Bab 24: Welcome to Asland

8.5K 556 6
                                    

Aleena, Amyl dan Rezza memandang Andra dan Raykal tajam.

"Korang kenapa tengok kami macam tu?" Soal Andra. Amyl tersengeh nakal.

"Semalam kau buat apa hah sampai kau berdua ni lambat bangun. Tak pasal pasal kena simbah satu baldi air. Tu baru satu, kalau ikutkan hati nak je simbah 10 baldi air." Bebel Aleena.

"Mana ada buat apa apa.. kitaorang pergi tengok tasik Alls je.. kejap je". Ujar Raykal. Andra menepuk dahi. Nak je dia sumbat mulut Raykal dengan cili padi. Tak boleh simpan rahsia langsungg!!

"Tak ajakkk akuu". Jerit Rezza geram. Dia memang teringin ke tasik lagenda itu. Memang marah la sebab tak ajak dia.

"Dah kau tidur.. siap berdengkurr lagi. Aku nak tidur pun tak senang". Ujar Andra selamba. Rezza mencebik.

"Dah la.. kalau korang bergaduh, sampai esok blum tentu habis. Nanti lambat laa nsk ke Asland.. jom". Ajak Aleena memberhentikan perang mulut adiknya dan Dhia itu.

"Jaga kauu". Bisik Rezza sambil memberi pandangan tajam ke arah Andra. Andra hanya beriak selamba.

Beberapa minit, mereka sampai ke Asland dengab mnggunakan potral kuasa Raykal. Permandangan di Asland cantik sangat membuatkan semua terpegun. Walaupun penghuni di sini menakutkan tapi permandangan di sini sungguh cantik.

"Kau semua jangan terpedaya dengan permandangan indah ni. Asland tidak seperti yang kau bayangkan sekarang ni. Asland dunia penduduk kegelapan jadi tempat ini juga menyeramkan. Semua yang kau lihat sekarang adalah tipu belaka". Ujar Raykal. Semua mengeluh. Permandangan yang indah ini hanyalah imaginasi mereka sahaja. Huh!!

"Kenapa Asland tak seindah ini?" Soal Rezza.

"Asland terkenal dengan tipu helah. Ini semua kerana ingin menarik makhluk lain untuk masuk ke sini sedangkan tempat ini tempat ketiga menyeramkan". Terang Andra.

"Tempat apa yang pertama?" Soal Amyl.

"Zerius.. iaitu tempat kerajaan sihir jahat dan yang kedua adalah Amlys iaitu tempat terletaknya kerajaan Myls." Jawab Raykal.

"Bukankah kerajaan Myls sudah lama pupus?" Soal Andra pelik. Raykal mengeleng kepala.

"Ada satu keturunan lagi masih hidup iaitu keturunan 99. Bonda kau tak cerita ke Dhia?" Soal Raykal pelik. Andra mengeleng kepala.

"Habistu? Macam mana nak ke bandar Asland ni? Aku tak sabar nak tengok bandar menyeramkan ni". Ujar Amyl tidak sabar. Rezza menjeling Amyl yang sedang tersenyum itu.

'Cehh.. padahal dia lah orang pertama yang memangis nanti'. Getus hati Rezza.

Tingg.. mereka tiba di bandar Asland. Semua ternganga. Amyl sudah memeluk belakang Rezza.

"Aku takuttt". Jerit Amyl. Rezza mengeleng kepala lalu mendukung tubuh kecil moleh Amyl itu di belakangnya. Bila dilihat macam seorang ayah mndukung anak pula.

"Jom la ke sana.. " Ajak Raykal. Mereka pun berjalan ke arah yang ditunjukkan Raykal. Tempat ini memang seram. Langsung tiada cahaya. Hanya ada cahaya malam langit sahaja. Asland memang tiada waktu siang mmandangkan penduduknya yang memang tidak sukakan cahaya.

"Cantiknya". Ujar Andra apabila melihat rantai berwarna hitam.

"Ini sangat sesuai dengan kamuu.. rantai ini mampu memberi kamu mimpi bersama orang yang sudah meninggal". Ujar nenek itu. Andra memandang rantai hitam berbentuk mutiara itu 💎.

"Dhia.." Panggil Raykal. Andra tersentak.

"Apa?" Soal Andra.

"Kau buat apa? Kawan kawan yang lain dah pergi dah". Ujar Raykal.

"Aku tengok rantai nii.. cantik kan?" Rantai itu dibelek belek. Nenek tua yang menjual rantai itu tersenyum kpada Raykal.

"Itu rantai penghubung orang mati. Kau nak buat apa dengan rantai tu?" Soal Raykal pelik.

"Saja.. cantik sangat rantai ni. Aku suka". Ujar Andra.

"Itu satu satunya rantai yang ada kuasa penghubungan dengan orang yang sudah meninggal. Harganya murah sahaja. Hanya 300 emas". Ujar nenek itu lagi. Raykal tersentak. 300 emas tu bukan sikitt.

"Saya beli nek". Ujar Andra. Raykal mengeleng kepala. Usai membayar, mereka pun berlalu dari situ.

"Baik nenek tu kan". Ujar Andra. Raykal menjeling ke arah Andra yang masih melihat rantai itu.

"Baik la sangat.. rantai macam tu entah ada ke tidak kuasa. 300 emas tu bukan sikit". Bebel Raykal. Andra pun memakaikan rantai tu di lehernya. Dan...

Duppp...

Dappp..

"Arhh". Kepala dan dadanya sakit. Raykal terkejut.

"Weh Dhia.. kenapaa?" Soal Raykal. Apabila melihat rantai itu bercahaya hitam, terus Raykal merampas rantai itu. Andra tersentak. Sakitnya kian berkurang.

"Raykal.. kenapa tu tadi?" Soal Andra. Raykal memandang rantai itu sebelum memandang Andra.

"Rantai ini betul betul ada kuasa lah.. bila orang memakainya, dada dan kepalanya akan sakit. Dan di situ lah akan berhubung dengan orang yang sudah mati. Sakit di dada kau berarti rantai ini ingin mengetahui isi hati kau dan kepala kau.. rantai ini akan memberi bayangan orang yang ada dalam hati kau yang sudah mati. Apa bayangan yang kau dapat tadi?" Terang Raykal. Andra terkejut.

"Bonda aku.. takkan lahh.. rantai ni mengarut." Ujar Andra sambil ketawa hambar sedangkan hatinya sudah tidak keruan.

"Andra.. bonda kau sudah tiada". Ujar Raykal. Senyuman Andra mati. Air matanya sudah menitis. Takkan bonda sanggup meninggalkannya.

"Aku tak percayaa". Jerit Andra. Raykal memeluk Andra. Andra pula menangis teresak esak di dada Raykal.

4 bab untuk hari niii.. ini last dahh.. hope enjoyy.. jangan lupa vote and comment..

Abaikan typo...

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now