tambahan tu biar Ferris saja yang uruskan. Dia yang mahu, dia lah yang uruskan.

Tiba tiba ada seorang budak perempuan memeluk kaki Andra. Andra tersentak.

"Ada apa?" Soal Andra sambil menundukkan badannya untuk menyamai ketinggian kanak kanak itu.

"Akak.. akak tolong selamatkan ibu dan ayah Mimi ya. Mimi nak sangat diorang kembali. Kalau akak nak, Mimi boleh tolong akak dalam perang". Kata budak perempuan bernama Mimi itu.

"Ibu dan ayah kamu kenapa?" Soal Andra. Air mata Mimi menitis.

"Ibu dan ayah kena tangkap dengan orang jahat. Kata kakak, kuasa ibu dan ayah akan diambil oleh orang jahat." Kata Mimi. Andra terdiam.

"Akak janji akan selamatkan ibu dan ayah kamu. Mana kakak kamu?" Soal Andra.

"Saya kakaknya". Andra memandang seorang gadis yang seusia 16 tahun. Andra tersenyum.

"Jaga adik kamu baik baik". Kata Andra.

"Akak.. Mimi dan kakak nak tolong akak kalahkan orang jahat". Andra ketawa kecil.

"Betul nak tolong? Boleh tapi Mimi dan kakak kena tolong akak dari jauh. Boleh?" Mimi mengangguk laju.

"Bolehh.. kakak, kakak nak kan bantu akak ni". Kakak Mimi mengangguk sambil tersenyum.

"Apa nama kamu?" Soal Andra kepada kakaknya Mimi.

"Lisha". Andra mengangguk lalu berdiri.

"Bagi tapak tangan kamu berdua". Mereka hanya menurut. Andra meletakkan tapak tangannya ke atas tapak tangan Lisha dan Mimi. Tiba tiba ada cahaya keluar dari tapak tangan mereka. Mata Andra ditutup.

"Dah.. bebola ini adalah diri akak. Kamu boleh gunakan bebola ini untuk salurkan tenaga kamu pada akak. Akak janji akan bantu kamu selamatkan ayah dan ibu kamu". Kata Andra. Mereka memeluk erat Andra. Andra tersenyum lalu membalas pelukan itu.

"Kami juga mahu membantuu". Kata orang ramai yang tiba tiba muncul.

"Ya.. kami memang tak boleh berperang tapi kami juga mahu membantu dari jauh". Kata salah seorang daripada mereka. Andra terkebil kebil.

"Betulll tuu. Kami nak salurkan tenaga kami." Ferris yang berdiri tidak jauh dari situ tersenyum.

'Ramai yang akan membantu kau Andra. Walaupun bukan dalam peperangan, mereka juga berkorban tenaga'. Bisik Ferris. Andra tersenyum.

"Aku tak sangka ini semua akan terjadi. Mereka memberi tenaga mereka tanpa paksaan. Hanya ada keikhlasan". Balas Andra.

Nampaknya ramai yang akan bantu Andra.. huhu, kalah la kau Karlos.. siapa setuju? Sorry.. bab ni mengarut sikit. Ya la, otak author kurang sihat sikit hari ni. Hope enjoy. Thnks yg sudi baca. Abaikn typo. Vote and comment.

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now